
Risiko Suntikan PRP Lutut Yang Boleh Terjadi
Tiada prosedur yang tiada risiko. Serupa juga rawatan PRP lutut. Terdapat beberapa risiko suntikan PRP lutut yang perlu diketahui sebelum menjalani rawatan ini.
Sebelum menjalankan rawatan suntikan PRP lutut, doktor wajib menerangkan kepada pesakit tentang:
- Potensi risiko yang boleh berlaku
- Kebaikan rawatan tersebut
- Langkah-langkah prosedur dilakukan
- Rancangan temujanji ulangan selepas rawatan
- Kos rawatan
Pesakit kemudian dikehendaki menandatangi sekeping surat kebenaran prosedur dilakukan keatasnya oleh doktor terbabit.
PRP menggunakan darah pesakit sendiri maka ia rendah risiko. Namun berikut adalah diantara risiko yang boleh berlaku selepas suntikan PRP lutut:
Jangkitan Kuman
Kemungkinan berlaku jangkitan kuman adalah rendah. Berlaku kurang dari 1% daripada jumlah prosedur yang telah dilakukan.
Sakit Pada Tempat Suntikan
Sakit pada tempat suntikan boleh terjadi akibat jangkitan kuman setempat atau ubat bius tidak diberikan.
Kecederaan Pada Tisu Sekitar Sendi
Suntikan boleh tersasar dan mengenai tisu ligamen, tisu rawan dan meniskus. Saraf juga boleh tercedera.
Jangkitan Kuman Adalah Serius
Selepas rawatan PRP, pesakit dinasihatkan untuk berehat selama beberapa hari. Sakit dan bengkak sedikit adalah biasa kerana PRP mencetuskan keradangan sebagai proses penyembuhan.
Pesakit dijangka akan merasa lega daripada sakit selepas 3 hingga 4 minggu dan terus akan merasa lega kerana proses penyembuhan yang terus berlangsung. Jika perlu pesakit boleh mengambil dos rendah ubat penahan sakit.
Namun harus berwaspada jika selepas rawatan sendi lutut menjadi semakin sakit, bengkak, terasa panas bila disentuh serta mengalami demam. Ia mungkin sudah dijangkiti kuman dan perlu diperiksa oleh doktor dengan segera.
Jika doktor mengesaki jangkitan sendi pesakit perlu dirawat dengan segera dengan antibiotik. Kemungkinan besar pesakit itu akan dirujuk kepada hospital untuk rawatan lanjut.
Risiko Suntikan PRP Lutut Boleh Dicegah
Sebenarnya risiko jangkitan kuman adalah rendah. Doktor yang menjalankan rawatan ini seharusnya memeriksa terlebih dahulu status kesihatan pesakit seperti penyakit kencing manis dan sebagainya.
Selain itu, doktor yang berpengalaman akan memastikan sepanjang prosedur dilakukan dalam keadaan aseptik. Iaitu memastikan tempat rawatan sentiasa bersih bebas daripada punca kuman.
Promosi Rawatan Suntikan PRP Lutut
Kami menyediakan rawatan PRP lutut dengan pakej harga istimewa. Malah jenama Kit PRP yang berkualiti tinggi seperti Geneth dan TriCell dimana ia mampu menghasilkan PRP yang sangat berkesan untuk tujuan perubatan.
Hubungi kami sekarang untuk tempahan slot atau pertanyaan.