
Alternatif Ubat Sakit Lutut
Sehingga kini tiada ubat sakit lutut yang benar mampu menyembuhkan penyakit sendi osteoartritis (OA) dan artritis rheumatoid (RA). Ubat yang ada hanyalah untuk menahan sakit atau memperlahankan proses.
Kini ramai penghidap sakit lutut tidak mahu bergantung kepada ubat tahan sakit secara berterusan. Mereka tahu kesan sampingan yang mungkin boleh menjadi serius seperti kerosakan buah pinggang dan ulser perut.
Suplemen glucosamine dan chondroitin disyorkan untuk membantu melegakan sakit lutut osteoartritis. Namun banyak juga kajian lain yang menggunakan herba semulajadi untuk mencari ubat sakit lutut yang berkesan.
Disini saya kongsikan 4 herba tempatan yang didokong oleh kajian sains dapat melegakan sakit lutut akibat artritis rheumatoid, osteoartritis dan sakit sendi berkaitan artritis. Semuanya herba tempatan yang kita biasa guna.
Herba Tempatan Melegakan Sakit Lutut
Curcurmin

Curcumin adalah bahan semulajadi dalam kunyit. Ia mengurangkan sakit dan bengkak sendi dengan menghalang enzim yang mencetuskan keradangan sendi. Kajian mengesyorkan suplemen curcumin dalam jangka panjang dapat mengurangkan sakit dan meningkatkan fungsi sendi pesakit osteoartritis. Malah ia lebih berkesan dari dicofenac sodium untuk pesakit sendi rheumatoid (RA).
Aloe Vera

Aloe vera atau daun lidah buaya adalah diantara herba yang paling kerap digunakan dalam perubatan alternatif. Disebabkan sifat penyembuhannya, ia popular untuk merawat luka kecil, ruam dan kesan terbakar. Ia melembut dan menyejukkan kulit. Banyak produk dalam bentuk gel untuk melegakan sunburn dan melembabkan kulit. Selain itu ia juga berguna untuk melegakan sakit sendi.
Halia

Halia terkenal untuk buang angin dalam badan. Rasa pedas halia itu juga mempunyai sifat anti-radang. Kajian menunjukkan halia mengurangkan bengkak penyakit RA. Perubatan Cina menggunakan halia untuk melancarkan perjalanan darah lalu meningkatkan haba dan potensi penyembuhan kawasan terlibat. Nilai perubatan halia merawat artritis disokong oleh banyak kajian.
Bawang Putih

Bawang putih sememangnya diakui mampu membantu melawan kanser, menyembuh penyakit jantung dan dementia. Selain itu ia juga bersifat anti-radang yang dapat mengurangkan sakit sendi artritis. Selain itu ia dapat menguatkan sel imun untuk melawan penyakit. Anda boleh makan mentah, dibubuh dalam masakan atau suplemen dalam bentuk pil, kapsul dan cecair.
Rawat Sakit Lutut Sebelum Larat
Bila sudah tahu herba mana yang bagus untuk sakit sendi bolehlah cuba. Tambahkan bahan-bahan tersebut dalam masakan seharian secara sederhana. Cuba dulu secara konsisten dan tengok kesannya. Tak perlu beli suplemen.
Jika sakit sendi masih berlarutan pergilah berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Boleh juga datang ke klinik saya untuk pemeriksaan dan rawatan sakit lutut dengan cara suntikan platelet rich plasma (PRP).