Jangkitan TB Daripada Warga Asing

Malang tidak berbau. Kisah kenalan saya yang tidak menduga bahaya penyakit TB yang dihidapi pembantu rumahnya akan menjangkiti anaknya pula. Kini anaknya yang berusia 9 tahun terlantar lumpuh disebabkan jangkitan TB Meningitis (radang selaput otak).
Anaknya selamat namun mengalami kecacatan otak kekal dan disahkan menghidap Cerebral Palsy. Keadaan dimana kebolehan mengawal pergerakan otot terjejas dan menyebabkan kesukaran mengawal postur, pergerakan & mengimbangkan tubuh.
Saya terkedu kerana anaknya mendapat jangkitan TB itu daripada pembantu rumahnya yang berwarga Indonesia. Sememangnya malang tidak berbau. Hakikatnya ramai warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah tanpa permit serta pemeriksaan kesihatan yang sah.
Masalah Ejen Pembantu Rumah Tidak Berdaftar
Sedihnya bila mereka percaya 100% ejen pembantu rumah yang tidak berdaftar. Lebih parah apabila tahap kesihatan pembantu rumah dinilai dengan hanya beberapa soalan.
“Bik sihat? Ada sakit apa-apa?” Maka skrip jawapannya “Tak ada pak, saya sihat. Cumanya gestrik kalau lambat makan”.
Nasihat saya, pastikan pembantu rumah yang diambil sihat tubuh badan terutamanya bebas daripada sebarang penyakit berjangkit seperti TB, hepatitis, HIV dan sifilis. Saya tujukan kepada majikan yang ambil pembantu rumah ikut jalan belakang.
Bagi majikan yang ambil pembantu rumah daripada agensi yang berdaftar maka tiada masalah. Ini kerana mereka wajib lulus pemeriksaan kesihatan FOMEMA sebelum mendapat kelulusan permit dan dibenarkan bekerja. Tapi mesti diingat, jika ada gejala-gejala TB mesti dibawa ke klinik.
Dapatkan Rawatan Jika Disyaki Mengidap TB

Kelmarin datang sekeluarga dengan 2 anak kecil membawa seorang pembantu rumah yang memakai facemask. Ceritanya 3 bulan lepas dia dah dibawa ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan TB. Disyaki TB kerana batuk berpanjangan dan kahak berdarah.
Lepas buat x-ray dan kahak dihantar 3 kali tiada panggilan susulan daripada pihak hospital. Menurutnya doktor ketika itu tidak komen apa-apa cuma minta ujian kahak dilakukan. Mereka pula sibuk dan fikir hospital tak telefon kerana keputusan ujian normal.
Risau memikirkan pembantu rumah tu terus tinggal bersama mereka selama 3 bulan dengan risiko penyakit TB. Harap-harap mereka selamat dan tidak dijangkiti TB. Kalaulah positif TB cepat-cepatlah hantar dia balik ke Indonesia untuk mendapatkan rawatan.
"Saya faham bila majikan terdesak untuk mendapatkan pembantu rumah dengan cepat, murah dan berkualiti (ini bukan iklan pembantu rumah) menyebabkan mereka terlepas pandang untuk memastikan pembantu rumah mereka betul-betul sihat."
Tanda-Tanda Penyakit TB

Vaksin BCG Mencegah TB
Adapun vaksin BCG yang diberi pada bayi baru lahir dan pada usia 7 tahun (jika tiada parut) dapat mengurangkan risiko jangkitan TB tetapi bukanlah 100% berkesan. Anda masih boleh dijangkitan TB walaupun sudah menerima vaksin terutamanya jika sistem imun anda lemah.
Mencegah lebih baik daripada merawat. Lebih baik ambil vaksin daripada tidak berusaha langsung. Jika anda mengalami gejala-gejala TB cepat-cepatlah berjumpa doktor. Klinik kami juga ada buat pemeriksaan perubatan pekerja asing dan lain-lain.