
Jenis Suplemen Untuk Sakit Lutut
Sejak kebelakangan ini tren mendapatkan suplemen semulajadi semakin meningkat. Biasanya orang mencari glucosamine dan chondroitin untuk suplemen sakit lutut.
Walaubagaimanapun kedua suplemen ini tidak memberikan kesan yang diharapkan walaupun secara keseluruhan ia membantu mengurangkan sakit lutut akibat osteoartritis.
Oleh yang demikian, semakin ramai orang mencari suplemen yang selamat, semulajadi dan disokong oleh kajian sains yang disahkan dapat memulihara lutut dan melegakan sakit.
Penemuan Terkini Suplemen Lutut Terbaik
Sebenarnya memang ada suplemen yang betul-betul mujarab meredakan sakit sendi lutut akibat osteoartritis (OA) atau rheumatoid artritis (RA). Masalahnya terlalu banyak iklan ubat sakit lutut yang menipu.
Jika tersilap mengambil ubat atau suplemen yang beracun, terutamanya yang tradisional atau tidak berdaftar ia boleh memberi kesan sampingan buruk dan membahayakan kesihatan.
Sebelum beli, tanya dulu adakah ia didokong oleh kajian saintifik? Adakah ia satu "formula rahsia" yang tidak dikongsi? Produk ini dibuat oleh kompeni besar dengan kawalan kualiti yang ketat? Dijual di farmasi besar?
Penemuan terkini mencadangkan selain glucosamine dan chondroitin, kolagen hidrolisat (Hydrolysed Collagen Type II) adalah lebih berkesan diambil sebagai suplemen untuk lutut.

Suplemen Rawatan Suntikan PRP
Rata-rata pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan suntikan PRP (platelet rich plasma) dari saya sudah berumur lingkungan 50 tahun keatas dan sudah beberapa tahun menghidap osteoartritis.
Biasanya saya akan mencadangkan mereka untuk mengambil suplemen jenis kolagen peptida (hydrolysed collagen) selama 2 minggu sebelum prosedur rawatan PRP dilakukan.
Alasannya, kebanyakan mereka yang datang sedang mengalami sakit dan bengkak akibat radang yang masih aktif pada sendi lutut. Juga kemungkinan besar mereka baru sahaja mengambil ubat penahan sakit ketika itu.
Pengambilan suplemen ini dapat melegakan keradangan, sakit serta bengkak secara semulajadi tanpa bantuan ubat penahan sakit. Lagipun, tubuh memerlukan bekalan nutrisi yang mencukupi untuk pemulihan.
Suplemen ini dapat membantu tubuh bersedia untuk memberikan nutrisi yang cukup kepada sendi apabila rawatan PRP dijalankan. Maklumlah diet sahaja tidak memadai bagi seseorang yang sudah berumur lanjut.

Suplemen Peptida Kolagen (hydrolysed collagen type II) Untuk Lutut
Peptida kolagen (collagen peptides) adalah molekul protin yang kecil diekstrak daripada molekul kolagen yang besar. Ia juga dipanggil kolagen hidrolisat (Hydrolysed Collagen Type II).
Dengan saiz yang sangat kecil iaitu kurang 10kDa (saiz kolagen lebih 250 kDa) peptida kolagen ini adalah sangat larut didalam air dan menjadi sangat mudah diserap kedalam tubuh.
Hakikatnya tubuh kita menghasilkan kolagen daripada sumber protin. Tetapi setelah usia meningkat penghasilan kolagen semakin berkurang dan memberikan kesan penuaan kepada banyak organ tubuh.
Kekurangan kolagen memberi kesan-kesan seperi pereputan sendi serta masalah lain seperti kulit semakin nipis dan berkedut serta rambut menipis.

Dapatkan Suplemen Lutut
Melegakan sakit lutut seawal 14 hari