fbpx
.st0{fill:#FFFFFF;}

Rawatan Berkesan Menghilangkan Melasma Wajah 

 August 27, 2019

By  Dr Hasbi

Sukar Menghilangkan Melasma Wajah

Melasma adalah masalah kulit yang biasa terjadi sehinggakan ramai orang mencari-cari rawatan yang berkesan menghilangkan masalah melasma pada wajah mereka. Krim pencerah kulit biasanya tidak berkesan menghilangkannya.

Melasma adalah tompok kulit berwarna coklat kekelabuan. Kebanyakannya terjadi pada pipi, batang hidung, dahi, dagu dan atas bibir. Ada juga terjadi di bahagian leher dan lengan yang sering terdedah pada cahaya matahari.

Rawatan yang paling biasa adalah perlindungan daripada cahaya matahari. Maksudnya memakai krim pelindung matahari setiap dua jam setiap hari. Pakar kulit juga menasihatkan memakai topi atau payung kerana krim saja tidak memadai.

Wanita lebih mudah kena melasma berbanding lelaki. Ia juga kerap terjadi ketika mengandung kerana perubahan hormon sehinggakan dipanggil "topeng mengandung". Selain faktor genetik, orang berkulit gelap lebih mudah mengalami melasma.

Punca Melasma Wajah

Punca sebenar tidak pasti. Ia berlaku apabila sel yang menghasilkan warna kulit, melanosit menghasilkan terlebih warna. Orang berkulit gelap mempunyai melanosit aktif yang lebih banyak berbanding orang berkulit putih.

Punca biasa yang menyebabkan melasma:

  • Pendedahan Cahaya Matahari - cahaya Ultraviolet (UV) merangsang sel melanosit. Walaupun sedikit ia akan menyebabkan melasma kembali walaupun selepas dirawat.
  • Perubahan Hormon - wanita mengandung kerap mempunyai melasma. Bila ia muncul ketika mengandung ia dipanggil chloasma. Pil perancang dan terapi penggantian hormon juga boleh mencetus melasma.
  • Produk Penjagaan Kulit - sesuatu produk yang tidak sesuai dan merengsakan kulit juga menyebabkan melasma menjadi makin teruk.

Rawatan Berkesan Menghilangkan Melasma

rawatan berkesan menghilangkan melasma dengan chemical peel

Chemical peel berkesan menghilangkan melasma. Kos rawatan chemical peel jauh lebih murah dan masa rawatan juga lebih cepat dibandingkan dengan rawatan laser yang mahal dan proses yang lama.

Rawatan PRP (Platelet Rich Plasma) juga berkesan untuk menghilangkan melasma. Rawatan PRP pada wajah bukan sahaja dapat memulihkan masalah jerawat, parut dan garis-garis halus malah terbukti boleh merawat melasma.

Mencegah Melasma Daripada Berulang

Tidak kira apa semua jenis rawatan akan gagal jika tidak melindungi kulit wajah daripada sinaran matahari. Langkah serius perlu diambil seperti memakai topi, penutup muka, sambil memakai krim pelindung matahari setiap hari.

Krim pelindung matahari mestilah sekurang-kurangnya SPF50+ yang mengandungi titanium dioxide dan zinc oxide yang berkesan menghalang cahaya UV-B dan UV-A yang boleh merangsang penghasilan melanin kulit. 

Rawatan Berkesan Menghilangkan Masalah Kulit

Setakat ini kami menerima respons positif dari pelanggan-pelanggan yang mendapatkan rawatan kulit wajah. Diantara mereka ada yang bermasalah jerawat, parut berlubang dan melasma yang teruk

Jika berminat untuk mendapatkan rawatan kulit wajah sila berhubung dengan kami dengan menelefon nombor klinik 03-5882 3894 atau boleh terus hubungi nombor 019-661 5447 (Pn Adibah) untuk pertanyaan lanjut.

testimoni chemical peel buang melasma wajah

 Puan Badariah, 62

"Selepas melihat testimoni-testimoni yang berjaya menghilangkan jeragat dan kulit kusam akhirnya saya yakin untuk mencuba rawatan di sini. Saya mempunyai masalah melasma yang sangat degil. Sudah banyak produk saya cuba tetapi masih tidak hilang. Hari ke-3 selepas rawatan di Klinik DR HASBI kulit wajah saya mula mengelupas dan menampakkan kulit wajah baru saya yang licin dan bersih tanpa melasma! Saya sangat berpuashati dan anak-anak perempuan saya pun juga datang mendapatkan rawatan wajah di sini."

Dr Hasbi


Hai, saya Dr Hasbi dan pemilik Klinik DR HASBI. Saya akan menulis kandungan blog untuk berkongsi info berkaitan kesihatan.

Your Signature

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Subscribe to our newsletter now!

>