PENTINGNYA SUNTIKAN VAKSIN SEBELUM TRAVEL
Cuti sekolah semakin menghampiri dan sudah pastinya ramai yang sudah merancang untuk bercuti bersama keluarga ke luar negara. Anda perlu tahu kepentingan vaksin sebelum travel ke luar negara.
Sebenarnya tidak kira apa tujuan ke luar negara samada melancong, belajar, bekerja, berhijrah atau menunaikan umrah dan haji kita haruslah mengambil vaksin yang dicadangkan untuk perlindungan tambahan.
Setelah segala persediaan dilakukan dengan terperinci seperti tempahan tiket penerbangan, bilik hotel dan sebagainya jangan lupa untuk membuat temujanji dengan doktor untuk suntikan vaksin sebelum travel.
Sesetengah penyakit berjangkit mungkin kerap berlaku di negara yang anda akan lawati. Mungkin juga makanan dan minuman tidak bersih seperti diharapkan. Oleh itu wajarlah anda bersiap sedia sebelum pergi.
Walaupun anda dan ahli keluarga sudah menerima suntikan vaksin yang wajib namun sekurang-kurangnya ambillah vaksin tambahan Pneumokokal dan Influenza untuk lebih selamat.
Jika tidak pasti apakah vaksin yang anda perlu ambil sebelum travel ke negara tertentu and boleh dapatkan maklumat secara percuma di laman web Centers for Disease Control and Prevention (CDC).
AMBIL VAKSIN AWAL SEBELUM TRAVEL
Sila rancang awal untuk mendapatkan suntikan vaksin sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh bertolak ke luar negara. Ini kerana tubuh kita memerlukan masa untuk menghasilkan antibodi.
Selain itu anda mungkin memerlukan beberapa jenis vaksin dimana memerlukan anda datang beberapa kali untuk suntikan vaksin. Mungkin juga ada vaksin yang perlu ditempah awal kerana tiada stok.
Ada negara yang ingin anda lawati mewajibkan anda mengambil vaksin demam kuning (yellow fever) dan anda perlulah mendapatkannya sekurang-kurangnya 10 hari sebelum bertolak ke negara tersebut.
PILIHAN VAKSIN MENGIKUT KATEGORI
Pengembara
Bagi yang mengembara ke dalam pedalaman dan endemik penyakit Ensefalitis Jepun dan demam kuning (yellow fever). Vaksin tersebut adalah:
- Demam Kuning (Yellow Fever)
- Ensefalitis Jepun
Pelajar
Pelajar dinasihat untuk mendapatkan senarai vaksin yang perlu diambil. Kebiasaannya vaksin:
- Pneumokokal
- dTaP (difteria, kancing gigi,batuk kokol)
- MMR (demam campak, beguk, rubella)
Suka Makan
Jika anda jenis yang suka mencuba makanan asing maka eloklah ambil suntikan vaksin ini untuk mencegah penyakit yang disebar melalui makanan. Vaksin ini:
- Tifoid (demam kepialu)
- Hepatitis A
Jemaah Haji dan Umrah
Bila ingin menunaikan Haji atau Umrah kerajaan Arab Saudi mewajibkan setiap jemaah mengambil vaksin meningokokal.
- Meningokokal (wajib diambil)
- Penumokokal
- Influenza
CADANGAN VAKSIN MENGIKUT NEGARA
Sebelum memikirkan vaksin tambahan apa lagi yang perlu diambil sebelum travel ke luar negara, pastikan anda juga menerima semua vaksin yang rutin dan penting terlebih dahulu.
Vaksin rutin yang patut diambil adalah Hepatitis B, Influenza, Measles/Mumps/Rubella (MMR), Pneumokokal, Polio dan Difteria/Tetanus/Pertusis (DTaP).
Berikut adalah vaksin tambahan yang dicadangkan oleh WHO / CDC kepada seseorang yang ingin travel ke sesebuah negara. Saya pecahkan senarai negara mengikut kontinen agar mudah difahami.
AUSTRALASIA DAN PASIFIK
ASIA
AFRIKA
AMERIKA SELATAN, TRINIDAD, TOBAGO
EROPAH
DAPATKAN VAKSIN SEBELUM TRAVEL
Kesimpulannya, dengan mengambil vaksin tambahan tertentu sebelum ke luar negara dapat mengurangkan risiko terkena penyakit berjangkit agar percutian anda menjadi kenangan yang terindah.
Dapatkan nasihat percuma dan vaksin tambahan sebelum travel dari Klinik DR HASBI di Bandar Puteri Puchong. Klik butang wasap di bawah untuk pertanyaan atau temujanji.