KONSULTASI DOKTOR DARI RUMAH
KONSULTASI MELALUI WASAP
KONSULTASI MELALUI TELEFON
KONSULTASI MELALUI VIDEO CALL
Soalan Lazim
Konsultasi doktor dari rumah membantu anda mendapatkan rawatan untuk penyakit yang tidak kritikal hanya dari rumah. Segala persoalan akan dijawab oleh doktor dan ubat akan dihantar terus kerumah anda. Anda tidak perlu risau untuk keluar rumah memandangkan wabak Covid-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dijalankan.
Buat masa sekarang hanya seorang doktor iaitu Dr Hasbi akan memberi konsultasi kepada anda.
Kebanyakan penyakit dapat dikenalpasti hanya melalui perbualan dan tanda-tanda yang dapat dilihat melalui gambar dan video. Walaupun begitu doktor akan menyarankan anda datang ke klinik untuk pemeriksaan lanjut sekiranya dirasakan perlu.
Hanya RM35 sahaja untuk konsultasi selama 15 minit. Tiada caj tambahan dikenakan. Jika memerlukan ubat doktor akan memberikan senarai nama ubat serta kos penghantaran menggunakan Grab Delivery dsb.
Ubat yang dihantar akan diperiksa dahulu oleh doktor yang merawat. Ubat serta resit akan dihantar selepas pembayaran dilakukan pada hari yang sama.