fbpx
.st0{fill:#FFFFFF;}

Microneedling PRP atau Chemical Peel? 

 May 21, 2019

By  Dr Hasbi

Microneedling PRP dan chemical peel adalah dua pilihan prosedur rawatan tanpa pembedahan yang paling popular untuk memulihkan masalah kulit yang tidak serius dan meremajakan kulit wajah. Kedua-duanya sangat berkesan tetapi ada perbezaan dalam segi downtime, penggunaan dan kebaikan keseluruhan.

Memahami bagaimana microneedling dan chemical peel dilakukan membantu anda membuat keputusan yang mana menjadi pilihan anda.

Microneedling PRP

microneedling prp berkesan merawat jerawat dan parut

Microneedling PRP ialah proses menghasilkan kecederaan terkawal pada permukaan kulit menggunakan jarum yang halus (mikro) yang dilekatkan pada alat pemegang seperti pen. Kemudian cecair yang kaya dengan nutrien PRP disapu pada kulit supaya ianya diserap kedalam kulit melalui lubang-lubang halus tadi.

Kedua-dua proses iaitu mencederakan permukaan kulit dengan microneedling dan ejen pemulihan seperti PRP atau GF (growth factor) akan membantu penghasilan kolagen semulajadi yang menggalakkan pertumbuhan sel kulit baharu. Kesannya kulit menjadi lebih remaja dan halus.

Microneedling sangat bagus untuk merawat beberapa masalah kulit wajah yang teruk dan serius seperti jerawat, parut jerawat, kesan kulit regang (stretch marks), garisan halus dan kedut. Satu kelebihan paling ketara microneedling adalah ia tidak menyebabkan kulit mengelupas selain masa pemulihan yang singkat.

Chemical Peel

microneedling prp vs chemical peel mana lebih bagus

Chemical peel juga berlandaskan konsep menghasilkan kecederaan terkawal pada permukaan kulit dengan tujuan menggalakkan penghasilan kolagen dan merangsang proses pemulihan kulit secara semulajadi. Bezanya chemcial peel menggunakan cecair berasid sebagai bahan utama.

Melalui proses chemical peel, cecair berasid disapu pada kulit akan menyebabkan pengelupasan lapisan luar kulit lama yang telah rosak. Terdapat beberapa jenis larutan asid dengan kekuatan berbeza yang digunakan dan tidak semuanya menyebabkan pengelupasan kulit. 

Terdapat beberapa jenis chemical peel diantaranya Glycolic Acid (AHA), Salicylic Acid (BHA), Lactic Acid, Mandelic Acid dan TCA (Trichloracetic Acid). Setiap jenis ada perbezaan dan kegunaan untuk jenis masalah kulit yang berbeza. Anda dinasihatkan berjumpa doktor untuk kepastian.

Bagi mereka yang dirawat dengan asid yang kuat, biasanya akan mengalami pengelupasan kulit yang sederhana atau menyeluruh selama beberapa hari atau minggu selepas chemical peel. Biasanya mereka diberikan set penjagaan kulit untuk digunakan sehingga sembuh sepenuhnya. 

Adapun begitu, setiap orang memiliki kulit yang berbeza. Sesetengah orang mempunyai kulit yang sangat sensitif. Sedikit saja atau sekejap saja bila bermula kulit mula bertukar merah dan terasa pedih. Oleh itu, saya nasihatkan anda cuba chemical peel yang paling lembut untuk pertama kali rawatan.

Walaupun chemical peel mengambil masa yang lebih panjang untuk pulih tetapi ia lebih berkesan untuk merawat parut jerawat yang berlubang dalam. Kelemahannya ia tidak boleh digunakan pada tempat lain. Ia hanya digunakan secara khusus untuk merawat kulit wajah sahaja.

KESIMPULAN

Kedua-dua kaedah rawatan ini berkesan dan menjadi pilihan bagi merawat masalah kulit wajah. Jika anda tidak mahu melalui fasa pengelupasan kulit wajah maka pilihlah microneedling PRP. Tapi jika anda takut jarum dan darah maka boleh cuba chemical peel.

Menurut kajian daripada Journal of Cosmetic Dermatology, gabungan kedua-dua rawatan microneedling PRP dan chemical peel adalah lebih efektif untuk merawat kesan parut jerawat berbanding jika melakukan microneedling PRP atau chemical peel sahaja.   

Dr Hasbi


Hai, saya Dr Hasbi dan pemilik Klinik DR HASBI. Saya akan menulis kandungan blog untuk berkongsi info berkaitan kesihatan.

Your Signature

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Subscribe to our newsletter now!

>