fbpx
.st0{fill:#FFFFFF;}

Lutut Berbunyi Terus Hilang Selepas Suntikan Gel 

 April 20, 2021

By  Dr Hasbi

Lutut Berbunyi Kuat Sebelum Rawatan

Lutut berbunyi terus hilang sejurus saja disuntik gel. Ini adalah kesan pertama yang dirasai oleh pesakit. Selain itu, kesan serta-merta seperti kaki terasa ringan, boleh lipat kaki juga sering dirasai.

Salah satu punca lutut berbunyi adalah penyakit radang sendi osteoartritis. Jika ingin tahu lebih lanjut mengenai punca-punca lain lutut berbunyi boleh klik pautan artikel ini Punca Lutut Berbunyi dan Sakit.

Rata-rata bila diperiksa pesakit yang datang mendapatkan rawatan sakit lutut disini mempunyai lutut yang berbunyi meletup-letup, apabila berjalan, melipat atau meluruskan kaki. Ia dikenali 'crepitus'.

Pernah ada pesakit yang mengalami crepitus yang sangat 'dahsyat' sehinggakan terasa ngeri bila mendengar bunyi yang kuat seperti tulang bergesek. Biasanya ia lebih mudah dirasa dengan telapak tangan.

Cara mudah untuk mengesan crepitus adalah dengan meletak tapak tangan diatas kepala lutut sambil buat pergerakan kaki melipat dan melurus. Anda akan rasa seperti sesuatu 'dikisar' di dalam sendi lutut.

Bunyi Lutut Terus Hilang Selepas Rawatan

Prosedur rawatan memasukkan gel kedalam sendi lutut cuma memakan masa 10 minit sahaja. Proses ini tidaklah menyakitkan kerana doktor akan menyuntik sedikit ubat bius pada bahagian yang akan dirawat.

Setelah ubat bius diberi, kawasan lutut akan dibersihkan dan disapu cecair iodin untuk membasmi patogen. Selepas beberapa minit barulah doktor akan melakukan suntikan gel kedalam lutut.

Kemudian kaki akan digerakkan melurus dan melipat berulang-ulang kali agar gel yang disuntik meresap sekata didalam sendi. Ketika ini dapat dirasa lutut yang asalnya berbunyi terus hilang!

Bila selesai, pesakit akan berdiri dan mula berjalan. Ketika ini pesakit akan berasa lebih ringan, sakit semakin lega dan boleh berjalan lebih laju. Ada juga yang terlalu excited sampai berjalan mengundur.

Kepada sesiapa yang mengalami sakit lutut bolehlah datang ke Klinik Dr Hasbi untuk konsultasi dan pemeriksaan. Mungkin rawatan suntikan gel ataupun PRP sesuai untuk anda.

Doktor akan terangkan dengan terperinci mengenai prosedur dan pakej rawatan yang paling sesuai mengikut penilaian diagnosis yang tepat sebelum rawatan. Boleh hubungi klinik atau wasap kami untuk temujanji.


Pn Edayu Guru

Klinik yg selesa, bersih, Layanan yg baik

Caj rawatan berpatutan, yg plg best, msg doc anytime... Bila free doc akan jwb setiap kemusykilan..

Ya, sy pasti akn rekemen kpd kwn2 ttg klinik ni... Tq doc Hasbi!

Hubungi Kami!

Dapatkan temujanji rawatan daripada Dr Hasbi untuk legakan sakit lutut anda.

Dr Hasbi


Hai, saya Dr Hasbi dan pemilik Klinik DR HASBI. Saya akan menulis kandungan blog untuk berkongsi info berkaitan kesihatan.

Your Signature

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Subscribe to our newsletter now!

>