Pengenalan dan Perbezaan Kaedah Berkhatan

last month
khatan murah di puchong

Pengenalan Berkhatan

Klinik Dr Hasbi semakin popular semenjak sambutan yang luarbiasa ketika cuti persekolahan bulan Disember tahun lepas. Tidak banyak klinik di sekitar Bandar Puteri Puchong yang membuat khatan, maka tidak hairanlah ramai yang datang malah ada yang datang dari Klang dan Bangi untuk berkhatan.

Berkhatan atau biasa disebut bersunat adalah perkara wajib bagi kaum lelaki beragama Islam. Proses berkhatan melibatkan pembedahan kecil membuang kulit lebih pada hujung zakar. Bahagian kulit yang dipotong biasanya akan dijahit untuk menghentikan pendarahan dan agar cepat sembuh. Pembedahan khatan ini biasanya mengambil masa yang sekejap diantara 10-40 minit.

Kanak-kanak lelaki umumnya berumur diantara 5 hingga 12 tahun yang selalunya berkhatan. Namun di sesetengah negara seperti Timur Tengah, khatan biasanya dilakukan keatas bayi sejurus lepas lahir. Umur yang sesuai sebenarnya ketika kanak-kanak masih kecil biasanya selepas 3 bulan kerana kulit zakar yang nipis lebih cepat sembuh selepas dikhatan.

Pada zaman sekarang khatan bukan sahaja diamalkan oleh orang Islam tetapi juga dilakukan oleh orang bukan beragama Islam. Ini kerana zakar yang telah dikhatan mempunyai banyak kelebihan berbanding zakar yang tidak dikhatan terutamanya dari segi kebersihan dan kesihatan.

Kelebihan Berkhatan

  1. Kebersihan. Zakar yang dikhatan lebih bersih dan mudah dibersihkan dan ini menjadi alasan utama mengapa zakar seharusnya dikhatan.
  2. Mengurangkan risiko jangkitan HIV sebanyak 60 peratus berbanding zakar yang tidak dikhatan.
  3. Mengurangkan risiko jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia, sifilis dan sebagainya.
  4. Mengurangkan risiko kanser pangkal rahim (serviks) dikalangan pasangan wanita atau isteri sebanyak 40 peratus. Ini kerana kuman HPV senang membiak pada selaput dalam kulup zakar dan mudah menjangkiti pasangan wanita.
  5. Mencegah penyakit jangkitan kuman dan keradangan pada kepala zakar dan kulup seperti balanitis, parabalanitis.
  6. Mencegah penyakit kulup yang ketat menjerut kepala zakar yang sangat menyakitkan iaitu phimosis dan paraphimosis.
  7. Mengurangkan deria sensitif pada kepala zakar yang mana memberi kelebihan kepada lelaki dan meningkatkan keupayaan seksual.

Kaedah-Kaedah Utama‚Äč Khatan

Kaedah Biasa

  • guna gunting dan pisau
  • luka dijahit
  • cara murah

Kaedah Laser

  • guna alat cautery
  • luka dijahit atau digam
  • lebih cepat sembuh

Kaedah Klamp

  • guna alat klamp
  • paling cepat dan selamat
  • luka tidak dijahit

Diantara ketiga-tiga kaedah ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Seperti contoh kaedah laser mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak yang penakut dan agresif kerana ia mungkin menyebabkan kemalangan ketika doktor mengendalikan alat cautery yang tajam.

Manakala kaedah klamp tidak sesuai untuk zakar yang tenggelam dikalangan kanak-kanak yang obes. Ia juga tidak sesuai untuk zakar yang mempunyai lubang kencing dibawah kepala zakar (hypospadias). Sekiranya hypospadias kanak-kanak itu perlulah dirujuk kepada pakar untuk diperiksa. 

Promosi Berkhatan Cuti Sekolah

Walaupun kami menerima 'walk in' untuk berkhatan kaedah klamp kerana ia cuma mengambil masa beberapa minit untuk selesai tetapi adakalanya kes zakar 'buta' akan mengambil masa lebih lama untuk membuka dan membersihkan zakar. Oleh itu, kami menggalakkan ibu bapa agar mengambil temujanji untuk anak berkhatan.

Biasanya pada cuti sekolah temujanji agak banyak jadi kami cadangkan ibu bapa agar membuat temujanji lebih awal dan sedikit bayaran deposit diperlukan untuk mengunci tarikh dan masa temujanji. Ibu bapa boleh terus menghubungi telefon klinik atau datang terus ke klinik untuk urusan temujanji.

Harga tawaran pakej berkhatan biasanya dibuka untuk kanak-kanak berumur sehingga 12 tahun untuk kaedah klamp. Harga adalah termasuk prosedur, ubat-ubatan selepas khatan (ubat tahan sakit, antibiotik, ubat susut bengkak dan ubat luka) dan percuma rawatan ketika proses membuka klamp pada hari ke 4-7 selepas khatan.


>