fbpx
.st0{fill:#FFFFFF;}

Vaksin Chicken Pox Untuk Kanak-Kanak 

 October 24, 2019

By  Dr Hasbi

Chicken Pox Mudah Berjangkit

demam campak atau chicken pox boleh dicegah denagn vaksin

Chicken pox juga dipanggil demam campak atau cacar air adalah jangkitan yang disebabkan oleh virus Varicella Zoster. Penyakit ini boleh dielak dengan mengambil vaksin chicken pox seawal usia 12 bulan.

Penyakit ini mudah berjangkit dan walaupun biasanya ia adalah ringan tetapi ada juga komplikasi yang boleh berlaku. Sekurang-kurangnya 1% daripada kes terjadi komplikasi dan menyebabkan kemasukan ke hospital.

Diantara komplikasi yang boleh berlaku:

  • Risiko jangkitan bakteria sekunder pada kulit dan tisu termasuk jangkitan kuman Streptokokus Kumpulan A
  • Jangkitan pada paru-paru (pneumonia)
  • Radang atau jangkitan pada otak (ensefalitis)
  • Masalah pembekuan darah
  • Keracunan darah (sepsis)
  • Dehidrasi 

Ada juga komplikasi yang sangat teruk sehinggakan membawa maut. Walaupun jarang berlaku sekarang tetapi ia boleh berlaku kepada sesiapa saja yang tidak pernah mengambil vaksin varicella.

Vaksin Varicella Cegah Chicken Pox

vaksin varicella mencegah chicken pox atau demam campak

Jangkitan chicken pox atau demam campak boleh dicegah dengan mengambil suntikan vaksin varicella hidup yang dilemahkan. Walaupun kerajaan belum membiayai vaksin ini namun ia sangat digalakkan untuk diambil.

Namun sebenarnya seseorang yang telah mengambil vaksin ini juga boleh terkena jangkitan chicken pox. Tetapi jika terkena ianya tidak serius. Biasanya hanya keluar sedikit ruam beserta demam atau tidak.

Kebiasaan bagi kita membiarkan anak-anak bermain dengan seseorang yang sedang mengalami demam campak. Harapan biar anak-anak kena chicken pox ketika usia kanak-kanak bukan bila dewasa.

Cara tersebut memang dapat mencetuskan imunisasi secara semulajadi. Tetapi kanak-kanak yang mengalaminya akan melalui tempoh kesengsaraan dengan beratus-ratus biji ruam air serta risiko mengalami komplikasi.

Adalah lebih baik kalau diberikan vaksin varicella. Hanya rasa sakit atau bengkak sedikit pada tempat suntikan yang akan lega selepas beberapa hari. Paling teruk pun demam dan ruam sedikit selepas kira-kira 2 minggu. 

Cara Pengambilan Vaksin Varicella

Vaksin ini perlu diambil sebanyak 2 dos.

  1. Bayi yang menerima dos pertama pada usia 12-18 bulan perlu mengambil dos kedua pada usia 4-6 tahun.
  2. Kanak-kanak lebih 18 bulan dan dewasa perlukan 2 dos dimana jarak antara 2 suntikan adalah 4-8 minggu.

DAPATKAN VAKSIN VARICELLA

Jangan Biarkan Anak Anda Menderita Demam Campak

Dr Hasbi


Hai, saya Dr Hasbi dan pemilik Klinik DR HASBI. Saya akan menulis kandungan blog untuk berkongsi info berkaitan kesihatan.

Your Signature

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Subscribe to our newsletter now!

>