
Wajib Ambil Vaksin Umrah dan Haji
Vaksin umrah dan haji wajib diambil sebelum berangkat ke Tanah Suci. Ini telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi. Tabung Haji juga meletakkan syarat agar buku suntikan vaksin disertakan sebagai bukti untuk proses visa.
Jika anda mendapatkan suntikan vaksin di Klinik Dr Hasbi, kami menyediakan buku vaksin yang diperlukan sebagai bukti anda telah selesai mendapatkan vaksin meningokokal sebagai syarat untuk mendapatkan Visa Umrah dan Haji.
Vaksin Meningokokal
Vaksin meningokokal bertujuan mencegah serangan penyakit meningokokus yang mengakibatkan meningitis. Ia sejenis jangkitan serius ke atas membran yang menyelaputi otak dan saraf tunjang. Penyakit ini boleh membawa maut.
Jenis-Jenis Vaksin Meningokokal
Jenis vaksin meningokokal terbahagi kepada dua jenis iaitu:
- Vaksin konjugat - vaksin ini bukan sahaja melindungi jemaah daripada jangkitan kuman. Malah ia juga boleh menghalang daripada kuman ini dibawa pulang ke tanah air dan disebarkan kepada ahli keluarga di sini. Menactra dan Menveo adalah vaksin jenis konjugat.
- Vaksin polisakarida - vaksin ini hanya melindungi jemaah daripada jangkitan kuman ini. Namun jemaah masih boleh membawa kuman ini di dalam tekak dan hidung. Kemudian mungkin disebarkan kepada ahli keluarga di tanah air.
Ulangan Vaksin Setiap 3 Tahun
Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan setiap jemaah mesti mengambil suntikan vaksin meningokokal setiap 3 tahun. Walaupun anda telah mengambil vaksin meningokokal yang tahan sehingga 5 tahun , anda tetap perlu mengulangi suntikan vaksin meningokokal selepas 3 tahun untuk pergi ke Tanah Suci.
Vaksin Umrah dan Haji Tambahan
Kerajaan Malaysia juga menggalakkan mengambil vaksin tambahan iaitu vaksin Influenza dan vaksin Pneumokokal sebagai langkah tambahan mencegah penyakit utama penyebab selsema burung dan penumonia.
1. Vaksin Influenza
- Seeloknya diambil sebulan sebelum berangkat ke Tanah Suci
- Vaksin Influenza selamat kecuali kepada yang alergik pada telur
- Bagi yang berumur 50 tahun keatas atau menghidap penyakit asma, sakit buah pinggang dan paru-paru, kencing manis dan penyakit endokrin sangat digalakkan ambil vaksin ini
- Vaksin ini memberi imuniti tubuh selama satu tahun
2. Vaksin Pneumokokal
- Bagi yang berumur 50 tahun keatas atau menghidap penyakit asma, sakit buah pinggang dan paru-paru, kencing manis dan penyakit endokrin sangat digalakkan ambil vaksin ini
- Vaksin ini boleh mencegah jangkitan paru-paru, pneumonia yang mana kerap berlaku dikalangan kanak-kanak dan orang tua
- Vaksin Pneumokokal memberi imuniti tubuh selama lima tahun

Promosi Vaksin Umrah & Haji
Sempena mengakhiri PKP dan ramai yang akan menunaikan haji dan umrah kami menawarkan pakej suntikan vaksin Umrah dan Haji dengan harga istimewa. Harga promosi 3 vaksin dengan harga RM450.00 sahaja.
Jika datang berkumpulan (10 orang keatas) kami menawarkan harga promosi vaksin Menveo yang lebih murah RM160 sahaja seorang. Untuk maklumat lanjut sila hubungi kami sekarang.