Mencari Klinik Khatan Lelaki Dewasa?

Klinik DR HASBI bukan klinik biasa. Disini kami juga klinik khatan lelaki dewasa yang terletak di Puchong.

atau Telefon 03-5882 3894

ADULT CIRCUMCISION
klinik khatan lelaki dewasa di puchong

Semua orang tahu hanya golongan lelaki yang akan melalui khatan, tapi tidak banyak yang tahu mengenai prosedur ini. Adakah semua lelaki perlu berkhatan? Bila dikatakan kulit kulup terlalu panjang? Tiada standard dalam perubatan menetapkan panjang kulit kulup. Umumnya ia dianggap terlalu panjang jika ia menutup hujung zakar dalam jangka waktu yang lama. Namun ia tidaklah bermakna semua lelaki mesti menjalani khatan. Keputusan dibuat berdasarkan banyak faktor berbeza.

Walaubagaimanapun, disebabkan ada kawasan diantara kulit kulup dan hujung zakar yang lembap dan hangat, ia sesuai menjadi tempat pembiakan kuman dan mengakibatkan jangkitan kuman seperti balanitis. Jangkitan kuman berpanjangan menyebabkan kulit kulup mengecut, menjadi punca phimosis dan masalah lain. Oleh itu, dinasihatkan agar terus mendapatkan nasihat doktor jika terdapat sebarang masalah pada zakar. Selain berkhatan cara tradisional, khatan guna alat stapler adalah lebih efektif untuk membuang kulit zakar lebih.

Indikasi Khatan Lelaki Dewasa

  • Memeluk Islam
  • Penyakit Pada Kulup
  • Phimosis
  • Paraphimosis
  • Kulup Terlalu Panjang

Kebaikan Khatan Lelaki Dewasa


berkhatan dapat mencegah

Jangkitan Salur Kencing


12x lebih tinggi risiko dikalangan tidak berkhatan

HPV


63% kurang risiko kepada lelaki berkhatan

Sifilis


1.5-3.0 ganda risiko dijangkiti jika tidak berkhatan

Kanser Zakar


22x lebih kerap berlaku jika tidak berkhatan

Chancroid


2.5 ganda risiko bagi yang tidak berkhatan

Kanser Serviks


2.0-5.8x risiko pada pasangan wanita jika tidak berkhatan

Testimoni Khatan Lelaki Dewasa di Klinik Kami

Hampir kesemua klien kami adalah lelaki bukan Islam. Sudah tentu lelaki Islam sudah berkhatan ketika kanak-kanak tetapi ada juga yang datang untuk berkhatan kali kedua kerana kulit masih terlebih walaupun sudah berkhatan dulu.

Lelaki bukan Islam biasanya berkhatan selepas terkena jangkitan kuman, keadaan kulit kulup yang tidak normal (phimosis, frenulum breve dsb) ataupun memang atas kesedaran menjaga kebersihan dan kesihatan (mengurangkan risiko jangkitan kuman dan risiko kanser).

Klinik khatan lelaki dewasa kami agak popular kerana sudah ada beberapa klien warganegara asing datang berkhatan disini. Kalau warga Indonesia atau Bangladesh itu biasa saja, tapi ini dari Singapura, Thailand dan UK. Bulan depan mungkin ada seorang dari Jerman.

En Rudy

"Saya pilih cara clamp kerana ia cepat dan tidak sakit. Kalau tidak takkan saya dapat balik bekerja dalam beberapa hari saja."

En Awang

"Saya tak sangka stapler ni sangat mudah. Saya langsung tidak rasa sakit atau berdarah. Stapler memang terbaik!"

En Susilo

"Saya takut jarum. Sebab tu saya pilih stapler. Ia tidak perlu jahitan serta parut luka nampak kemas dan cantik."

En Puspa

"Terima kasih banyak Dr Hasbi kerana jadikan alat sulit saya nampak menarik. Parut hodoh pun tiada!"

En Lee

"Saya dalam perjalanan balik ke Singapura dan mahu cepat. Sebab itu saya pilih berkhatan disini!"

En Deepak

"Kawan saya berpuashati dan cadangkan saya pun berkhatan disini. Terima kasih doktor!"

Harga Khatan Lelaki Dewasa Yang Kompetitif

Rata-rata lelaki dewasa yang datang mendapatkan khidmat khatan disini sudah membuat tinjauan harga di sekitar Lembah Klang. Mereka berpendapat harga khatan lelaki dewasa disini lebih murah berbanding harga di tempat lain.

Selain sukar ditemui, khatan kaedah stapler sukar didapati dan jika ada hanya di beberapa hospital swasta dengan harga yang mahal berganda. Memang benar harga khatan guna alat stapler untuk lelaki dewasa adalah mahal, tapi kami sedang buat promosi istimewa.  

Konsultasi Dan Jagaan 24 Jam Sehingga Sembuh

Semua pertanyaan dan kemusykilan anda akan dijawab sendiri oleh saya. Bermula dari sebelum prosedur sehinggalah anda sembuh daripada luka. Bukan biasa-biasa kan? Bayangkan jika ada sebarang masalah selepas pembedahan dan perlukan jawapan segera. Mudah tanya saja saya.

Saya berpengalaman luas dalam menjalankan prosedur khatan untuk lelaki dewasa juga selain bayi dan kanak-kanak. Sejak 2011 saya telah mula khatankan lelaki dewasa dengan kaedah biasa, laser dan clamp. Sekarang saya mahir menggunakan stapler juga.

Baru!
Alat Khatan Stapler Ada Disini!

Kami Sedia Membantu!

best circumcision in town

atau Telefon 03-5882 3894

TEMPAH TEMUJANJI ANDA SEKARANG!

>