fbpx
.st0{fill:#FFFFFF;}

Pengalaman Mualaf Berkhatan 

 July 24, 2019

By  Dr Hasbi

Mualaf Wajib Berkhatan

Pengalaman seorang mualaf bila berkhatan adalah satu kenangan berharga selepas memeluk Islam. Ini kerana negara kita mengamalkan prinsip Mazhab Shafie yang mewajibkan lelaki dan wanita muslim melakukan amalan berkhatan.

Mungkin tidak ramai yang bertanya soalan bagaimana pula bagi wanita mualaf. Adakah mereka wajib berkhatan apabila memeluk Islam? Bagaimana cara wanita dewasa berkhatan? Mungkin agak sensitif tetapi wajib bagi orang Islam mengetahuinya.

Mari kita dengar penerangan Ustaz Azhar Idrus dalam video dibawah:

Menurut Ustaz Azhar, wanita mualaf juga wajib berkhatan. Cuma caranya berlainan. Khatan lelaki dibuat dengan membuang kulit lebih tetapi khatan wanita tidaklah memotong kulit, cukup sekadar melalukan mata pisau ditempat tertentu sehingga keluar darah sedikit saja.  

Pengalaman Mualaf Berkhatan

Kebiaasannya kami menerima mualaf dibawa untuk berkhatan oleh orang masjid berdekatan ataupun luar kawasan Puchong. Mungkin tidak banyak klinik yang buat khatan lelaki dewasa disekitar sini. Lebih-lebih mencari doktor lelaki muslim

Chandra Muzaffar adalah salah seorang mualaf yang baru berkhatan di klinik saya. Saya anggap dia istimewa kerana tidak seperti kebiasaan mualaf lain yang datang berkhatan setelah memeluk Islam kerana berkahwin dengan wanita muslim.

Chandra memilih cara laser kerana harga yang lebih murah. Selain laser saya juga menawarkan kaedah stapler yang lebih popular dan cara clamp. Masing-masing ada kelebihan tersendiri dan terpulang kepada individu ingin pilih yang mana. 

pengalaman mualaf berkhatan di klinik dr hasbi
pengalaman mualaf berkhatan di klinik dr hasbi

Chandra Muzaffar

“Saya baru masuk Islam. Imam masjid rekomen saya datang bersunat disini. Saya buat guna cara laser. Sangat bagus. Kalau mahu bersunat boleh datang sini ya.”

Selamat dan Cepat Sembuh

Saya menitikberatkan tempoh penyembuhan yang cepat. Selain hasil kerja yang kemas dan selamat. Oleh sebab itu saya memang mahir melakukan khatan dengan cara laser, clamp dan juga stapler dengan selamat dan kemas

Jika ada mualaf yang memerlukan khidmat khatan silalah hubungi saya di talian 03-5882 3894 atau terus datang ke klinik untuk berkhatan. Jika mahu berkhatan di masjid beramai-ramai pun saya boleh aturkan dengan harga istimewa.

Dr Hasbi


Hai, saya Dr Hasbi dan pemilik Klinik DR HASBI. Saya akan menulis kandungan blog untuk berkongsi info berkaitan kesihatan.

Your Signature

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Subscribe to our newsletter now!

>