PRP (Platelet Rich Plasma) adalah rawatan alternatif yang selamat & efektif.
Rawatan PRP telah digunakan sejak berpuluh tahun kini semakin popular untuk merawat penyakit osteoartritis, masalah kulit muka dan kecederaan tisu.
Kini Anda Ada Pilihan Rawatan Yang Selamat
Anda tidak perlu risau akan kesan sampingan atau kemungkinan tindakbalas alergi kerana PRP (Platelet Rich Plasma) diambil daripada darah anda sendiri dan digunakan untuk merawat penyakit yang anda alami.
Rawatan alternatif ini selamat dan efektif tanpa kerisauan pada kesan sampingan seperti ubat-ubatan yang boleh memberi kesan buruk kepada buah pinggang dan jantung.
PRP (Platelet Rich Plasma) mengandungi zat nutrien dan pelbagai faktor pertumbuhan dan penyembuhan untuk merawat tisu yang berpenyakit.
Rawatan yang mengambil masa kurang satu jam ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sakit sendi lutut osteoartritis dan masalah kulit wajah seperti jerawat, parut serta kesan penuaan pra-matang.
PRP (Platelet Rich Plasma) Berkesan Untuk:
Sakit Lutut Osteoartritis
Osteoartritis adalah punca utama sakit sendi lutut. Rawatan ini terbukti efektif merawat osteoartritis dan melambatkan proses degenerasi.
Masalah Kulit Wajah
Jerawat, parut, garis halus, jeragat, pigmentasi serta kesan-kesan penuaan dapat dirawat dengan rawatan PRP selain dapat mengekalkan awet muda.
Masalah Ligamen
Kecederaan minor pada tendon dan ligamen boleh dirawat tanpa bedah. Sakit bahagian tumit dan tapak kaki akibat radang ligamen juga boleh dirawat.
Nampak menarik tetapi bagaimana rawatan ini dilakukan? Ini adalah 3 langkah bagaimana rawatan ini dilakukan:
1
Darah Pesakit Diambil Dari Lengan.
Secara aseptik darah sebanyak 8 ml akan diambil dari urat vena pada lengan. Proses ini kurang 5 minit.
2
Darah Diproses Menghasilkan PRP.
Tiub darah dan mesin khas digunakan untuk mengasingkan bahagian PRP daripada darah.
3
PRP Disuntik Pada Bahagian Dirawat.
Serum ini kemudian disuntik kedalam sendi lutut atau pada kulit wajah yang bermasalah.
“
Testimoni Kami

Puan Mahani - Pesara Guru
Dulu lutut saya sakit bila berdiri lama. Sekarang lepas rawatan ini lutut sudah tidak sakit seperti dulu dan rasa sangat lega.

Puan Ann - Usahawan
Ini kali ketiga rawatan dan saya amat puashati kerana ia berkesan melegakan sakit lutut yang saya alami bertahun-tahun.

Encik Hafiz - Ejen Hartanah
Kesan parut jerawat berlubang sejak 10 tahun lepas kini semakin hilang selepas rawatan oleh Dr Hasbi.
Dapatkan Lebih Informasi Dari Sini:
Jika anda masih belum pasti tentang rawatan ini silalah baca artikel-artikel dibawah ini. Anda boleh berhubung terus dengan kami untuk dapatkan nasihat secara percuma berkenaan rawatan ini.