fbpx
.st0{fill:#FFFFFF;}

Testimoni Rawatan PRP Lutut 

 February 21, 2020

By  Dr Hasbi

testimoni rawatan prp lutut klinik dr hasbi

Testimoni Rawatan PRP Lutut Terkini

Puan Chan bukanlah orang pertama testimoni rawatan PRP lutut di sini. Cuma kes beliau agak menarik kerana usia muda iaitu baru 44 tahun. Biasanya yang datang mendapatkan rawatan PRP lutut sudah berumur 60 keatas.

Beliau seorang yang aktif bersukan ketika usia mudanya. Walaupun tidak pernah mengalami kecederaan lutut namun beliau mempunyai risiko lain seperti faktor genetik dan berat badan berlebihan.

Sakitnya bermula sejak 4 bulan yang lepas. Ia bermula dengan kedua lutut terasa ketat pada waktu pagi dan bila beliau berjalan jauh lutut kiri mula terasa sakit. 

Doktor pakar ortopedik mengesahkan beliau menghidapi osteoartritis Peringkat 2 pada kedua belah lutut. Cuma lutut kanan belum rasa sakit ketika itu. Beliau cuma bertahan dengan ubat tahan sakit sahaja ketika itu.

Namun bila ubat dan suplemen tidak memberi kesan beliau mencari alternatif lain sebelum keadaan lututnya semakin teruk dan mengganggu aktiviti harian. Beliau akhirnya berhasrat untuk mencuba rawatan PRP.

Kesan Positif Rawatan PRP Lutut

Pertama kali beliau datang berjumpa saya kira-kira 4 bulan lalu. Beliau setuju untuk mulakan rawatan pada lutut kiri. Setelah 2 kali suntikan PRP selang 2 bulan kini lutut kiri sudah beransur pulih.

Selang beberapa bulan lutut kanan beliau juga mula terasa sakit. Kini tanpa lengah beliau terus dapatkan rawatan PRP + Gel untuk lutut kanan. Selepas sekali suntikan kini lutut kanan juga sudah sembuh

Menderita Sakit Lutut Osteoartritis

Osteoartritis adalah penyakit radang sendi yang paling kerap berlaku. Memang betul bila umur semakin meningkat kebarangkalian untuk menghidap osteoartritis semakin tinggi kerana proses penuaan.

Sebenarnya sendi lutut melalui proses 'pakai dan koyak' atau kita lebih biasa sebut wear and tear. Proses dimana stres yang berterusan pada sendi lutut dalam aktiviti harian menyebabkan tisu rawan menjadi makin nipis.

Oleh itu orang tua tidak semestinya akan menghidap osteoartritis. Sekarang orang lebih muda juga boleh menghidap penyakit ini akibat wear and tear yang lebih teruk pada sendi lutut kerana lebih sukakan aktiviti sukan lasak

Puan Chen adalah salah satu contoh orang yang agak muda menghidap sakit sendi osteoartritis. Beliau sudi menjadi testimoni rawatan PRP lutut kerana dengan rawatan suntikan PRP + Gel sakit lututnya kini sembuh.

PRP Pilihan Utama Merawat Osteoartritis

Pelbagai ubat dan suplemen lutut telah diambil Puan Chan selama beberapa bulan lepas tetapi tidak memberi sebarang kesan. Disebabkan itu beliau pilih rawatan PRP untuk sembuhkan sakit lututnya.

Banyak kajian menyokong keberkesanan PRP dalam merawat sakit lutut osteoartritis. Ada juga kajian yang mencadangkan PRP menjadi pilihan pertama dalam kaedah merawat osteoartritis.

testimoni rawatan prp lutut murah di puchong

Menurut beliau, ketika lututnya disuntik PRP dengan serta-merta dia merasa bendalir PRP meresap keseluruh dalam sendi lutut. Kemudian dalam beberapa jam dia merasa lututnya bertambah sakit dan bengkak.

Perkara itu adalah normal kerana PRP akan mencetuskan radang dalam proses penyembuhan. Sedikit sakit dan bengkak selepas suntikan memang dijangka tetapi tidak serius. Ia akan pulih selepas beberapa hari.

Namun sakit dan bengkak yang dirasai semakin pulih selepas keesokan harinya. Perlahan-lahan sakitnya hilang sehinggalah dia sendiri tidak perasan bila sakit lututnya sembuh dan tidak lagi sakit.

Tempah Temujanji

Dapatkan rawatan suntikan lutut PRP +/- HA dengan harga istimewa hari ini.

Dr Hasbi


Hai, saya Dr Hasbi dan pemilik Klinik DR HASBI. Saya akan menulis kandungan blog untuk berkongsi info berkaitan kesihatan.

Your Signature

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Subscribe to our newsletter now!

>