Platelet Rich Plasma (PRP) Merawat Cedera
PRP atau Platelet Rich Plasma sememangnya sudah popular. PRP adalah campuran sel platelet yang pekat dan serum darah. Kenapa ia penting? Pakar bedah sudah lama tahu bahawa penyembuhan bergantung kepada platelet.
Sel darah yang kecil ini kaya dengan faktor pertumbuhan dan membantu pembekuan darah ketika cedera. Bila kita cedera, seperti pada bahagian ligamen dan otot, sel-sel platelet akan meresap kedalam luka ketika berlaku pendarahan.
Kemudian sel-sel ini akan mengaktifkan proses pembekuan darah untuk menghentikan pendarahan dan mula melepaskan faktor pertumbuhan pada kawasan tersebut untuk memulakan respon pemulihan tisu.
Ia bertindak seperti pil yang melepaskan faktor pertumbuhan mengikut masa secara perlahan. Ia menarik sel stem dan merangsang pertumbuhan saluran darah baharu untuk memastikan bahagian itu mendapat bekalan darah yang cukup.

Bukan Semua PRP Sama Kualiti
Walaupun melalui proses yang sama, namun hasil PRP berbeza kualiti bergantung kepada jenama Kit PRP yang digunakan. Kami menggunakan kit daripada syarikat TriCell dan Zeneth dimana kualiti PRP dijamin berkesan untuk tujuan perawatan.
Harga sekali rawatan PRP (sebelah lutut) adalah lebih kurang 2-3 ribu ringgit. Jika anda dapat harga serendah beberapa ratus ringgit itu kemungkinan ianya menggunakan kit PRP yang murah dan tidak berkualiti.
PRP dihasilkan bila doktor mengambil darah daripada saluran darah di lengan dan diproses dalam bekas khusus (PRP Kit) dan mesin centrifuge selama 5-10 minit. Biasanya kepekatan platelet dihasilkan diantara 3-11 kali lebih pekat daripada kepekatan normal.
Sebagai perumpamaan, jika ada sebatang pokok yang hampir mati, menyiram air dan menabur baja pada pokok itu boleh membantu pokok itu hidup kembali. Platelet umpama baja, faktor pertumbuhannya membantu meningkatkan tindakbalas setempat.
Oleh itu, PRP secara umumnya bagus untuk membantu tisu yang rosak untuk sembuh dengan sendiri atau tersekat dalam proses penyembuhan dan memerlukan "kick start" untuk teruskan proses penyembuhan.
Teknologi Terapi Stem Cell Lebih Maju
Jika PRP membantu merekrut beberapa stem cell ke tempat penyembuhan, terapi stem cell pula jauh lebih maju. Jika PRP umpama baja, Mesenchymal Stem Cells (MSC) adalah seperti meletakkan benih pokok yang baharu berserta tukang kebun ditempat itu.
Sel Stem MSC bukan sahaja berupaya tumbuh menjadi tisu yang baharu menggantikan tisu yang rosak, malah ia melalui respon penyembuhan secara teratur.
Oleh sebab itu, terapi sel stem lebih sesuai untuk penyakit pereputan yang teruk dimana ada tisu yang sudah reput atau hilang. Contohnya sendi artritis kronik, koyakan ligamen atau tendon separa, slipped disc.
Platelet Rich Plasma Bukan Stem Cell
Lagipun, penyediaan stem cell adalah rumit berbanding PRP. Jika PRP boleh dihasilkan di klinik menggunakan darah dan mesin centrifuge. Stem cell pula diasing dan diternak dalam makmal sel kultur yang canggih oleh ahli biologi sel biasanya selama dua minggu.
Jangan terpedaya jika anda diberitahu ada Rawatan PRP + Stem Cell yang ditawarkan dengan harga bawah sepuluh ribu ringgit kerana terapi Stem Cell sangat mahal sehingga mencecah berpuluh ribu ringgit.
Apa yang dimaksudkan sebenarnya ia adalah rawatan PRP yang biasa cuma memang sel platelet dan faktor pertumbuhan akan merangsang sel stem yang masih ada disitu untuk menjadi aktif dalam proses penyembuhan. Bukan terapi menyuntik sel stem!
Platelet Rich Plasma vs Stem Cell
Ringkasan perbezaan antara Platelet Rich Plasma dan Stem Cell.
PRP
Stem Cell
Rumusan:
Akhir kata, rawatan PRP sangat bagus untuk 'kick start' proses penyembuhan yang mungkin tersangkut. Tetapi terapi stem cell adalah terbaik dalam perubatan regeneratif.