Zakar Nampak Pelik Lepas BerkhatanSelepas beberapa hari berkhatan, ibunya nampak zakar anaknya
Mencari Klinik Khatan Lelaki Dewasa?
Klinik DR HASBI bukan klinik biasa. Disini kami juga klinik khatan lelaki dewasa yang terletak di Puchong.
atau Telefon 03-5882 3894


Semua orang tahu hanya golongan lelaki yang akan melalui khatan, tapi tidak banyak yang tahu mengenai prosedur ini. Adakah semua lelaki perlu berkhatan? Bila dikatakan kulit kulup terlalu panjang? Tiada standard dalam perubatan menetapkan panjang kulit kulup. Umumnya ia dianggap terlalu panjang jika ia menutup hujung zakar dalam jangka waktu yang lama. Namun ia tidaklah bermakna semua lelaki mesti menjalani khatan. Keputusan dibuat berdasarkan banyak faktor berbeza.
Walaubagaimanapun, disebabkan ada kawasan diantara kulit kulup dan hujung zakar yang lembap dan hangat, ia sesuai menjadi tempat pembiakan kuman dan mengakibatkan jangkitan kuman seperti balanitis. Jangkitan kuman berpanjangan menyebabkan kulit kulup mengecut, menjadi punca phimosis dan masalah lain. Oleh itu, dinasihatkan agar terus mendapatkan nasihat doktor jika terdapat sebarang masalah pada zakar. Selain berkhatan cara tradisional, khatan guna alat stapler adalah lebih efektif untuk membuang kulit zakar lebih.
Indikasi Khatan Lelaki Dewasa
berkhatan dapat mencegah
Jangkitan Salur Kencing
12x lebih tinggi risiko dikalangan tidak berkhatan
HPV
63% kurang risiko kepada lelaki berkhatan
Sifilis
1.5-3.0 ganda risiko dijangkiti jika tidak berkhatan
Kanser Zakar
22x lebih kerap berlaku jika tidak berkhatan
Chancroid
2.5 ganda risiko bagi yang tidak berkhatan
Kanser Serviks
2.0-5.8x risiko pada pasangan wanita jika tidak berkhatan
Testimoni Khatan Lelaki Dewasa di Klinik Kami
Hampir kesemua klien kami adalah lelaki bukan Islam. Sudah tentu lelaki Islam sudah berkhatan ketika kanak-kanak tetapi ada juga yang datang untuk berkhatan kali kedua kerana kulit masih terlebih walaupun sudah berkhatan dulu.
Lelaki bukan Islam biasanya berkhatan selepas terkena jangkitan kuman, keadaan kulit kulup yang tidak normal (phimosis, frenulum breve dsb) ataupun memang atas kesedaran menjaga kebersihan dan kesihatan (mengurangkan risiko jangkitan kuman dan risiko kanser).
Klinik khatan lelaki dewasa kami agak popular kerana sudah ada beberapa klien warganegara asing datang berkhatan disini. Kalau warga Indonesia atau Bangladesh itu biasa saja, tapi ini dari Singapura, Thailand dan UK. Bulan depan mungkin ada seorang dari Jerman.
En Rudy
"Saya pilih cara clamp kerana ia cepat dan tidak sakit. Kalau tidak takkan saya dapat balik bekerja dalam beberapa hari saja."
En Awang
"Saya tak sangka stapler ni sangat mudah. Saya langsung tidak rasa sakit atau berdarah. Stapler memang terbaik!"
En Susilo
"Saya takut jarum. Sebab tu saya pilih stapler. Ia tidak perlu jahitan serta parut luka nampak kemas dan cantik."
En Puspa
"Terima kasih banyak Dr Hasbi kerana jadikan alat sulit saya nampak menarik. Parut hodoh pun tiada!"
En Lee
"Saya dalam perjalanan balik ke Singapura dan mahu cepat. Sebab itu saya pilih berkhatan disini!"
En Deepak
"Kawan saya berpuashati dan cadangkan saya pun berkhatan disini. Terima kasih doktor!"
Harga Khatan Lelaki Dewasa Yang Kompetitif
Rata-rata lelaki dewasa yang datang mendapatkan khidmat khatan disini sudah membuat tinjauan harga di sekitar Lembah Klang. Mereka berpendapat harga khatan lelaki dewasa disini lebih murah berbanding harga di tempat lain.
Selain sukar ditemui, khatan kaedah stapler sukar didapati dan jika ada hanya di beberapa hospital swasta dengan harga yang mahal berganda. Memang benar harga khatan guna alat stapler untuk lelaki dewasa adalah mahal, tapi kami sedang buat promosi istimewa.
Konsultasi Dan Jagaan 24 Jam Sehingga Sembuh
Semua pertanyaan dan kemusykilan anda akan dijawab sendiri oleh saya. Bermula dari sebelum prosedur sehinggalah anda sembuh daripada luka. Bukan biasa-biasa kan? Bayangkan jika ada sebarang masalah selepas pembedahan dan perlukan jawapan segera. Mudah tanya saja saya.
Saya berpengalaman luas dalam menjalankan prosedur khatan untuk lelaki dewasa juga selain bayi dan kanak-kanak. Sejak 2011 saya telah mula khatankan lelaki dewasa dengan kaedah biasa, laser dan clamp. Sekarang saya mahir menggunakan stapler juga.
Soalan-Soalan Lazim
Apakah teknik khatan yang digunakan?
Teknik berkhatan yang mana paling tidak sakit?
Berapa hari ia sembuh?
Selepas selesai bolehkah pakai seluar dan memandu kereta?
Berapa hari perlu berehat sebelum boleh kembali bekerja?
Pilihan Teknik Khatan Ada Disini




Baru!
Alat Khatan Stapler Ada Disini!
Kami Sedia Membantu!

atau Telefon 03-5882 3894
TEMPAH TEMUJANJI ANDA SEKARANG!

Kulit Zakar Dipotong Habis Akibat Kecuaian Berkhatan

Berkhatan Merawat Fimosis atau Zakar Buta
Berkhatan Merawat Fimosis Dengan Berkesan Berkhatan adalah cara yang paling berkesan untuk

Fimosis Sekunder Selepas Berkhatan
Risiko Fimosis Sekunder Selepas BerkhatanTahun ini saja saya menerima 3 kes fimosis

Testimoni Khatan Lelaki Dewasa Cara Stapler
Testimoni Khatan Lelaki DewasaWalaupun setiap hari melakukan prosedur khatan namun kebanyakan mereka

Risiko Berkhatan Dua Kali Jika Masih Bayi
Risiko Berkhatan Dua Kali? Memang benar jika berkhatan ketika bayi mempunyai risiko

Cara Buka Clamp Khatan Yang Betul dan Tidak Sakit
Mitos Berkhatan Kali KeduaBiasa kita dengar kalau berkhatan cara clamp ibarat berkhatan