ADAKAH KELUARGA ANDA DILINDUNGI?

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Suntikan Vaksin dan Imunisasi?

  • Suntikan vaksin dan imunisasi adalah tindakan merangsang sistem daya lawan jangkitan secara aktif (imuniti) untuk menghasilkan antibodi, melalui pemberian vaksin.
  • Vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan.
  • Antigen inilah yang berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan terhadap penyakit-penyakit khusus.

Kenapa Perlu Mendapatkan Suntikan Vaksin dan Imunisasi?

Melindungi diri dan keluarga daripada dijangkiti penyakit cegahan vaksin yang boleh membawa maut.

Secara tidak langsung ia melindungi mereka yang tidak sesuai menerima vaksin seperti kanak-kanak yang menghidap kanser dan sedang menjalani rawatan kemoterapi.

Mengelak berlakunya kejadian wabak penyakit cegahan vaksin.

Siapa Yang Perlu Mendapatkan Suntikan Vaksin dan Imunisasi?

  • Semua bayi, kanak-kanak dan murid sekolah mengikut Jadual Imunisasi Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Imunisasi orang dewasa juga disarankan bagi golongan seperti pengendali makanan, anggota kesihatan, jemaah haji dan umrah serta pengembara.
  • Badan-badan kesihatan sedunia termasuk World Health Organization (WHO), US Centers for Disease Control and Prevention (CDC) dan Department of Health Australia turut menyarankan pemberian imunisasi kepada kanak-kanak.
vaksin dan imunisasi klinik dr hasbi

Soalan-Soalan Biasa Ditanya

Apakah kesan sampingan imunisasi?

Bolehkah lebih daripada satu imunisasi diberi dalam satu masa?

Bolehkah imunisasi diberi ketika anak saya sakit?

Bolehkah imunisasi diberikan jika anak saya dilahirkan pramatang?

Adakah suntikan vaksin dibenarkan dalam Islam?

Bilakah saya perlu membawa anak saya untuk imunisasi?

Adakah imunisasi selamat?

Bahayakah jika kanak-kanak diberikan suntikan vaksin terlalu banyak?

Bukankah daya lawan penyakit secara semulajadi lebih baik daripada imunisasi?

Anak saya sihat dan kuat. Kenapa dia perlu diberi imunisasi?

Apakah vaksin tambahan dan adakah anak-anak memerlukannya?

Jadual Imunisasi Baru

jadual imunisasi baru 2019

Dapatkan Temujanji Imunisasi Hari Ini 

lindungi keluarga dengan vaksin dan imunisasi

ata​u telefon : 03-5882 3894

>