Promosi Terkini Klinik DR HASBI
Kami di sini sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap klien yang datang samada untuk mendapatkan rawatan kesihatan mahupun pencegahan penyakit. Oleh sebab itu kami kerap menawarkan promosi terkini untuk penjimatan harga yang berbaloi.
Anda disarankan untuk melawat halaman ini lebih kerap untuk memastikan anda tidak terlepas tawaran promosi yang kami anjurkan dari semasa ke semasa.

Kategori Promosi Terkini

Kategori Promosi Terkini
UJIAN DARAH
Promosi Ujian Darah Menyeluruh
Harga diskaun untuk ujian darah menyeluruh hanya RM160 sahaja daripada harga biasa RM240. Disarankan kepada semua yang berumur 30 tahun dan keatas sesuai untuk pemeriksaaan saringan tahunan untuk mengesan sebarang penyakit sebelum terlambat.
RAWATAN PRP LUTUT
Diskaun Sehingga RM1600
Hentikan sakit lutut anda dengan cara yang selamat dan menjimatkan melalui Rawatan PRP (Platelet Rich Plasma). Salah satu cara yang efektif untuk merawat sakit lutut akibat sendi reput osteoartritis. Sesuai untuk mereka yang tidak mahu menjalani pembedahan lutut.
KHATAN KANAK-KANAK
Promosi Khatan Sempena Cuti Sekolah
Tawaran harga istimewa untuk berkhatan kaedah klamp ketika cuti sekolah. Khatan yang selamat, cepat dan tidak menyakitkan. Pilih samada laser, clamp, goglu, plastibell atau stapler dan paling penting ia dilakukan oleh doktor yang sangat berpengalaman.
KHATAN LELAKI MUALAF
Diskaun RM100 Kepada Lelaki Mualaf
Tawaran diskaun harga sebanyak RM100 bagi khatan kaedah stapler untuk lelaki mualaf. Harga yang dibayar termasuk konsultasi sebelum dan selepas khatan, ubat-ubatan dan cuci luka pada hari ketiga selepas prosedur. Hubungi kami untuk tempah harga istimewa sempena hari bersejarah anda.
VAKSIN
Promosi Potongan Harga Vaksin Umrah & Haji
Sempena cuti sekolah yang bakal menjelang kami memberi menawarkan vaksin kepada bakal Umrah dan Haji dengan harga istimewa. Kami juga menyediakan pakej suntikan vaksin kepada kumpulan besar dengan harga yang sangat istimewa. Dapatkan informasi sekarang dari kami.
TEMPAH TEMUJANJI SEKARANG
Hubungi kami untuk dapatkan tarikh temujanji terdekat agar proses berjalan lancar. Sesetengah perkhidmatan seperti khatan perlukan temujanji manakala sesetengah vaksin perlu ditempah awal kerana stok terhad.