Testimoni Khatan Lelaki Dewasa
Walaupun setiap hari melakukan prosedur khatan namun kebanyakan mereka malu untuk menjadi testimoni khatan lelaki dewasa di klinik saya. Saya faham dan tidak pernah memaksa sesiapa untuk tujuan itu.
Namun bagi Encik Siva, beliau sangat peramah dan bersungguh-sungguh untuk mengajak orang lelaki dewasa untuk berkhatan sebagai langkah menjaga kebersihan dan kesihatan alat sulit.
Mari kita sama-sama menonton video testimoni beliau (Bahasa Inggeris):
Khatan Cara Stapler Menjadi Pilihan
Rata-rata lelaki dewasa yang datang berkhatan di sini memilih kaedah stapler. Ini kerana berkhatan menggunakan alat stapler lebih selamat, cepat, kurang risiko komplikasi dan tidak sakit.
Pakej berkhatan dewasa yang kami tawarkan juga jauh lebih murah dibandingkan dengan tempat lain. Saya tahu kerana kebanyakan yang datang sudah membuat perbandingan harga dibeberapa tempat.
Klinik kami bukan sahaja menjadi pilihan ibu-bapa untuk khatankan bayi atau kanak-kanak malah ramai lelaki dewasa samada mualaf, non-muslim atau orang Islam yang mahu bersunat sekali lagi.
Kaedah stapler lebih sesuai sekiranya seseorang itu menghidap kencing manis ataupun ada masalah jangkitan kuman pada kulit kulup. Ini kerana stapler lebih rendah risiko jangkitan kuman.
Masa prosedur yang lebih singkat menjadi faktor stapler paling rendah risiko jangkitan kuman. Selain itu stapler lebih kukuh dan luka tidak mudah terbuka sekiranya terkena jangkitan kuman.
Alasan Khatan Lelaki Dewasa
Kebiasaannya saya akan bertanya dahulu alasan mengapa mahu berkhatan. Diantara alasannya adalah :
- Memeluk Islam - sebenarnya ramai yang sudah lama memeluk Islam tetapi masih tidak berkhatan kerana perasaan takut.
- Kebersihan - sekarang ramai non-muslim sedar kebaikan berkhatan dari segi kesihatan dan kebersihan.
- Phimosis - biasanya mereka tidak tahu nama penyakit ini tetapi akan memberitahu tidak suka rupa bentuk zakar. Kepala zakar tertutup dan menunduk kebawah.
- Menghidap jangkitan kuman - kerap terkena jangkitan kuman pada hujung zakar memaksa mereka untuk berkhatan.
Tempah Temujanji Khatan
"Saya nasihatkan semua lelaki dewasa untuk berkhatan terutama yg berumur 40 tahun keatas" - En. Siva.