Zakar Nampak Pelik Lepas Berkhatan
Selepas beberapa hari berkhatan, ibunya nampak zakar anaknya lain macam. Setelah diamati rupanya kulit zakar dipotong habis sehingga ke pangkal zakar. Nampak kontot dan cacat.
Bila tanya, doktor tu jawab tiada apa-apa biasa saja lagipun masih boleh buang air kencing. Memang betul kencing tiada masalah tetapi batang zakar terbenam dalam badan kerana tiada kulit yang tinggal.
Video Contoh Sunat Yang Gagal
Amaran Paparan Gambar Untuk 18 Tahun Keatas!
Sebenarnya banyak lagi kes yang datang untuk 'repair' atau sunat sekali lagi tetapi tidak diambil gambarnya. Cukup beberapa contoh dalam video diatas untuk tatapan ibu dan bapa sebagai peringatan.
Kulit Zakar Dipotong Habis Cacatkan Zakar
Jika kulit masih terlebih selepas berkhatan boleh lagi berkhatan sekali lagi. Jika parut buruk pun masih ada peluang baiki untuk 'cantikkan' balik. Tapi kalau kulit habis dipotong?
Kulit zakar yang dipotong habis masih sembuh lukanya tapi zakar akan terbenam dan tidak dapat keluar dengan panjang yang asal bila berlaku ereksi. Malah ia akan terasa tidak selesa atau sakit.
Kes sebegini lebih kerap terjadi bila berkhatan kaedah clamp oleh tukang sunat yang tidak mahir. Kaedah clamp adalah selamat malah sudah hampir 30 tahun digunakan. Cara ini mudah dijaga serta parut lebih kemas.
Cuma ada doktor, MA atau HA yang tidak mahir menggunakan kaedah clamp ini boleh mendatangkan komplikasi yang tidak diingini. Sebaiknya carilah doktor yang benar-benar mahir khatan teknik ini seperti Dr Hasbi.
Baru-baru ini gempar kes kulit zakar dipotong habis selepas berkhatan teknik clamp di Manjung. Sehinggakan ramai yang datang ke sini mahukan teknik laser dan tidak mahu clamp sebab takut jadi benda macam kes itu.
Bukan salah clamp ya, clamp tak salah. Jangan lupa pula 2 tahun lepas gempar kes terpotong kepala zakar ketika bersunat teknik laser. Teknik apa pun tak salah, yang salah tukang sunat tu tak mahir.
Ramai ibu bapa yang tidak sedar sebenarnya kulit zakar anak terpotong habis bila luka dah sembuh dan tak periksa lagi keadaan zakar anak. Tahu pun bila ada masalah lain timbul macam bengkak dan pendarahan.
Teknik Stapler Terbaharu Elak Kulit Zakar Terpotong Habis
Teknik khatan guna laser dan clamp memang sudah tidak asing lagi kerana sudah lama digunakan. Terbaharu adalah teknik stapler yang juga tanpa jahit dan tidak menyakitkan. Dr Hasbi juga pakar menggunakan teknik khatan stapler dengan harga berpatutan.
Dr Hasbi akan memeriksa dan mencadangkan teknik khatan yang paling sesuai untuk anak. Setiap teknik ada kelebihan dan kekurangannya, bergantung pada bentuk zakar dan keadaan anak masing-masing.








Tempah Temujanji Khatan!
Dr Hasbi adalah pakar sunat dan sudah banyak kali dijemput sebagai panel jemputan rancangan wawancara isu berkhatan dalam TV dan Radio.