fbpx
.st0{fill:#FFFFFF;}

Rawatan Microneedling PRP Sembuhkan Jerawat 

 May 18, 2019

By  Dr Hasbi

Rawatan Microneedling PRP (Platelet Rich Plasma) Cara Selamat dan Cepat Sembuhkan Jerawat

proses rawatan prp kulit wajah

Rawatan microneedling PRP atau juga dikenali "vampire facial" sangat popular seolah-olah satu rahsia untuk kekal muda telah terbongkar. Ramai wanita yang mengimpikan kulit wajah yang licin dan cantik mencuba rawatan ini, selain untuk mengubati masalah kulit wajah seperti jerawat.

Rawatan Microneedling PRP Menjadikan:

  • hilangkan kesan kulit berminyak dan berkilat
  • wajah nampak lebih muda
  • kulit lebih licin dan tegang
  • kulit lebih sihat dan gebu

Masalah Kulit Berminyak dan Berjerawat

Video dibawah adalah proses rawatan kulit wajah PRP untuk salah seorang klien kami. Beliau menghadapi masalah kulit wajah yang berminyak dan berjerawat semenjak remaja. Sehingga kini walaupun sudah berumur 30-an kulit wajahnya masih berjerawat dan berparut.

Pelbagai losyen berubat, antibiotik dan pencuci muka yang disarankan oleh doktor dicuba namun masalah jerawat batu yang dialaminya masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan berkurangan. Kini beliau ingin mencuba rawatan PRP.

3 Langkah Rawatan PRP Kulit Wajah

  1. Darah diambil dari lengan seperti biasa (5 minit)
  2. Darah diproses dalam mesin untuk memisahkan platelet dan bahagian darah lain (10 minit)
  3. PRP disuntik balik kedalam kulit wajah (60 minit)

Secara purata, masa diambil untuk menyiapkan satu sesi rawatan adalah 1 jam 30 minit. Bagi mendapatkan kesan yang maksimum, kami mengesyorkan rawatan microneedling PRP ini diulang 2 hingga 4 kali bergantung kepada individu.

Selain rawatan microneedling PRP ini, rawatan untuk masalah jerawat juga boleh diselangi dengan rawatan chemical peel atau suntikan GF (growth factor) yang juga membantu mempercepatkan pemulihan kulit wajah.

Tiada Kesan Parut atau Sakit

Rawatan microneedling PRP sangat selamat dan hanya memerlukan krim bius sahaja. Tiada ubat bius tambahan atau apa-apa ubat yang boleh memberi kesan mengantuk atau sebagainya. Mungkin anda akan terasa sedikit pedih selepas kesan ubat bius hilang tetapi hanya sementara saja.

Kulit wajah juga tidak akan meninggalkan sebarang kesan seperti merah atau bengkak selepas rawatan. Anda boleh terus pergi kerja tanpa diketahui oleh sesiapapun. Ini kerana microneedling sangat halus dan bekas suntikan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Kesan Nampak Selepas Beberapa Hari

Selepas beberapa hari rawatan beliau memberi maklumbalas yang positif. Kulitnya terasa lebih licin dan jerawat pun mula mengecut. Biasanya kesan dapat dirasai seawal dua minggu atau lebih cepat bagi kulit yang lebih teruk. Semoga hari raya tahun ini lebih seronok!

Dr Hasbi


Hai, saya Dr Hasbi dan pemilik Klinik DR HASBI. Saya akan menulis kandungan blog untuk berkongsi info berkaitan kesihatan.

Your Signature

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Subscribe to our newsletter now!

>