fbpx
.st0{fill:#FFFFFF;}

Perkhidmatan Khatan di Rumah 

 May 14, 2019

By  Dr Hasbi

Berkhatan / Bersunat di Rumah Lebih Selesa

khatan di rumah oleh dr hasbi
khidmat berkhatan / bersunat di rumah lebih selesa

Ramai yang mencari perkhidmatan khatan di rumah tetapi bukan senang nak cari sekarang. Kalau ada pun tok mudim saja yang boleh datang ke rumah bukan doktor. Mudah kerana tak perlu keluar rumah pergi ke klinik tapi doktor sendiri yang datang ke rumah untuk sunatkan anak-anak.

Kami faham kadang-kala anak-anak sangat manja dan sangat takut untuk berkhatan. Oleh itu, cara yang paling baik adalah dengan merancang untuk berkhatan di rumah sahaja. Di rumah mereka lebih tenang dan dikelilingi ahli keluarga.

Persiapan Berkhatan di Rumah

Bagi Encik Deen dan keluarga, perkhidmatan khatan di rumah menjadi pilihan kerana keluarga beliau menganggap berkhatan adalah sesuatu yang sangat penting dan perlu diadakan majlis yang istimewa dan meriah dihadiri seluruh keluarga.

Setibanya kami ke rumah beliau, agak teruja sebenarnya bila melihat majlis yang begitu istimewa. Siap dengan pelamin ala-ala mahu bersanding dah macam kenduri kahwin. Malah sanak saudara yang tinggal di luar negara pun datang meraikan majlis mereka. 

Majlis Berkhatan Berjalan Lancar

Kami dijamu makan sebelum sama-sama membaca doa selamat. Seusai doa kami terus dibawa ke bilik tingkat atas untuk prosedur berkhatan. Dua-dua beradik budak yang berani dan selesai khatan tanpa sebarang masalah.

Walaupun berkhatan di rumah, kami tetap mementingkan kebersihan untuk mengelak jangkitan kuman. Peralatan yang digunakan dicuci dan dibasmi kuman terlebih dahulu sebelum digunakan untuk khatan seterusnya. 

Tempah Awal Berkhatan Di Rumah

Jika boleh semua mahu berkhatan di rumah tetapi bukan semua dapat kami penuhi. Diantara syarat-syaratnya adalah jarak dari klinik dan rumah tidaklah melebihi 50km, berlangsung pada hari ahad dan mestilah ditempah sebulan awal.

Jika berminat bolehlah hubungi klinik untuk maklumat lanjut dan tempahan tarikh berkhatan. Tempah awal untuk dapatkan harga khatan istimewa. Biasanya kami menawarkan harga diskaun untuk tempahan beregu.

Pilih kaedah mana yang sesuai untuk anak anda, samada cara biasa, cara laser atau cara klamp. Masing-masing ada kelebihannya tapi ramai memilih cara klamp.

Telefon 03-5882 3894 atau wasap ke 012-3433661.

Tempah Khatan di Rumah

Tempah awal tarikh agar majlis berjalan lancar  

Dr Hasbi


Hai, saya Dr Hasbi dan pemilik Klinik DR HASBI. Saya akan menulis kandungan blog untuk berkongsi info berkaitan kesihatan.

Your Signature

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Subscribe to our newsletter now!

>