
Parut Kulit Zakar Berlubang
Beberapa hari sebelumnya Encik Jeff menghubungi saya melalui wasap untuk mendapatkan nasihat mengenai masalah pada kulit kemaluannya. Dia mempunyai masalah kulit zakar berlubang selepas bersunat dahulu.
Menurutnya, ketika usia 8 tahun dia telah bersunat beramai-ramai dan melalui pengalaman yang ngeri kerana ia menyakitkan. Selain badannya gempal ketika itu dia juga tidak menjaga luka dengan begitu baik.
Akhirnya dia selalu terkena penyakit gatal dan sesekala terdapat cairan kuning yang berbau busuk keluar daripada lubang seperti poket-poket kulit bahagian bawah kepala zakar.
Terdapat 4 lubang yang terhubung seperti terowong didalam kulit zakar terjadi kerana semasa penyembuhan kulitnya melekat ataupun kesan jahitan yang tidak kemas ketika bersunat dulu.
Mahu Bersunat Buang Kulit Berlubang
Selain masalah kulit berlubang dia juga tidak berpuas-hati dengan parut yang hodoh kesan jahitan dulu. Dia mahu bersunat sekali lagi dengan kaedah stapler dengan niat membuang parut lama dan lubang.
Walaubagaimanapun, saya tidak dapat menolong kerana tidak kulit zakarnya sudah pendek. Lagipun, parutnya terlalu lebar dan tidak mudah dibaiki tanpa risiko kulit zakar terlalu pendek nanti.
Akhirnya atas nasihat saya, dia redha dengan rupa parut tersebut. Lagipun tiada siapa yang nampak melainkan isterinya sahaja. Tidak perlu rasa sedih atau kecewa kerana itu hanya masalah kecil saja.
Masalah Kulit Berlubang Selepas Bersunat
Kulit berlubang selepas bersunat adalah satu komplikasi yang boleh berlaku selepas luka sembuh. Namun ia tidak serius dan mudah dibaiki berbanding komplikasi lain yang lebih serius.
Komplikasi bersunat yang menyebabkan lubang terowong lebih serius adalah urethrocutaneous fistula iaitu lubang air kencing yang terjadi pada tempat lain pada bahagian bawah zakar.
Gembira Tiada Lagi Kulit Berlubang
Encik Jeff yang bekerja sendiri datang bersama temannya dari Taiping, Perak semata-mata untuk menjalani prosedur membuang lubang-lubang poket pada kulit zakarnya dengan saya.
Prosedur yang hanya memakan masa 20 minit itu akhirnya dapat melenyapkan keresahan Encik Jeff yang ditanggung selama berbelas tahun. Kini tiada lagi masalah kulit gatal dan berbau.
BUKAN SEKADAR SUNAT
Dapatkan konsultasi bagaimana kami boleh bantu anda selesaikan masalah anda!