Baru-baru ini saya dijemput Astro sebagai panel jemputan dalam program Mingguan Wanita TV pada 25 November 2019. Topik yang menarik sempena cuti sekolah iaitu Teknik Khatan Mana Paling Efektif.
Teknik Khatan Tradisional vs Moden
Khatan cara tradisional hanya dilakukan oleh Tok Mudim yang mana pekerjaannya diwarisi daripada nenek moyang mereka. Cara tradisional yang sebenar adalah proses berkhatan tanpa ubat bius dan jahit.
Kebiasaannya Tok Mudim menggunakan batang pisang sebagai tempat duduk kanak-kanak ketika berkhatan. Kanak-kanak diarah berendam dalam air batu atau sungai untuk mengebaskan kulit kulup agar tidak sakit ketika dipotong.
Selepas kulit kulup dipotong menggunakan pisau, luka dibalut dengan daun pucuk pisang atau jambu dan kain bersih untuk menghentikan pendarahan. Luka biasanya tidak dijahit dan mengambil masa yang lama untuk sembuh.
Manakala khatan versi moden lebih selamat dan kurang komplikasi seperti pendarahan, sakit, bengkak, jangkitan kuman, lambat sembuh, parut hodoh dan sebagainya. Teknik moden lebih popular pada zaman kini.
Ini kerana anggota kesihatan yang melakukan khatan secara moden mempraktikkan kebersihan peralatan yang digunakan, menggunakan bius dan ubat-ubatan selepas berkhatan.
Jenis-Jenis Teknik Khatan Moden
Khatan secara moden biasanya dilakukan oleh kakitangan kesihatan samada doktor, pembantu perubatan, jururawat ataupun atendan kesihatan yang terlatih dan berpengalaman melakukan khatan.
Walaupun terdapat beberapa teknik yang berbeza namun setiap cara ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Paling penting orang itu mahir dengan teknik khatan yang dia lakukan.
Paling popular bagi kanak-kanak adalah teknik clamp. Cara clamp khatan dapat dilakukan dengan cepat dan selamat, kurang komplikasi serta penjagaan selepas khatan yang mudah dan tidak menyakitkan.
Jika lelaki dewasa teknik stapler adalah paling popular. Ini kerana stapler lebih cepat sembuh berbanding menggunakan teknik laser yang memerlukan jahitan. Penjagaan luka stapler juga lebih mudah dan tidak sakit.
Hukum Berkhatan Bagi Wanita
Orang Islam yang berada di Malaysia mengamalkan ajaran Imam Syafie dimana hukum berkhatan bagi lelaki dan wanita adalah wajib. Ini termasuklah golongan mualaf iaitu saudara baru yang memeluk Islam.
Tidak ada bukti mengatakan bayi perempuan yang tidak berkhatan akan membesar menjadi wanita miang atau gatal. Ini cuma gurauan semata-mata dan tidak perlulah ambil pusing tentang hal ini.
Perlu diketahui bahawa prosedur khatan bayi wanita adalah sangat mudah dan tidak sampai mencederakan kemaluan. Ia sekadar melukakan sedikit saja kalau tidak memotong secebis kulit yang menutupi klitoris.
Video Rakaman Mingguan Wanita TV

TEMPAH TEMUJANJI
Kami menyediakan khidmat khatan sepanjang tahun untuk bayi sehingga dewasa. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.