fbpx
.st0{fill:#FFFFFF;}

Penjagaan Kulit Wajah Ketika Jerebu 

 September 19, 2019

By  Dr Hasbi

penjagaan kulit wajah ketika jerebu teruk

Ambil Berat Penjagaan Kulit Wajah

Penjagaan kulit wajah perlu sentiasa diambil berat tanpa mengira keadaan cuaca. Penjagaan yang betul boleh mencegah kesan penuaan pramatang, punca wajah kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

Ia bukanlah setakat mencuci muka sahaja kerana terlalu kerap mencuci muka menggunakan sabun akan menghilangkan kelembapan semulajadi dan kulit menjadi kering dan lebih bermasalah.

Penjagaan wajah mestilah mempunyai rutin harian. Rutin asas adalah mencuci muka sekali atau dua kali sehari, memakai pelembap kulit serta mengenakan krim pelindung matahari ketika di luar rumah.

Jerebu Membahayakan Kesihatan

Jerebu adalah pencemaran udara dimana terdapat partikel terampai di atmosfera seperti gas beracun, debu, habuk dan zarah dalam keadaan udara kering. Ia boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan.

Jika terpaksa berada diluar bangunan, anda dinasihatkan memakai topeng muka daripada jenis N95 kerana ia boleh menapis partikel jerebu yang halus daripada memasuki paru-paru.

Jika berada dirumah, tutuplah semua tingkap dan gunalah pendingin udara jika perlu. Lebih bagus jika anda gunakan penulen udara untuk membersih dan menyegarkan udara di dalam rumah.

Kesan Jerebu Kepada Kulit Wajah

Jerebu mengandungi debu dan partikel kecil lain yang merengsakan kulit. Elemen ini semua boleh menyebabkan liang pori kulit tersumbat dan menjadi punca kulit berminyak dan berjerawat.

Elemen seperti radiasi ultraviolet, polycyclic aromatic hydrocarbon, kompaun organik meruap, oksida, zarah terapung, ozon dan asap rokok juga memberi kesan toksik kepada kulit.

Ia merosakkan kulit dengan mencetuskan oksidatif stres. Walaupun kulit bertindak sebagai pelindung biologi, namun pendedahan berpanjangan tetap akan memberi kesan buruk keatas kulit. 

Pendedahan kepada radiasi ultraviolet dikaitkan dengan kesan penuaan dan kanser kulit. Kesan sinaran UV sebenarnya lebih kuat ketika udara berjerebu walaupun cuaca nampak mendung.

Asap rokok menyumbang kepada penuaan pramatang dan meningkatkan risiko penyakit kulit psoriasis, jerawat dan kanser kulit. Ia juga dikaitkan dengan masalah alergi kulit seperti atopic dermatitis dan ekzema.

Polyaromatic hydrocarbons pula bersangkut dengan dengan kesan penuaan kulit, pigmentasi, melasma, kanser dan jerawat. Kompaun organik meruap disabitkan dengan atopic dermatitis.

Penjagaan Kulit Wajah Ketika Jerebu

01 Jaga Kulit Sentiasa Bersih

Membersihkan wajah setiap hari menggunakan pencuci wajah adalah perkara wajib. Elakkan pencuci sabun dan harus diingat setiap kulit memerlukan pencuci mengikut kesesuaian masing-masing.

02 Guna Krim Pelembap Kulit

Krim pelembap muka yang bagus bukan saja melembap dan memberi vitamin kepada kulit. Malah ia bertindak sebagai penghadang daripada partikel  jerebu beracun daripada meresap kedalam kulit.

03 Guna Krim Penghalang Cahaya Matahari

Penggunaan krim 'sunblock' bukan saja dapat mengurangkan risiko kanser kulit malah dapat mencegah kesan pra-penuaan akibat sinaran ultraviolet (UV-A dan UV-B).

04 Guna Serum Anti-Oksida

Serum vitamin C dan anti-oksida dapat mengurangkan kesan buruk radikal bebas yang terdapat dalam udara jerebu. Boleh dipakai waktu malam sebelum tidur. 

05 Minum Air Kosong Secukupnya

Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Ia penting untuk memastikan kulit sentiasa lembap. Sel kulit memerlukan hidrasi yang optimum untuk meneutralkan radikal bebas dan metabolisma optima.

06 Kecantikan Bermula Dari Dalam

Ambil makanan yang kaya dengan vitamin C dan E selain minum banyak air. Boleh juga ambil multivitamin sebagai tambahan jika diet anda rasakan diet anda tidak cukup seimbang.

question

Rawatan Anti-Penuaan Kulit Wajah

Penjagaan kulit wajah yang betul akan melambatkan kesan penuaan namun penggunaan produk kosmetik yang tidak sesuai sebaliknya akan merosakkan kulit wajah. Dapatkan nasihat dan rawatan anti-penuaan yang sebenar dari kami hari ini. 

Dr Hasbi


Hai, saya Dr Hasbi dan pemilik Klinik DR HASBI. Saya akan menulis kandungan blog untuk berkongsi info berkaitan kesihatan.

Your Signature

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Subscribe to our newsletter now!

>