
Persediaan dan Penyembuhan Tidak Berbeza
Saya banyak menerima panggilan yang ingin bertanya mengenai khatan lelaki dewasa. Rata-rata mereka ingin tahu tentang persediaan dan penyembuhan luka khatan bagi seorang lelaki dewasa. Ada yang sudah bertahun merancang tetapi masih tidak bersedia.
Khatan lelaki dewasa tidak berbeza mana dengan khatan kanak-kanak. Prosedurnya membuang kulit kulup yang lebih samada dengan cara biasa menggunakan gunting dan laser atau guna alat seperti clamp, Mogen, Gomco atau stapler.
Persediaan Khatan Lelaki Dewasa
Soalan paling popular adalah berapa lama luka khatan akan sembuh. Mereka perlu merancang untuk memohon cuti terlebih awal. Biasanya yang datang berkhatan atas kehendak sendiri akan mengambil cuti rehat sehari dua tanpa perlu ambil mc (sijil cuti sakit).
Tahap kesihatan yang optimum. Doktor akan bertanya sejarah perubatan sendiri dan keluarga untuk memastikan anda sesuai dan selamat menjalani khatan. Penyakit kencing manis contohnya, akan meningkatkan risiko jangkitan kuman jika tidak terkawal.
Bawa seluar yang longgar untuk dipakai selepas prosedur khatan selesai. Anda masih boleh memandu kereta atau menunggang motosikal jika jarak rumah adalah dekat. Luka yang dibalut mestilah dijaga sentiasa kering selama 3 hari.
Terakhir tetapi tidak remeh, kebersihan ketika hari berkhatan. Jika 'rumput' panjang silalah potong pendek dahulu sebelum datang ke klinik. Lebih bersih dan kurangkan risiko jangkitan kuman. Kalau lupa misi saya boleh tolong cukurkan. Hehe.
Risiko Khatan Lelaki Dewasa
Khatan lelaki dewasa adalah prosedur yang ringkas. Namun tidak bermakna ia tiada risiko. Risiko yang mungkin boleh terjadi adalah:
Proses Penyembuhan Luka Khatan
Selepas beberapa jam atau beberapa hari zakar akan bengkak dan lebam. Ini perkara biasa dan tidak perlu bimbang. Ini dapat dikurangkan dengan balutan dan jika perlu anda boleh letakkan ais selama 15-20 minit selang 2-3 jam untuk kurangkan bengkak.
Penting untuk memastikan balutan sentiasa kering selama 2-3 hari. Jika mandi gunakan cawan plastik untuk menutup zakar agar tidak basah. Biasanya doktor akan beri temujanji pertama selepas hari kedua atau ketiga berkhatan.
Luka berkhatan cara laser dan berjahit biasanya mengambil masa lebih lama untuk sembuh berbanding khatan cara klamp dan stapler. Paling cepat cara stapler, cuma perlu rehat 1-3 hari sahaja sudah boleh pergi bekerja.
Luka berjahit akan sembuh sepenuhnya dalam masa 4-6 minggu sebelum boleh melakukan aktiviti biasa seperti bersukan dan hubungan kelamin. Penjagaan lebih rapi diperlukan pada minggu pertama dan benang jahitan akan hancur sendiri selepas 2-3 minggu.
Jika cara stapler, tempoh sakit yang dialami hanya berlarutan selama 24 jam sahaja berbanding luka laser selama beberapa hari. Ubat penahan sakit yang diberi boleh diambil untuk mengurangkan rasa sakit.
Manakala stapler yang mencantumkan luka akan mula tanggal selepas 1-2 minggu sehingga jatuh semuanya selepas 2-4 minggu. Ia tanggal tanpa disedari dan tidak perlu dicabut dengan tangan. Sememangnya ia direka untuk tanggal sendiri.
Dapatkan Nasihat Doktor Jika Ini Terjadi
Rumusan Persediaan dan Penyembuhan Khatan
Sejujurnya, persediaan untuk berkhatan tidaklah rumit kerana ia cuma prosedur yang ringkas. Asalkan tubuh badan sihat anda dikira sudah bersedia. Kerap juga yang datang mahu bersunat secara mengejut seperti pelancong luar yang sedang bercuti.
Penjagaan selepas khatan adalah yang penting kerana ia mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk sembuh sepenuhnya. Penjagaan kebersihan dan pengambilan diet berzat membantu luka sembuh dengan cepat.
Jika masih ada persoalan boleh hubungi saya untuk penjelasan yang lebih mendalam. Di sini saya juga mempunyai teknik berkhatan yang tidak perlukan jahitan, alat clamp ataupun stapler. Ingin tahu apakah teknik itu? Klik wasap saya sekarang!