
Promosi Chemical Peeling Kulit Wajah
Memandangkan permintaan yang semakin popular kami menawarkan promosi rawatan chemical peeling serendah RM80 sahaja. Ia sesuai untuk menghilangkan jerawat, jeragat, parut berlubang, melasma dan sebagainya.

Harga Sebenar Chemical Peeling RM250
Harga promosi ini layak ditebus oleh pelanggan baru pertama kali mendapatkan rawatan di Klinik DR HASBI biarpun harga sebenar sekali rawatan adalah RM250 termasuk konsultasi.
Jenis produk chemical peeling yang digunakan untuk harga promosi ini adalah yang paling ringan dan juga tidak terlalu kuat sehingga menyebabkan pengelupasan kulit yang ketara dan downtime.
Walaupun begitu, produk chemical peeling ini diimport dari Perancis dan terkenal malah sudah banyak digunakan oleh pakar estetik di klinik dan pusat estetik terkemuka seluruh Malaysia.
Harga promosi RM80 yang ditawarkan ini sangat murah jika dibandingkan dengan harga yang dikenakan oleh pusat estetik lain, sekitar RM300-RM500 untuk sekali rawatan menggunakan produk sama.
Tempoh Sah Harga Promosi
Promosi sah sehingga diberitahu. Bagi pelanggan yang berminat untuk meneruskan sesi rawatan chemical peeling harga yang ditawarkan adalah RM150 sahaja termasuk konsultasi (promo RM80 sudah tamat).
Masa Yang Sesuai Untuk Rawatan
Sesi rawatan chemical peeling ini mengambil masa kurang 30 minit. Pilih waktu yang sesuai dengan anda kerana selepas rawatan anda tidak boleh membasuh muka selama 4 jam.
Langkah & Tempoh Masa Rawatan
01 Bersihkan Kulit Wajah - 5 Minit
Pertama, doktor akan menggunakan buih 15% glycolic acid untuk membersihkan dan menanggalkan daki dan minyak pada permukaan kulit. Ini memudahkan penyerapan larutan chemical langkah berikutnya.
02 Rawatan Chemical Peeling - 5 Minit
Selepas muka dicuci bersih, lapisan ubat chemical yang mengandungi campuran glycolic dan salisylic acid disapu rata pada kulit wajah dan dibiarkan selama 1-3 minit sebelum dibasuh.
03 Skrub Mask Peeling - 5 Minit
Langkah terakhir ini adalah bonus daripada kami. Krim masker disapu dan kulit wajah diurut secara membulat untuk menanggalkan sel-sel mati memberikan kesan lembut dan licin serta-merta.
Pakej Rawatan Kulit Wajah
Selain chemical peeling, kami juga menyediakan kombinasi bersama rawatan PRP (Platelet Rich Plasma) untuk merawat masalah kulit wajah yang lebih serius seperi parut jerawat berlubang.
Sila berhubung dengan kami dengan menelefon klinik ataupun datang terus ke klinik. Boleh gunakan Waze ke KLINIK DR HASBI di Bandar Puteri Puchong.