Kenapa Lutut Berbunyi
Lutut yang berbunyi meletup sekali-sekala bila mencangkung atau melipat lutut itu biasa dan tidak perlu risau kerana mungkin ia tiada apa-apa. Namun jika lutut juga terasa sakit maka anda perlu tahu kenapa dan punca lutut berbunyi dan sakit.
Lutut berbunyi seperti meletup (krepitus) kerana geseran antara tulang pada permukaan kartilaj yang menyelaputi sendi tidak rata dan licin. Apabila usia meningkat tua, tisu kartilaj akan menjadi tidak rata. Geseran pada permukaan tidak rata itu menghasilkan bunyi.
Jika lutut berbunyi serta sakit atau bengkak ia mungkin berpunca daripada beberapa sebab seperti dibawah. Anda dinasihatkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut agar tidak bertambah teruk.
Punca Lutut Berbunyi dan Sakit
Meniskus Koyak

Meniskus ialah tisu berbentuk C yang bergetah bertindak sebagai kusyen sendi lutut dan menyerap hentakan. Ia juga menyebarkan berat badan dengan sekata agar tulang sendi tidak bergesel. Koyak pada meniskus biasa terjadi bila lutut terpulas dengan tiba-tiba atau kecederaan ketika bersukan. Pada usia muda, meniskus koyak bila berlaku akibat kecederaan tetapi bila usia semakin tua meniskus lebih mudah terkoyak.
Kartilaj Cedera atau Haus

Kadangkala kartilaj yang menutupi sendi boleh cedera, menyebabkan serpihannya menangkap dalam sendi. Biasanya sendi lutut akan bengkak atau menangkap. Kartilaj juga boleh menjadi semakin nipis dan rosak, dikenali artritis. Biasanya lutut terasa seperti mesin pengisar bila bergerak. Osteoartritis adalah artritis yang paling kerap berlaku. Ia lebih kerap terjadi pada usia pertengahan umur dan keatas.
Lutut Berbunyi Akibat Osteoartritis
Jika lutut berbunyi disebabkan osteoartritis biasanya ia beserta:
Cara Menyayangi Lutut Anda
Selalu bersenam menguatkan kaki dan lutut. Bersenam menggunakan berat atau getah regangan, atau pergerakan 'squat' dan 'lunges' sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Menaiki tangga atau bukit, berkayuh basikal setempat juga boleh membina otot untuk menyokong lutut.
Panaskan badan sebelum bersenam. Senaman berat ketika otot dan sendi masih sejuk boleh menyebabkan kecederaan.
Kekal fleksibel. Sebelum bersenam, cuba regangan dinamik iaitu menggerakkan otot kepada julat pergerakan maksima. Selepas bersenam, buat regangan statik, dimana anda tahan regangan selama 30 saat. Ini boleh mencegah kecederaan. Buat selalu untuk otot bahagian depan dan belakang peha (kuadrisep dan hamstring).
Tingkatkan intensiti dan tempoh senaman jika anda sudah mula bersenam.
Pakai kasut sesuai dan selesa ketika bersenam.
Berat badan ideal tidak memberi tekanan berat kepada sendi lutut. Obesiti adalah faktor risiko besar menghidap osteoartritis.
Q:
Ada ke suplemen yang boleh hilangkan bunyi lutut, seperti glucosamine atau vitamin D?
A:
Tidak ada suplemen yang diketahui dapat menghilangkan bunyi lutut.
Ada beberapa kajian mengatakan glucosamine dapat melegakan sakit lutut tetapi ianya tidak sahih. Kajian terkini mengatakan hydrolysed collagen lebih efektif melegakan sakit lutut osteoartritis.
Vitamin D tidak membantu dalam merawat sendi osteoartritis.
RAWATAN PRP MELEGAKAN LUTUT BERBUNYI
Rawatan PRP (Platelet Rich Plasma) terbukti berkesan merawat sakit lutut akibat Osteoartritis. Dapatkan rawatan segera sebelum terlambat.