Phimosis Lelaki Dewasa
Mencari rawatan untuk phimosis? Phimosis adalah keadaan dimana prepuce (kulit kulup) tidak dapat ditarik ke belakang kepala zakar (glans penis) pada lelaki yang tidak disunat. Rawatan phimosis lelaki dewasa biasanya berkhatan.
Bergantung pada keadaan, keadaan ini boleh dianggap sama ada fisiologi atau patologi. Fisiologi, atau kongenital, phimosis adalah keadaan normal pada bayi yang baru lahir. Bahasa kampung dipanggil 'buta'.
Dalam 90% kes, kulit kulup mula terbuka secara semulajadi pada usia 3 tahun. Walau bagaimanapun, sebanyak 1% phimosis kekal berterusan hingga akhir remaja atau awal dewasa dan ia tidak normal.
Phimosis yang terjadi akibat patologi jarang berlaku dan boleh terjadi dikalangan kanak-kanak mahupun dewasa. Biasanya berlaku selepas hujung zakar terkena jangkitan kuman, dipanggil balanitis.
Ia boleh dilihat pada parut bekas jangkitan yang sudah sembuh dan sering berwarna putih. Phimosis ini juga dikenali 'secondary phimosis' atau fimosis sekunder. Ia perlu dirawat segera agar tidak melarat.
Phimosis boleh berlaku selepas berkhatan sekiranya kulit mukosa dalam masih berlebihan. Kulit kulup akan menutup kepala zakar dan parut akan menguncup ketika proses penyembuhan menyebabkan phimosis.
Dikalangan lelaki dewasa (iaitu patologi atau phimosis sebenar) mungkin disebabkan oleh kebersihan yang tidak dijaga atau mempunyai masalah perubatan seperti penyakit kencing manis.

Rawatan Phimosis Lelaki Dewasa
Mungkin ada beberapa cara untuk merawat masalah phimosis tetapi kebanyakannya adalah sementara sahaja. Selepas satu tempoh masalah phimosis mungkin terjadi kembali dan mungkin lebih serius.
Kulit kulup yang normal boleh dibuka habis, iaitu Grade 0. Bila terasa ketat dan mencerut ia sudah mencapai Grade 1 atau juga dikenali Paraphimosis. Keadaan ini boleh menjadi berbahaya jika kepala zakar tercekik.
Menggunakan krim steroid boleh melembutkan kulit kulup dan membuka phimosis tetapi tidak berkesan sekiranya kulit sudah luka atau terdapat jangkitan kuman kerana ia mengambil masa beberapa minggu untuk berkesan.
Rawatan Phimosis Secara Berkhatan
Manakala berkhatan adalah penyelesaian yang terbaik dan kekal dimana kulit kulup yang ketat yang menjadi masalah phimosis dibuang. Selain itu banyak lagi kelebihan berkhatan dari segi perubatan.
Excellent Service!

Akhirnya kami datang berdua untuk bersunat di KLINIK DR HASBI setelah melakukan research selama beberapa tahun untuk mencari tepat bersunat yang betul-betul bagus dan tidak sakit.
En Bernard / IT Engineer
Hubungi kami segera!
Tempah temujanji berkhatan atau konsultasi bersama Dr Hasbi mengenai masalah phimosis, paraphimosis atau frenulum breve hari ini.