fbpx

Testimoni Rawatan Gel Lutut Klinik Dr Hasbi

testimoni rawatan gel lutut 4

Rawatan Menambah Gel Lutut

Setiap hari ada saja yang datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan sakit lutut akibat osteoartritis. Ada diantara mereka sudi untuk berkongsi pengalaman dan memberi testimoni bagaimana rawatan gel lutut dapat membantu mereka.

Osteoartritis lutut adalah salah satu penyebab utama kecacatan di negara maju termasuklah negara kita. Ia berlaku dengan perlahan, sedikit demi sedikit lutut bertambah sakit dan rasa sakitnya bertambah sakit dan bertambah lama.

Walaupun tidak ada penawar untuk osteoartritis, terdapat banyak pilihan rawatan yang ada untuk membantu mengurangkan kesakitan, memperlahankan proses pereputan sendi tanpa bergantung pada ubat penahan sakit.

Selain PRP, pilihan rawatan yang populardi Klinik Dr Hasbi adalah prosedur menambah gel lutut (viscosupplementation). Dalam prosedur ini, cecair seperti gel yang disebut asid hyaluronik (HA) disuntik ke sendi lutut. Prosedur ini tidaklah menyakitkan. 

Asid hyaluronik (HA) adalah bahan yang terdapat secara semula jadi yang terdapat dalam cecair sinovial di sekitar sendi. Ia bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan tulang bergerak lancar di antara satu sama lain dan sebagai penyerap kejutan untuk beban sendi.

Orang dengan osteoartritis mempunyai kepekatan asid hyaluronik yang lebih rendah daripada biasa pada sendi mereka. Teorinya ialah menambahkan asid hyaluronik pada sendi artritis akan memudahkan pergerakan dan mengurangkan kesakitan.

testimoni rawatan gel lutut

Koleksi Video Testimoni Rawatan

Saksikan koleksi video testimoni pelanggan kami yang telah berjaya melegakan sakit lutut yang dideritai bertahun-tahun selepas menerima rawatan menambah gel lutut. Mereka menerima rawatan dari Dr Hasbi yang terlatih dan mahir dalam rawatan ini.

Dr Hasbi hanya menggunakan gel HA yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan. Semua jenama gel HA yang digunakan adalah diimport dari Swiss, Jerman atau US sahaja. Semua jenama ini sudah digunakan di seluruh dunia.

Video Testimoni 1
play
"Dah kurang banyak dah. Sekarang dah boleh naik basikal."
Video Testimoni 2
play
"Lepas suntik terus hilang sakit lega 100% dan boleh berjalan laju."
Video Testimoni 3
play
"Dari berkerusi roda sekarang dah boleh berjalan sendiri."
Video Testimoni 4
play
"Sekarang dah tak bertongkat, selera makan pun dah okey"

Dapatkan Rawatan Gel Lutut!

Harga Suntik Gel Lutut Yang Berpatutan

harga suntik gel lutut murah di puchong
harga suntik gel lutut murah di puchong

Harga Suntik Gel Lutut Berbeza

Secara umumnya harga untuk suntik gel kedalam lutut bergantung kepada jenama dan kualiti gel HA (hyaluronic acid) yang terkandung di dalamnya. Ada gel yang cair, pertengahan pekat dan sangat pekat bergantung keperluan.

Suntikan tambah gel HA untuk sendi lutut osteoartritis berkesan mengurangkan sakit dan menangguhkan pembedahan tukar lutut (Total Knee Replacement) yang mengerikan. Suntikan tambah gel melindungi sendi lutut daripada terus rosak.

harga suntik gel lutut murah

Jenis-Jenis Suntikan Gel Lutut

Terdapat banyak jenama suntikan gel lutut dipasaran. Ada jenama import daripada US, Itali, Jerman dan Swiss. Semuanya mempunyai 'unique selling point' masing-masing. Namun tidak ada kajian yang boleh menetapkan mana yang terbaik.

Secara ringkasnya, gel HA yang ada dipasaran berbeza mengikut kepekatan HA, isipadu dan kandungan tambahan seperti steroid. Gel HA yang berkepekatan rendah perlu disuntik setiap minggu selama 3-5 minggu berturut-turut.

Manakala gel HA yang berkepekatan tinggi hanya perlu disuntik sekali sahaja untuk setiap 9-12 bulan berbanding gel HA yang lebih cair pelu diulang setiap 6-12 bulan. Ia bergantung kepada penilaian doktor berapa lama tempoh rawatan ulangan.

Tempoh Ketahanan Rawatan Suntik Gel

Kebanyakan pesakit melaporkan kelegaan selama enam bulan, dan suntikan boleh diulang setiap enam bulan atau berdasarkan pertimbangan doktor. Biasanya mereka perlukan suntikan tambah gel setiap 6 bulan sekali untuk kelegaan berterusan.

Namun, tidak semua ulangan memberikan kesan kelegaan yang sama. Ini kerana proses pereputan osteoartritis sebenar tidaklah langsung terhenti dengan rawatan tambah gel lutut ini. Ia cuma melambatkan sahaja. Seperti 'tambah minyak gris' ke lutut bagi licin.

Lagipun kesan maksima kelegaan selepas suntik gel bukanlah serta-merta. Ia akan ambil masa lebih kurang 1-2 bulan selepas suntikan. Jika gel HA disuntik bersama steroid kesan kelegaan jadi cepat tetapi tidak sesuai digunakan lebih 2 kali dalam setahun.

Kandungan Suntikan Gel Lutut

Asid hyaluronik (HA), juga dikenali sebagai hyaluronan, adalah bahan seperti gel yang secara semula jadi terdapat dalam cecair sinovial yang melincirkan sendi. Pesakit osteoartritis semakin kehilangan asid hyaluronik ini.

Teori mengatakan bahawa menggantinya dengan proses yang disebut pelengkap viskos akan menjadikan penggunaan sendi kurang menyakitkan. Suntikan gel HA diluluskan oleh FDA untuk osteoartritis lutut.

Mekanisme tindakannya tidak diketahui sepenuhnya, tetapi dianggap meningkatkan kelikatan, atau ketebalan, sementara dari cairan yang mengelilingi sendi yang disuntikkan. Ini dapat mengurangkan rasa sakit dan membuat pergerakan sendi lebih mudah.

Kesan Sampingan Suntik Gel Lutut

Rawatan suntik gel biasanya berisiko rendah, tetapi beberapa kesan sampingan mungkin berlaku. Kesan sampingan biasa termasuk rasa sakit, bengkak, panas dan kemerahan di sekitar lutut. Rehat dan ais selepas itu dapat membantu mencegah kesan sampingan yang biasa.

Lebih jarang, jangkitan pada sendi mungkin berlaku atau kerosakan pada bahagian lutut yang lain jika tersalah suntik. Doktor yang terlatih dengan betul akan memberikan suntikan dengan risiko komplikasi yang sangat sedikit.

Harga Promo Suntik Gel Lutut

Kami menawarkan harga rawatan suntik gel lutut yang kompetitif dengan pilihan gel HA yang pelbagai. Kami ada jenama US, Jerman, Itali dan Swiss dengan kepekatan yang berbeza mengikut kesesuaian anda.

Selain suntik gel, kami juga ada rawatan PRP (Platelet Rich Plasma) untuk merawat sakit lutut osteoartritis. Gabungan suntik gel bersama PRP adalah lebih popular dan lebih berkesan untuk melegakan sakit lutut dan tahan lebih lama.

Legakan Sakit Lutut Dengan Segera!

Dapatkan rawatan suntik gel lutut yang berkesan dengan harga istimewa.

play

Fimosis Sekunder Selepas Berkhatan

komplikasi khatan laser fimosis sekunder

Risiko Fimosis Sekunder Selepas Berkhatan

Tahun ini saja saya menerima 3 kes fimosis sekunder (secondary phimosis) selepas berkhatan secara laser dan jahit. Diantara mereka adalah bayi berusia 3 bulan, kanak-kanak berumur 11 tahun dan seorang lelaki dewasa berbangsa Cina.

Fimosis sekunder atau secondary phimosis adalah diantara komplikasi berkhatan. Ia terjadi bila kulit mukosa bahagian dalam tidak dipotong secukupnya melekat semula pada kepala zakar. Ia kelihatan kepala zakar tertutup dengan kulit kulup seakan-akan belum bersunat.

Fimosis sekunder lebih mudah terjadi jika berkhatan teknik laser dan jahit terutamanya jika doktor atau mudim melakukan teknik pancung atau 'guilotine'. Teknik ini paling biasa dilakukan kerana ianya mudah dan cepat siap tetapi lebih berisiko.

Khatan Laser Teknik Pancung

Secara umum teknik khatan laser secara pancung adalah selamat jika doktor atau mudim yang melakukannya seorang yang berpengalaman serta berhati-hati ketika prosedur dilakukan. Jika tidak berhati-hati ia berisiko mencederakan kepala zakar atau terpotong zakar.

Selain risiko kecederaan, ia juga mungkin meninggalkan kulit mukosa bahagian yang masih panjang kerana sukar dipotong secukupnya tanpa menarik kulit bahagian dalam ketika mengepit kulit. Maka risiko kulit melekat dan terjadi fimosis sekunder adalah lebih tinggi.

Selain faktor teknik yang kurang tepat, risiko terjadi fimosis sekunder lebih tinggi dikalangan mereka yang berbadan gempal, zakar tenggelam (buried penis) dan juga zakar kecil. Ibu bapa seharusnya faham akan risiko yang mungkin terjadi jika anak berbadan gempal.

Jika fimosis dikenalpasti awal ia masih boleh dirawat tanpa pembedahan pembetulan. Namun jika parut sudah lama terjadi dan melekat kuat ia perlu dilepaskan dengan pembedahan kecil atau biasa kita dengar 'sunat dua kali' untuk melepaskan kepala zakar yang tertutup.

parut khatan laser hodoh

Parut Jahit Hodoh Selepas Berkhatan Laser & Jahit

"Parut jahitan yang hodoh paling banyak terjadi selepas khatan laser dan jahit."

Baru-baru ini saya dikunjungi seorang lelaki berbangsa Cina untuk mendapatkan rawatan masalah fimosis sekunder selepas berkhatan. Agak kasihan kerana selepas dua bulan dia berkhatan luka masih tidak sembuh malah hujung kulit zakarnya bengkak dan tertutup.

Beliau hanya dapat tahu mengenai khatan di klinik saya selepas bersunat di klinik lain. Saya agak terperanjat bila beliau beritahu doktor yang mengkhatankan beliau kata itu adalah normal kerana dia berbadan gempal. Cuma perlu tarik keluar kepala zakarnya. 

fimosis sekunder selepas berkhatan laser

Beliau berkhatan bersama dengan sepupunya, keadaan sepupunya sudah pulih sepenuhnya tanpa sebarang masalah. Faktor badan beliau yang gempal dan zakar tenggelam menjadi punca luka khatan menjadi komplikasi fimosis.

Setelah dijelaskan masalah beliau, akhirnya bersetuju untuk berkhatan sekali lagi. Memang masih banyak kulit mukosa bahagian dalam serta parut yang hodoh perlu dibuang dalam proses khatan kali kedua ini. Saya guna teknik stapler agar parut nanti cantik.

Teknik Khatan Kami Selamat!

Dapatkan konsultasi percuma kaedah berkhatan dengan selamat tanpa komplikasi.

play

Elak Fimosis Sekunder Selepas Berkhatan

Saya tidak berkata berkhatan cara laser tidak bagus kerana saya sendiri juga ada menawarkan teknik laser dan jahit bagi mereka yang bajet. Cuma saya mengamalkan teknik 'dorsal slit' iaitu potong tengah bahagian atas untuk hasil yang lebih kemas dan selamat.

Tidak kira apa kaedah apa pun selain laser (plastibell, clamp) jika operator yang melakukannya tidak mahir hasilnya tetap tidak elok dan berisiko mendatangkan komplikasi. Sekarang ada teknik-teknik yang lebih baik seperti stapler dan 'ring' untuk lelaki dewasa.

Jika berkhatan ketika bayi, amalkan penjagaan selepas khatan yang betul agar tidak terjadi fimosis sekunder kerana zakar bayi lebih kecil dan kepala zakar yang basah serta melekit menyebabkan mudah melekat semula.

Testimoni Khatan Lelaki Dewasa Cara Stapler

testimoni khatan lelaki dewasa

Testimoni Khatan Lelaki Dewasa

Walaupun setiap hari melakukan prosedur khatan namun kebanyakan mereka malu untuk menjadi testimoni khatan lelaki dewasa di klinik saya. Saya faham dan tidak pernah memaksa sesiapa untuk tujuan itu.

Namun bagi Encik Siva, beliau sangat peramah dan bersungguh-sungguh untuk mengajak orang lelaki dewasa untuk berkhatan sebagai langkah menjaga kebersihan dan kesihatan alat sulit.

Mari kita sama-sama menonton video testimoni beliau (Bahasa Inggeris):

Khatan Cara Stapler Menjadi Pilihan

Rata-rata lelaki dewasa yang datang berkhatan di sini memilih kaedah stapler. Ini kerana berkhatan menggunakan alat stapler lebih selamat, cepat, kurang risiko komplikasi dan tidak sakit.

Pakej berkhatan dewasa yang kami tawarkan juga jauh lebih murah dibandingkan dengan tempat lain. Saya tahu kerana kebanyakan yang datang sudah membuat perbandingan harga dibeberapa tempat.

Klinik kami bukan sahaja menjadi pilihan ibu-bapa untuk khatankan bayi atau kanak-kanak malah ramai lelaki dewasa samada mualaf, non-muslim atau orang Islam yang mahu bersunat sekali lagi.

Kaedah stapler lebih sesuai sekiranya seseorang itu menghidap kencing manis ataupun ada masalah jangkitan kuman pada kulit kulup. Ini kerana stapler lebih rendah risiko jangkitan kuman.

Masa prosedur yang lebih singkat menjadi faktor stapler paling rendah risiko jangkitan kuman. Selain itu stapler lebih kukuh dan luka tidak mudah terbuka sekiranya terkena jangkitan kuman.

Alasan Khatan Lelaki Dewasa

Kebiasaannya saya akan bertanya dahulu alasan mengapa mahu berkhatan. Diantara alasannya adalah :

  • Memeluk Islam - sebenarnya ramai yang sudah lama memeluk Islam tetapi masih tidak berkhatan kerana perasaan takut.
  • Kebersihan - sekarang ramai non-muslim sedar kebaikan berkhatan dari segi kesihatan dan kebersihan.
  • Phimosis - biasanya mereka tidak tahu nama penyakit ini tetapi akan memberitahu tidak suka rupa bentuk zakar. Kepala zakar tertutup dan menunduk kebawah.
  • Menghidap jangkitan kuman - kerap terkena jangkitan kuman pada hujung zakar memaksa mereka untuk berkhatan.

Tempah Temujanji Khatan

"Saya nasihatkan semua lelaki dewasa untuk berkhatan terutama yg berumur 40 tahun keatas" - En. Siva.

Vaksin Influenza Mencegah Covid-19?

adakah vaksin influenza cegah jangkitan covid-19

Bolehkah vaksin influenza mencegah Covid-19?

Jawapannya vaksin influenza TIDAK mencegah Covid-19.

Vaksin influenza dicipta khusus untuk mencegah jangkitan influenza, yang mana ia berbeza dengan coronavirus Covid-19.

Namun jawapan sebenar agak rumit. Vaksin influenza tidak mencegah anda dijangkiti Covid-19 tetapi ia membantu frontliner kesihatan menangani wabak Covid-19 dengan lebih berkesan.

Kenapa Mesti Ambil Vaksin Influenza?

Pertama, kakitangan kesihatan sudah dibebani dengan banyak kes ILI (Influenza-like Illness) dan SARI (Severe Acute Respiratory Infection) iaitu pesakit yang mempunyai simptom demam, batuk dan selsema samada demam selsema biasa atau influenza.

Sesiapa yang mempunyai ILI dan SARI sememangnya tidak dapat dipastikan samada ianya jangkitan Covid-19 atau tidak melainkan melalui ujian saringan Covid-19. Namun bukan semudah itu ya.

covid-19 test kit tidak tepat

 Anda dinasihatkan tidak mengambil ujian melalui test kit Covid-19 tanpa nasihat doktor kerana ujian ini mengesan antibodi terhadap Covid-19. Antibodi hanya dapat dikesan 5-8 hari selepas dijangkiti Covid-19

Selain test kit ini banyak dijual online dan tidak dapat dipastikan ketulenan dan keberkesanannya.

Maka dengan mengambil vaksin influenza ia secara tak langsung mengurangkan beban frontliner untuk merawat pesakit SARI dan ILI di klinik dan hospital. Boleh fokus kepada mengesan dan merawat pesakit Covid-19.

Keduanya, secara tak langsung keperluan untuk mengambil ujian Covid-19 dapat dikurangkan dan boleh digunakan untuk kes yang benar-benar perlu. Jimat kos beratus-ratus ringgit untuk setiap ujian.

Anda boleh sama2 bantu menangani Covid-19 dengan mengambil vaksin influenza. Makin ramai ambil vaksin ini maka makin kurang yang akan datang ke klinik dan hospital akibat simptom demam dan selsema yang mana overlap dengan simptom Covid-19. 

Mencari pesakit Covid-19 sebenar menjadi lebih mudah dan efisien kerana jarang kemungkinan seseorang itu akan kena jangkitan influenza dan Covid-19 serentak.

Oleh itu, secara tidak langsung kadar vaksinasi influenza yang tinggi dikalangan rakyat jelata dapat membantu negara menangani wabak Covid-19 dengan lebih berkesan.

Mencari pesakit Covid-19 seperti mencari jarum dalam tumpukan jerami. Susah mencarinya tetapi kalau kita kurangkan jumlah jerami maka lebih mudahlah jarum itu dijumpai kan?

Kami ingin membantu anda sekeluarga yang mana belum dapat vaksin influenza masih belum terlambat untuk dapatkannya. Kami tawarkan harga istimewa sepanjang PKP ini sementara stok masih ada.

Hubungi kami segera untuk temujanji:

Telefon 03-5882 3894

adakah vaksin influenza cegah jangkitan covid-19

Rawatan Sakit Lutut Akibat Aktif Bersukan

rawatan sakit lutut sebab bersukan
rawatan sakit lutut sebab bersukan

Sakit Lutut Akibat Aktif Bersukan

Jangan ingat golongan berusia saja yang mengalami sakit lutut. Sebenarnya ramai juga dikalangan orang muda yang datang untuk mendapatkan rawatan sakit lutut. Biasanya mereka orang yang aktif bersukan.

Bila bersukan susah nak cari satu jenis sukan yang tidak melibatkan kaki. Berlari, melompat, memanjat dan gerakan pantas. Semua pergerakan memerlukan kekuatan tulang, ligamen dan otot.

Pergerakan yang tiba-tiba dan tidak biasa boleh menyebabkan kecederaan terutamanya pada sendi lutut. Terseliuh, sakit pinggang, kejang urat biasa terjadi tetapi kadangkala tidak tahu apa puncanya.

Punca-Punca Sakit Lutut

Banyak kemungkinan yang boleh terjadi jika lutut tercedera seperti artritis, tendinitis dan kecederaan lalu. Tapi bagaimana jika terasa sakit tanpa berlaku kecederaan dan lutut nampak normal saja?

Anda akan rasa stres dan kecewa bila lutut sakit sebelah atau kedua belah kerana anda seorang yang aktif bersukan sejak dulu. Awalnya anda boleh tahan tapi lama-kelamaan semakin sakit sehingga menghadkan aktiviti sukan.

Jika sakit berkurang selepas berhenti bersukan ia lebih berpunca daripada wear and tear bukan akibat kecederaan yang definitif. Namun wear and tear boleh menjadi serius dan mengakibatkan osteoartritis.

Lutut adalah sendi pertama yang mendapat kesan degeneratif akibat wear and tear, ditambah dengan aktiviti sukan berimpak tinggi seperti berlari dan melompat ia adalah trek pantas mengakhiri aktiviti sukan yang anda gemari.

Selain proses wear and tear semulajadi, beberapa faktor lain meningkatkan risiko osteoartritis iaitu:

  • berumur lebih 40 tahun
  • berat badan berlebihan
  • kecederaan lutut lepas
  • wanita
  • ada sejarah keluarga
  • ada penyakit gout dan rhematoid artritis

Tanda-Tanda Osteoartritis

Osteoartritis biasanya terjadi pada sendi yang menampung berat badan, dimana lutut adalah sendi yang paling kerap terkena. Ini memberi kesan kepada atlet sukan berimpak tinggi.

Tanda-tanda yang biasa dialami adalah:

  • Sakit sendi selepas bersukan berlebihan atau ketika tidak aktif
  • Lutut terasa ketat tapi kembali normal selepas bergerak dalam tempoh tertentu
  • Ketat lutut waktu pagi dalam tempoh singkat

Rawatan Sakit Lutut Osteoartritis

01 Senaman

Bersenam dapat menguatkan otot kaki, melancarkan perjalanan darah dan seterusnya dapat melegakan sakit lutut. Mengurangkan berat badan berlebihan juga dapat melegakan stres pada lutut.

02 Terapi Panas Sejuk

Terapi panas dengan menuam dan bertungku dapat legakan sakit dengan melancarkan perjalanan darah. Tuam ais dapat kurangkan radang dan melegakan sakit.

03 Rehat

Rancang rehat agar tidak terlalu mengenakan stres pada lutut. Juga rehat yang terlalu lama menyebabkan lutut menjadi keras dan ketat.

04 Terapi

Terapi melalui profesional seperti ahli fisioterapi dapat membantu anda mengurangkan stres pada sendi, melakukan aktiviti dengan betul dan melindungi sendi. 

05 Ubat Anti-Inflamatori

Banyak ubat penahan sakit boleh dibeli melalui kaunter farmasi untuk kelegaan sementara. Hati-hati kerana kesan buruk jika diambil secara berterusan.

06 Suplemen Lutut

Mengambil suplemen lutut yang betul dapat melegakan sakit lutut secara berpanjangan tanpa kesan negatif. Kesan boleh dirasai selepas beberapa minggu pengambilan.

07 Rawatan Suntikan PRP dan Gel Lutut

Cara rawatan yang lebih invasif tetapi sangat berkesan dan selamat untuk melegakan sakit serta memberi kesan penyembuhan kekal kepada lutut yang cedera.

Dapatkan Rawatan Sakit Lutut Hari Ini

Sembuhkan sakit lutut dengan cepat dan selamat

Rawatan Menghilangkan Jeragat Berkesan

rawatan menghilangkan jeragat klinik di puchong

Apa Itu Jeragat

Pakar dermatologi telah mengesan lebih 3000 masalah kulit dan ini termasuklah jeragat. Walaupun jeragat tidak berbahaya namun rawatan menghilangkan jeragat sangat diperlukan terutamanya wanita.

Kehadiran jeragat bukan sahaja menjadikan wajah dipenuhi bintik-bintik hitam malah menyebabkan tona kulit jadi tidak sekata. Jeragat yang teruk menjejaskan penampilan dan keyakinan seseorang.

Biasanya jeragat terbentuk di kulit wajah pada dahi, hidung, pipi dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat biasanya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan nampak tona warna tidak sekata.

Bila semakin teruk, tompok-tompok kecil ini membesar dan bercantum dengan jeragat lain sehingga akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah. Wajah akan nampak gelap dan tidak menarik lagi.

Punca Jeragat Terjadi

Kulit mengandungi pigmen yang dikenali sebagai melanin yang menentukan warna kulit setiap orang. Melanin ini dihasilkan oleh sejenis sel dipanggil melanocyte yang terdapat dalam lapisan kulit.

Penghasilan melanin dipengaruhi oleh sinaran ultraviolet (UV) dari cahaya matahari. Semakin banyak terdedah pada sinaran UV maka semakin banyak melanocyte menghasilkan melanin.

kesan sinaran uv sebab jeragat dan melasma

Tujuan asalnya melanin dihasilkan untuk melindungi kulit daripada kesan UV agar tidak rosak namun apabila sel melanocyte menjadi terlalu aktif ia menghasilkan melanin secara abnormal.

Ini kerana keupayaan badan untuk merawat sel kulit telah berkurang apabila usia semakin meningkat. Pada lapisan kulit terdapat kolagen yang membantu merawat tisu dan sel kulit yang rosak atau mati.

Namun setiap tahun umur meningkat badan semakin berusia dan tidak dapat lagi menghasilkan kolagen yang diperlukan untuk merawat kulit secara optimum. Kekurangan kolagen juga menjadi punca parut berlubang.

rawatan menghilangkan jeragat klinik di puchong

Rawatan Menghilangkan Jeragat

Banyak krim pencerah yang berkesan menghilangkan jeragat mengandungi bahan terlarang ataupun racun berjadual iaitu hydroquinone. Bahan ini dilarang penggunaannya kerana potensi menyebabkan kanser.

Cara yang lebih selamat dan berkesan adalah dengan rawatan chemical peel, microneedling PRP (platelet rich plasma) dan laser. Rawatan chemical peeling adalah paling cepat dilakukan dan paling murah.

Jika berminat untuk mendapatkan info lebih lanjut bagaimana kami boleh merawat masalah kulit berjeragat silalah hubungi kami untuk tempah temujanji untuk harga promosi rawatan chemical peeling.

Testimoni Rawatan PRP Lutut

testimoni rawatan prp lutut klinik dr hasbi
testimoni rawatan prp lutut klinik dr hasbi

Testimoni Rawatan PRP Lutut Terkini

Puan Chan bukanlah orang pertama testimoni rawatan PRP lutut di sini. Cuma kes beliau agak menarik kerana usia muda iaitu baru 44 tahun. Biasanya yang datang mendapatkan rawatan PRP lutut sudah berumur 60 keatas.

Beliau seorang yang aktif bersukan ketika usia mudanya. Walaupun tidak pernah mengalami kecederaan lutut namun beliau mempunyai risiko lain seperti faktor genetik dan berat badan berlebihan.

Sakitnya bermula sejak 4 bulan yang lepas. Ia bermula dengan kedua lutut terasa ketat pada waktu pagi dan bila beliau berjalan jauh lutut kiri mula terasa sakit. 

Doktor pakar ortopedik mengesahkan beliau menghidapi osteoartritis Peringkat 2 pada kedua belah lutut. Cuma lutut kanan belum rasa sakit ketika itu. Beliau cuma bertahan dengan ubat tahan sakit sahaja ketika itu.

Namun bila ubat dan suplemen tidak memberi kesan beliau mencari alternatif lain sebelum keadaan lututnya semakin teruk dan mengganggu aktiviti harian. Beliau akhirnya berhasrat untuk mencuba rawatan PRP.

Kesan Positif Rawatan PRP Lutut

Pertama kali beliau datang berjumpa saya kira-kira 4 bulan lalu. Beliau setuju untuk mulakan rawatan pada lutut kiri. Setelah 2 kali suntikan PRP selang 2 bulan kini lutut kiri sudah beransur pulih.

Selang beberapa bulan lutut kanan beliau juga mula terasa sakit. Kini tanpa lengah beliau terus dapatkan rawatan PRP + Gel untuk lutut kanan. Selepas sekali suntikan kini lutut kanan juga sudah sembuh

Menderita Sakit Lutut Osteoartritis

Osteoartritis adalah penyakit radang sendi yang paling kerap berlaku. Memang betul bila umur semakin meningkat kebarangkalian untuk menghidap osteoartritis semakin tinggi kerana proses penuaan.

Sebenarnya sendi lutut melalui proses 'pakai dan koyak' atau kita lebih biasa sebut wear and tear. Proses dimana stres yang berterusan pada sendi lutut dalam aktiviti harian menyebabkan tisu rawan menjadi makin nipis.

Oleh itu orang tua tidak semestinya akan menghidap osteoartritis. Sekarang orang lebih muda juga boleh menghidap penyakit ini akibat wear and tear yang lebih teruk pada sendi lutut kerana lebih sukakan aktiviti sukan lasak

Puan Chen adalah salah satu contoh orang yang agak muda menghidap sakit sendi osteoartritis. Beliau sudi menjadi testimoni rawatan PRP lutut kerana dengan rawatan suntikan PRP + Gel sakit lututnya kini sembuh.

PRP Pilihan Utama Merawat Osteoartritis

Pelbagai ubat dan suplemen lutut telah diambil Puan Chan selama beberapa bulan lepas tetapi tidak memberi sebarang kesan. Disebabkan itu beliau pilih rawatan PRP untuk sembuhkan sakit lututnya.

Banyak kajian menyokong keberkesanan PRP dalam merawat sakit lutut osteoartritis. Ada juga kajian yang mencadangkan PRP menjadi pilihan pertama dalam kaedah merawat osteoartritis.

testimoni rawatan prp lutut murah di puchong

Menurut beliau, ketika lututnya disuntik PRP dengan serta-merta dia merasa bendalir PRP meresap keseluruh dalam sendi lutut. Kemudian dalam beberapa jam dia merasa lututnya bertambah sakit dan bengkak.

Perkara itu adalah normal kerana PRP akan mencetuskan radang dalam proses penyembuhan. Sedikit sakit dan bengkak selepas suntikan memang dijangka tetapi tidak serius. Ia akan pulih selepas beberapa hari.

Namun sakit dan bengkak yang dirasai semakin pulih selepas keesokan harinya. Perlahan-lahan sakitnya hilang sehinggalah dia sendiri tidak perasan bila sakit lututnya sembuh dan tidak lagi sakit.

Tempah Temujanji

Dapatkan rawatan suntikan lutut PRP +/- HA dengan harga istimewa hari ini.

Suplemen Untuk Sakit Lutut Berkesan Dalam 14 Hari

suplemen untuk sakit lutut berkesan
suplemen untuk sakit lutut paling berkesan

Jenis Suplemen Untuk Sakit Lutut

Sejak kebelakangan ini tren mendapatkan suplemen semulajadi semakin meningkat. Biasanya orang mencari glucosamine dan chondroitin untuk suplemen sakit lutut.

Walaubagaimanapun kedua suplemen ini tidak memberikan kesan yang diharapkan walaupun secara keseluruhan ia membantu mengurangkan sakit lutut akibat osteoartritis.

Oleh yang demikian, semakin ramai orang mencari suplemen yang selamat, semulajadi dan disokong oleh kajian sains yang disahkan dapat memulihara lutut dan melegakan sakit.

Penemuan Terkini Suplemen Lutut Terbaik

Sebenarnya memang ada suplemen yang betul-betul mujarab meredakan sakit sendi lutut akibat osteoartritis (OA) atau rheumatoid artritis (RA). Masalahnya terlalu banyak iklan ubat sakit lutut yang menipu.

Jika tersilap mengambil ubat atau suplemen yang beracun, terutamanya yang tradisional atau tidak berdaftar ia boleh memberi kesan sampingan buruk dan membahayakan kesihatan.

Sebelum beli, tanya dulu adakah ia didokong oleh kajian saintifik? Adakah ia satu "formula rahsia" yang tidak dikongsi? Produk ini dibuat oleh kompeni besar dengan kawalan kualiti yang ketat? Dijual di farmasi besar?

Penemuan terkini mencadangkan selain glucosamine dan chondroitin, kolagen hidrolisat (Hydrolysed Collagen Type II) adalah lebih berkesan diambil sebagai suplemen untuk lutut.

testimoni rawatan prp lutut murah di puchong

Suplemen Rawatan Suntikan PRP

Rata-rata pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan suntikan PRP (platelet rich plasma) dari saya sudah berumur lingkungan 50 tahun keatas dan sudah beberapa tahun menghidap osteoartritis.

Biasanya saya akan mencadangkan mereka untuk mengambil suplemen jenis kolagen peptida (hydrolysed collagen) selama 2 minggu sebelum prosedur rawatan PRP dilakukan.

Alasannya, kebanyakan mereka yang datang sedang mengalami sakit dan bengkak akibat radang yang masih aktif pada sendi lutut. Juga kemungkinan besar mereka baru sahaja mengambil ubat penahan sakit ketika itu.

Pengambilan suplemen ini dapat melegakan keradangan, sakit serta bengkak secara semulajadi tanpa bantuan ubat penahan sakit. Lagipun, tubuh memerlukan bekalan nutrisi yang mencukupi untuk pemulihan.

Suplemen ini dapat membantu tubuh bersedia untuk memberikan nutrisi yang cukup kepada sendi apabila rawatan PRP dijalankan. Maklumlah diet sahaja tidak memadai bagi seseorang yang sudah berumur lanjut.

kolagen peptida suplemen lutut

Suplemen Peptida Kolagen (hydrolysed collagen type II) Untuk Lutut

Peptida kolagen (collagen peptides) adalah molekul protin yang kecil diekstrak daripada molekul kolagen yang besar. Ia juga dipanggil kolagen hidrolisat (Hydrolysed Collagen Type II).

Dengan saiz yang sangat kecil iaitu kurang 10kDa (saiz kolagen lebih 250 kDa) peptida kolagen ini adalah sangat larut didalam air dan menjadi sangat mudah diserap kedalam tubuh.

Hakikatnya tubuh kita menghasilkan kolagen daripada sumber protin. Tetapi setelah usia meningkat penghasilan kolagen semakin berkurang dan memberikan kesan penuaan kepada banyak organ tubuh.

Kekurangan kolagen memberi kesan-kesan seperi pereputan sendi serta masalah lain seperti kulit semakin nipis dan berkedut serta rambut menipis.

goldflex activa suplemen rawat sakit lutut osteoartritis

Dapatkan Suplemen Lutut

Melegakan sakit lutut seawal 14 hari

Risiko Berkhatan Dua Kali Jika Masih Bayi

bayi kena khatan dua kali
bayi kena khatan dua kali

Risiko Berkhatan Dua Kali?

Memang benar jika berkhatan ketika bayi mempunyai risiko berkhatan dua kali bila besar nanti. Namun risiko ini dapat dihindari khatan dilakukan dengan betul oleh doktor yang berpengalaman.

Umumnya ramai yang tahu berkhatan dapat mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing, kanser zakar, penyebaran penyakit kelamin termasuklah HIV dan banyak lagi.

Walaupun majoriti bayi yang berkhatan tidak mengalami komplikasi, tetapi terdapat juga sebahagian kecil kes yang memerlukan rawatan susulan dan serta keperluan bersunat sekali lagi.

Kes Berkhatan Dua Kali Meningkat

Dalam satu kajian yang dilakukan di sebuah hospital di luar negara, terdapat peningkatan kes bayi yang berkhatan memerlukan revisi dan perlu menjalani khatan sekali lagi.

Kemungkinan punca yang menyebabkan peningkatan kes adalah:

  • penurunan kualiti khatan dikalangan bayi
  • peningkatan jumlah khatan dikalangan bayi
  • jangkaan yang berbeza mengenai hasil akhir khatan

Kenapa Perlu Khatan Dua Kali

Bila bersunat kadang-kadang kulit zakar melekat balik di kepala zakar. Biasanya terjadi kerana kulit yang dibuang tidak mencukupi dan masih banyak kulit kulup yang masih tinggal.

Kulit yang masih lebih akibat khatan yang tidak sempurna boleh menyebabkan lekatan dan kadang-kala ia boleh menutup seluruh kepala zakar sehinggakan nampak seolah-olah tidak bersunat.

Kadang-kadang kulit dipotong tidak sama panjang menyebabkan lekatan yang tidak seimbang dan nampak senget. 

Biasanya rivisi khatan perlu dilakukan bila kulit yang lebih menyebabkan iritasi dan jangkitan kuman pada zakar. Lekatan biasanya menyebabkan rongga bawah kulit yang mudah dijangkiti kuman.

Jika lekatan kulit pada kepala zakar tidak dibaiki ia boleh menyebabkan batang zakar menjadi bengkok dan tidak selesa ketika berlaku ereksi.

Jika terlalu banyak kulit yang terlebih lebih baik dilakukan khatan sekali lagi kerana zakar tidak akan 'membesar' melepasi kulit kulup yang panjang. Namun ia boleh ditangguh dahulu. 

Penjagaan Selepas Khatan Elak Komplikasi

Walaupun penjagaan luka khatan ketika usia bayi amat mudah namun ia tidak harus dipandang ringan. Luka khatan bayi biasanya mengambil masa 5-7 hari untuk sembuh tetapi kulit bahagian kepala zakar masih melekit.

Jika bayi dikhatan menggunakan kaedah clamp, kepala zakar bayi terlindung didalam corong clamp dan masih basah. Bila clamp dicabut pada lebih kurang hari kelima kepala zakar akan terdedah dan perlu dijaga agar tidak melecet sehingga ia kering.

Sebaiknya setiap kali bayi dimandikan, bersihkan kepala zakar dan perlahan-lahan tarik kulit zakar untuk melepaskan takuk kepala zakar yang melekat pada kulit bahagian dalam. Kulit dalam biasa akan melekat pada kepala zakar dan ini adalah biasa.

Zakar bayi biasanya 'buta' atau dalam keadaan fimosis semasa berkhatan. Ketika proses berkhatan doktor akan melepaskan seperti mengoyakkan kulit kulup yang melekat pada kepala zakar. Bahagian yang melekat kuat boleh luka dan melekit.

Sekiranya ibu bapa tidak melepaskan kulit yang melekat setiap kali bayi dimandikan, kemungkinan komplikasi 'secondary phimosis' atau fimosis sekunder akan terjadi. Jika tidak pasti ibu bapa mestilah dapatkan nasihat doktor sebelum terlambat.

Apakah Komplikasi Biasa Khatan Bayi?

Jawapannya tiada komplikasi yang biasa berlaku kerana ia adalah prosedur yang selamat. Jarang-jarang berlaku pendarahan yang sedikit dan boleh dihentikan dengan balutan bandage. Jarang ia perlu dijahit.

Kecederaan pada kepala zakar atau saluran kencing boleh berlaku jika clamp dipasang tidak betul. Teknik khatan 'laser' tidak sesuai untuk bayi kerana risiko kecederaan lebih tinggi.

Jika kulit dibuang terlalu banyak ia menyebabkan zakar menjadi pendek kerana sebahagian batang tenggelam dalam badan. Keadaan ini mungkin perlu dibaiki melalui pembedahan oleh doktor pakar.

Khatan tidak sempurna dimana kulit dibuang terlalu sedikit. Kulit yang lebih seperti tidak bersunat akan mempunyai masalah kebersihan. Najis senang terkumpul dan menyebabkan jangkitan kuman.

Dapatkan Temujanji Khatan Bayi

>