
Sakit Lutut Akibat Aktif Bersukan
Jangan ingat golongan berusia saja yang mengalami sakit lutut. Sebenarnya ramai juga dikalangan orang muda yang datang untuk mendapatkan rawatan sakit lutut. Biasanya mereka orang yang aktif bersukan.
Bila bersukan susah nak cari satu jenis sukan yang tidak melibatkan kaki. Berlari, melompat, memanjat dan gerakan pantas. Semua pergerakan memerlukan kekuatan tulang, ligamen dan otot.
Pergerakan yang tiba-tiba dan tidak biasa boleh menyebabkan kecederaan terutamanya pada sendi lutut. Terseliuh, sakit pinggang, kejang urat biasa terjadi tetapi kadangkala tidak tahu apa puncanya.
Punca-Punca Sakit Lutut
Banyak kemungkinan yang boleh terjadi jika lutut tercedera seperti artritis, tendinitis dan kecederaan lalu. Tapi bagaimana jika terasa sakit tanpa berlaku kecederaan dan lutut nampak normal saja?
Anda akan rasa stres dan kecewa bila lutut sakit sebelah atau kedua belah kerana anda seorang yang aktif bersukan sejak dulu. Awalnya anda boleh tahan tapi lama-kelamaan semakin sakit sehingga menghadkan aktiviti sukan.
Jika sakit berkurang selepas berhenti bersukan ia lebih berpunca daripada wear and tear bukan akibat kecederaan yang definitif. Namun wear and tear boleh menjadi serius dan mengakibatkan osteoartritis.
Lutut adalah sendi pertama yang mendapat kesan degeneratif akibat wear and tear, ditambah dengan aktiviti sukan berimpak tinggi seperti berlari dan melompat ia adalah trek pantas mengakhiri aktiviti sukan yang anda gemari.
Selain proses wear and tear semulajadi, beberapa faktor lain meningkatkan risiko osteoartritis iaitu:
- berumur lebih 40 tahun
- berat badan berlebihan
- kecederaan lutut lepas
- wanita
- ada sejarah keluarga
- ada penyakit gout dan rhematoid artritis
Tanda-Tanda Osteoartritis
Osteoartritis biasanya terjadi pada sendi yang menampung berat badan, dimana lutut adalah sendi yang paling kerap terkena. Ini memberi kesan kepada atlet sukan berimpak tinggi.
Tanda-tanda yang biasa dialami adalah:
Rawatan Sakit Lutut Osteoartritis
01 Senaman
Bersenam dapat menguatkan otot kaki, melancarkan perjalanan darah dan seterusnya dapat melegakan sakit lutut. Mengurangkan berat badan berlebihan juga dapat melegakan stres pada lutut.
02 Terapi Panas Sejuk
Terapi panas dengan menuam dan bertungku dapat legakan sakit dengan melancarkan perjalanan darah. Tuam ais dapat kurangkan radang dan melegakan sakit.
03 Rehat
Rancang rehat agar tidak terlalu mengenakan stres pada lutut. Juga rehat yang terlalu lama menyebabkan lutut menjadi keras dan ketat.
04 Terapi
Terapi melalui profesional seperti ahli fisioterapi dapat membantu anda mengurangkan stres pada sendi, melakukan aktiviti dengan betul dan melindungi sendi.
05 Ubat Anti-Inflamatori
Banyak ubat penahan sakit boleh dibeli melalui kaunter farmasi untuk kelegaan sementara. Hati-hati kerana kesan buruk jika diambil secara berterusan.
06 Suplemen Lutut
Mengambil suplemen lutut yang betul dapat melegakan sakit lutut secara berpanjangan tanpa kesan negatif. Kesan boleh dirasai selepas beberapa minggu pengambilan.
07 Rawatan Suntikan PRP dan Gel Lutut
Cara rawatan yang lebih invasif tetapi sangat berkesan dan selamat untuk melegakan sakit serta memberi kesan penyembuhan kekal kepada lutut yang cedera.
Dapatkan Rawatan Sakit Lutut Hari Ini
Sembuhkan sakit lutut dengan cepat dan selamat