
Persediaan dan Penjagaan Bersunat Lebih Mudah
Berbeza dengan masa dahulu kini persediaan dan penjagaan bersunat jauh lebih mudah kerana teknik bersunat yang lebih moden dan bersih. Dahulu pakai pisau dan gunting saja tapi sekarang dah ada laser, clamp, stapler dan sebagainya.
Secara umumnya, luka berkhatan menggunakan teknik moden lebih bersih, kemas dan mudah dicuci. Kebanyakan kanak-kanak sekarang bersunat di klinik ataupun beramai-ramai di masjid yang dilakukan oleh doktor atau pembantu perubatan.
Selain itu, faktor kebersihan juga sangat penting. Jika bersunat di klinik, peralatan dan tempat yang bersih dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman pada luka yang melambatkan penyembuhan.
Secara umum, luka bersunat mengambil masa selama 3 hingga 4 minggu untuk sembuh sepenuhnya. Tapi biasanya kanak-kanak sudah boleh kembali melakukan aktiviti harian seperti pergi ke sekolah selepas beberapa hari.
Jika sunat cara clamp, biasanya hari ke-4 sudah boleh pergi ke sekolah tapi kalau cara laser biasanya lama sedikit. Ini kerana clamp melindungi kepala zakar dan tempat luka adalah kering dan bersih. Tidaklah ngilu dan sakit bila berseluar.
Kalau luka sunat laser yang berjahit mestilah dijaga bersih kalau nak cepat sembuh. Jika dijaga elok luka sunat laser pun cepat sembuh juga. Semua bergantung pada penjagaan selepas bersunat juga sebenarnya.
Cepat atau lambat sembuh bukan bergantung pada teknik semata-mata. Zakar yang 'buta' umumnya mengambil masa yang lebih lama untuk kering tidak kira teknik laser atau clamp.
Persediaan Bersunat Beramai-Ramai
Jika bercadang bersunat beramai-ramai di masjid maka ibu bapa perlulah tahu sedikit sebanyak mengenai prosedur dan cara penjagaan yang perlu diamalkan. Mungkin tiada info yang jelas diberikan.
Kadang-kadang bila ditanya ada ibu bapa yang tidak tahu apa teknik khatan yang dilakukan ketika anaknya bersunat beramai-ramai. Penting untuk tahu kerana cara yang berbeza lain cara penjagaannya.
Jika cara digunakan adalah clamp, ibu bapa mestilah tahu bagaimana cara untuk membersihkan corong clamp dan bila patut dibawa ke klinik untuk membuka clamp. Jika cara gam bagaimana pula pantangnya?
Oleh itu, pastikan ibu bapa mendapat informasi yang jelas dan tepat sebelum mendaftar anak untuk berkhatan beramai-ramai. Jika mahu lebih tenang dan selesa daftar saja berkhatan di klinik.
Persediaan Sebelum Hari Bersunat
Beberapa tips yang boleh diamalkan sebelum hari bersejarah agar ia menjadi pengalaman indah anak-anak.
Tips Persediaan Sebelum Bersunat
Persediaan Semasa Bersunat
Beberapa tips yang boleh diamalkan semasa hari berkhatan agar anak lebih tenang dan bersedia.
Tips Ketika Proses Bersunat
Penjagaan Selepas Bersunat
Beberapa tips yang boleh diamalkan supaya luka berkhatan lebih cepat sembuh..
Penjagaan Selepas Bersunat Laser (Jahit)
Penjagaan Selepas Bersunat Clamp
Penjagaan Selepas Bersunat Stapler
Rumusan Persediaan dan Penjagaan Bersunat:
Bersunat sememangnya suatu yang istimewa kerana ia berlaku sekali seumur hidup. Oleh itu sangat penting untuk ibu bapa agar membuat persediaan secukupnya sebelum anak bersunat.
Pemilihan kaedah bersunat adalah keputusan ibu bapa kerana setiap cara ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Paling penting pemilihan doktor yang melakukan sunat itu haruslah benar-benar mahir agar tidak berlaku kemalangan yang tidak diingini, Insha Allah.