Mana Baik Sunat Laser vs Clamp?
Jawapan saya dua-dua sama saja. Kedua cara samada sunat laser vs clamp ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tujuan saya buat artikel ini bukan mahu lebihkan mana-mana teknik kerana saya mahir sunat cara laser ataupun clamp.
Namun soalan ini tidak akan hilang. Ia akan muncul setiap kali cuti sekolah menghampiri kerana ibu bapa sedang meninjau teknik dan tempat untuk khatankan anak-anak. Lebih baik cari tempat yang pakar semoga tidak mengalami sebarang komplikasi.


Sunat Cara Laser
Sunat laser adalah kategori sunat cara moden dimana kulit kulup akan dipotong dengan menggunakan alat pemotong kauteri atau diatermi. Alat khas ini menggantikan pisau dan gunting untuk memotong kulit.
Hujung alat ini dipanaskan sehingga 1000 darjah selsius dengan kuasa eletrik dan potongan dibuat dengan cara membakar kulit sambil mematikan salur darah. Luka perlu dijahit dengan teliti agar tidak berdarah dan kemas.
Parut cantik atau tidak itu bergantung kepada kemahiran tukang sunat itu semasa memotong kulit. Jika dia menggunakan teknik 'freehand' mungkin garis potongan kurang kemas dibandingkan dengan teknik 'guilotine' atau pancung.
Tetapi dalam kebanyakan kes, parut sunat laser adalah lebih kasar dan nampak kesan jahitan walaupun sudah sembuh sepenuhnya. Jika luka tidak dijaga rapi, kesan parut akan lebih ketara dan mungkin berlubang akibat infeksi.
Jika dibandingkan dengan sunat clamp, memang sunat laser lebih cepat kering tetapi kering bukan bermakna luka sudah sembuh. Ada kes baru lepas sunat laser 2 minggu lukanya terbuka habis selepas mandi sungai walaupun luka sudah lama kering.
Kadar komplikasi pendarahan dan infeksi adalah rendah dibandingkan cara pisau dan gunting tetapi risiko lebih tinggi dibandingkan cara clamp. Luka jahitan perlu dicuci dengan antiseptik agar terhindar infeksi.
Penjagaan lebih sukar terutama bagi zakar buta (kulit kulup melekat pada kepala zakar) kerana selepas bersunat cecair kekuningan akan meleleh keluar dari kepala zakar dan memenuhi kepala zakar dan luka seolah-olah nanah.
Di sini saya banyak terima kes komplikasi daripada sunat laser di tempat lain. Diantaranya kulit kulup melekat, kulit terpotong habis, parut sangat hodoh dan sebagainya. Insha Allah saya boleh 'repair' balik jika perlu.
Sunat Cara Clamp
Walaupun saya juga mahir sunat guna cara laser tapi saya lebih cenderung untuk memilih cara clamp. Mungkin sebab banyak kes komplikasi yang datang minta pandangan adalah dari cara laser. Lagipun lebih ramai ibu bapa pilih clamp berbanding laser.
Mungkin betul sunat clamp lebih lambat sembuh, sakit dua kali, mudah kena infeksi tapi semua tidak serius dan akhirnya sembuh selepas 1-2 minggu. Hasilnya parut lebih kosmetik dan paling penting mudah penjagaannya.
Pengalaman saya, rata-rata kes komplikasi sunat laser adalah berpunca dari tukang sunat itu sendiri. Bermula dari pemilihan teknik sunat yang salah, dimana kanak-kanak zakar tenggelam juga dibelasah sunat cara laser.
Kanak-kanak gempal, batang zakar pendek atau tenggelam lebih sesuai disunat cara clamp. Jika disunat cara laser juga, kebarangkalian kulit melekat balik dan tertutup atau 'secondary phimosis' adalah sangat tinggi.
Penjagaan sunat clamp jauh lebih mudah. Bukan bermakna tidak perlu cuci atau sapu ubat antiseptik ya. Mudah sebab clamp tiada luka yang terbuka macam laser. Masa cuci dan sapu ubat kanak-kanak tidak rasa sakit atau ngilu. Mudah jaga bagi yang penakut.
Disebabkan kulit dikapit clamp dan tiada luka terbuka kanak-kanak boleh mandi dan boleh memakai seluar longgar. Ini bermakna clamp lebih sesuai untuk kanak-kanak yang tidak boleh duduk diam atau masih memakai lampin.
Rumusan Sunat Laser vs Clamp
Tidak salah ingin memilih cara apa yang penting pastikan tukang sunat itu samada dia seorang doktor atau pembantu perubatan biarlah dia seorang yang pakar. Jika zakar cacat atau cedera itu salah tukang sunat yang kurang mahir.
Tapi kalau komplikasi seperti infeksi atau luka lambat sembuh itu biasanya penjagaan selepas khatan yang kurang elok. Kena banyak rehat dan kurangkan pergerakan agar luka cepat sembuh dan tidak bentan.
Excellent service!
Thanks a lot Dr Hasbi, for your wonderful power to handle my kids!
Anak langsung tak mengadu sakit!
Memang terbaik servis Dr Hasbi. Anak saya langsung tak mengadu sakit pun. Kita yang pelik betul ke tak rasa apa-apa langsung!
Excellent service!
Thank you doctor and have a nice day. I will recommend people to you!