Mengapa Rawatan Gel Lutut Berkesan?
Kajian menunjukkan rawatan menambah gel lutut asid hyaluronik (HA) berkesan melegakan sakit lutut yang disebabkan osteoartritis. Gel HA dapat mengurangkan sakit, radang dan bengkak pada bahagian lutut.
Bila rawatan lain sudah tidak berkesan melegakan sakit lutut osteoartritis, rawatan tambah gel HA mungkin rawatan yang sesuai dan berkesan. Walaubagaimanapun, masih terdapat 30-40% kemungkinan rawatan suntik gel HA tidak berkesan.
Kebiasaannya apabila pertama kali anda berjumpa doktor untuk masalah sakit lutut. Doktor akan membuat pemeriksaan awal untuk menentukan punca sakit sendi lutut. Melalui sejarah, pemeriksaan fizikal dan x-ray cukup untuk mengenalpasti osteoartritis.
Rawatan awal biasanya doktor akan memberi preskripsi ubat tahan sakit, ubat anti-radang serta krim panas untuk melegakan sakit lutut. Kemungkinan juga doktor akan menghantar pesakit untuk menjalani fisioterapi.
Sekiranya pesakit mempunyai berat badan berlebihan, doktor akan memberi nasihat agar pesakit mengurangkan berat badan kerana berat yang berlebihan memberi tekanan kepada lutut dan memburukkan keadaan.
Selain itu senaman untuk untuk menguatkan otot-otot peha juga membantu melegakan sakit lutut. Walaubagaimanapun, senaman yang memberi tekanan pada lutut (loading exercise) seperti berlari, berbasikal tidak digalakkan.
Bagaimana Rawatan Gel Lutut Bertindak
Kesan Pelinciran
Cecair gel asid hyaluronik yang likat dan licin dapat mengurangkan geseran di dalam sendi dan mencegah kerosakan berterusan.
Kesan Anti-Radang
Kajian mendapati gel HA juga memberi kesan anti-radang, mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada tisu sendi.
Melegakan Sakit
Molekul gel HA juga didapati dapat bergabung dengan sel saraf yang mengesan rasa sakit pada lutut.
Soalan Lazim Rawatan Gel Lutut
Siapa Yang Patut Terima?
Rawatan suntik tambah gel HA biasanya dicadangkan kepada pesakit sendi lutut osteoartritis (OA) tahap 3 dan 4. Ini kerana kebiasannya golongan dalam tahap ini sudah mengalami kesakitan yang tidak lega dengan mengambil ubat tahan sakit, fisioterapi mahupun suplemen sahaja.
Berapa Kali Rawatan?
Terdapat banyak jenis gel HA yang berkesan melegakan sakit lutut. Doktor akan memeriksa dan mencadangkan gel yang paling sesuai untuk memberikan kesan kelegaan yang maksimum. Ada gel yang cair tetapi memerlukan 3-5 kali suntikan manakala gel yang pekat hanya perlu satu suntikan setiap 6-12 bulan.
Tahan Berapa Lama?
Setiap orang tidak sama. Ada yang datang dengan tahap 3, ada tahap 4, ada yang berbadan kurus, ada yang obes, umur berbeza, tahap aktiviti yang berbeza. Semua faktor ini memberi kesan penyembuhan yang berbeza. Jika tahap kesakitan sebelum rawatan 9/10 mana mungkin sakit hilang 100% selepas sekali rawatan jika berat badan obes. Jika dapat kurangkan sakit 50-60% selama 6-12 bulan pun kira bagus.
Ada Pantang Larang?
Sepanjang tempoh rawatan dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang aktiviti lasak seperti bersukan selama beberapa hari selepas suntikan lutut. Bagi yang berusia selalu aktiviti berkebun yang banyak bercangkung haruslah dihentikan sementara waktu. Jika solat, lebih baik solat diatas kerusi selama 1-2 minggu. Ia memberi kesan yang maksimum apabila luka dalam sendi mulai sembuh.
Senaman Selepas Rawatan Gel Lutut
Selain fisioterapi dan ubat, pesakit lutut juga disarankan untuk melakukan senaman di rumah untuk menguatkan otot-otot sekeliling sendi lutut, jadikan sendi lebih fleksibel dan melegakan sakit lutut.
8 Senaman Lutut Osteoartritis

Buat Temujanji!
Dapatkan temujanji konsultasi bersama Dr Hasbi!