Apa Itu Jeragat
Pakar dermatologi telah mengesan lebih 3000 masalah kulit dan ini termasuklah jeragat. Walaupun jeragat tidak berbahaya namun rawatan menghilangkan jeragat sangat diperlukan terutamanya wanita.
Kehadiran jeragat bukan sahaja menjadikan wajah dipenuhi bintik-bintik hitam malah menyebabkan tona kulit jadi tidak sekata. Jeragat yang teruk menjejaskan penampilan dan keyakinan seseorang.
Biasanya jeragat terbentuk di kulit wajah pada dahi, hidung, pipi dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat biasanya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan nampak tona warna tidak sekata.
Bila semakin teruk, tompok-tompok kecil ini membesar dan bercantum dengan jeragat lain sehingga akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah. Wajah akan nampak gelap dan tidak menarik lagi.
Punca Jeragat Terjadi
Kulit mengandungi pigmen yang dikenali sebagai melanin yang menentukan warna kulit setiap orang. Melanin ini dihasilkan oleh sejenis sel dipanggil melanocyte yang terdapat dalam lapisan kulit.
Penghasilan melanin dipengaruhi oleh sinaran ultraviolet (UV) dari cahaya matahari. Semakin banyak terdedah pada sinaran UV maka semakin banyak melanocyte menghasilkan melanin.

Tujuan asalnya melanin dihasilkan untuk melindungi kulit daripada kesan UV agar tidak rosak namun apabila sel melanocyte menjadi terlalu aktif ia menghasilkan melanin secara abnormal.
Ini kerana keupayaan badan untuk merawat sel kulit telah berkurang apabila usia semakin meningkat. Pada lapisan kulit terdapat kolagen yang membantu merawat tisu dan sel kulit yang rosak atau mati.
Namun setiap tahun umur meningkat badan semakin berusia dan tidak dapat lagi menghasilkan kolagen yang diperlukan untuk merawat kulit secara optimum. Kekurangan kolagen juga menjadi punca parut berlubang.

Rawatan Menghilangkan Jeragat
Banyak krim pencerah yang berkesan menghilangkan jeragat mengandungi bahan terlarang ataupun racun berjadual iaitu hydroquinone. Bahan ini dilarang penggunaannya kerana potensi menyebabkan kanser.
Cara yang lebih selamat dan berkesan adalah dengan rawatan chemical peel, microneedling PRP (platelet rich plasma) dan laser. Rawatan chemical peeling adalah paling cepat dilakukan dan paling murah.
Jika berminat untuk mendapatkan info lebih lanjut bagaimana kami boleh merawat masalah kulit berjeragat silalah hubungi kami untuk tempah temujanji untuk harga promosi rawatan chemical peeling.