fbpx
.st0{fill:#FFFFFF;}

Rawatan PRP Legakan Sakit Lutut 

 May 11, 2019

By  Dr Hasbi

PRP Berkesan Merawat Sakit Lutut Osteoartritis 

rawatan prp lutut osteoartritis murah

Rawatan PRP (Platelet Rich Plasma) untuk merawat sakit sendi lutut akibat penyakit osteoartritis. Rawatan ini dilakukan di Klinik DR HASBI menggunakan peralatan yang berkualiti tinggi. Hasilnya plasma darah yang berkepekatan tinggi platelet diambil dan disuntik kedalam sendi lutut.

Rawatan ini selamat dan tiada risiko penolakan atau alergi kerana ia menggunakan darah pesakit sendiri tanpa ada tambahan ubat lain. Rawatan PRP juga boleh digabungkan dengan suntikan gel hyaluronic acid sebagai gel menggantikan cecair lutut semulajadi yang telah berkurang semasa proses penyakit osteoartritis.

Sumber video daripada Youtube.

Langkah-Langkah Prosedur Rawatan Lutut PRP:

  1. 1
    Darah diambil dari pesakit dalam lebih kurang 30-35 ml.
  2. 2
    Darah dimasukkan dalam tiub khas PRP dan diproses menggunakan mesin pemutar yang berkualiti tinggi. Jenis tiub PRP dan mesin adalah faktor utama menentukan kualiti dan kepekatan PRP yang akan dihasilkan.
  3. 3
    Hasil PRP diasingkan dalam picagari baru.
  4. 4
    Peralatan digunakan adalah steril dan bahagian lutut dibersihkan dan disterilkan menggunakan cecair povidon untuk mencegah sebarang kemungkinan pencemaran.
  5. 5
    Ubat bius setempat diberikan pada bahagian yang akan disuntik sebelum prosedur sebenar dilakukan agar merasa kebas dan tidak merasa sakit.
  6. 6
    PRP disuntik samada PRP sahaja ataupun disuntik bersama pengisi lutut iaitu gel hyaluronic acid (HA) untuk kesan yang lebih cepat dan efektif.

Kos Rawatan PRP Mahal?

Kos rawatan PRP tidaklah mahal mana sekiranya anda pilih untuk melakukannya di klinik swasta. Harga yang ditawarkan di klinik swasta jauh lebih murah dibandingkan jika dilakukan di hospital swasta. Malah hospital kerajaan pun ada rawatan PRP ini.

Anda juga boleh mendapatkan rawatan ini di Klinik Pakar Perubatan Sukan hospital kerajaan. Namun, kos rawatan tidaklah ditanggung kerajaan. Anda perlu membayar harga kit PRP dan gel HA yang digunakan. Itupun setelah diperiksa doktor pakar dan disahkan sesuai untuk rawatan ini. 

Sekiranya anda ada sebarang soalan mengenai rawatan ini silalah hubungi kami di talian 03-5882 3894 atau wasap terus kepada kami: 

Dr Hasbi


Hai, saya Dr Hasbi dan pemilik Klinik DR HASBI. Saya akan menulis kandungan blog untuk berkongsi info berkaitan kesihatan.

Your Signature

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Subscribe to our newsletter now!

>