fbpx

Khatan Bukan Sekadar Tuntutan Agama

Khatan adalah prosedur pembedahan kecil membuang kulit kulup kemaluan lelaki dan ianya prosedur yang paling kerap dijalankan di seluruh dunia. Penganut Islam diwajibkan bersunat kerana ia adalah Sunnah Nabi yang amat digalakkan.

Namun, banyak sebab kenapa perlu berkhatan selain tuntutan agama. Bahkan di Amerika, lebih 50% bayi lelaki yang baru lahir dikhatankan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan. Banyak kajian yang telah dilakukan menyokong fakta tersebut.

FAEDAH KHATAN DARI SUDUT KESIHATAN

1

Mencegah masalah fizikal berkaitan kulit kulup.

2

Mengurangkan risiko keradangan kepala zakar.

3

Mengurangkan risiko jangkitan pundi kencing.

4

Mengelakkan masalah ereksi terutama ketika remaja.

5

Merendahkan risiko jangkitan penyakit kelamin seperti HIV, HPV, herpes kelamin, sifilis dan mikro-organisma lain kepada lelaki dan pasangan wanita.

6

Hampir 100 peratus menghilangkan risiko menghidap kanser zakar.

7

Menghindarkan penyakit urologi secara keseluruhan.

Kategori Umur & Kaedah Khatan Sesuai

Bayi

Kami lakukan sunat bayi lelaki dan perempuan seawal usia beberapa hari hingga beberapa bulan. Kaedah sesuai - gomco, clamp, plastibell.

Kanak-Kanak

Kanak-kanak biasanya menunggu musim cuti sekolah akhir tahun untuk bersunat di klinik atau masjid. Kaedah sesuai - gam, clamp.

Dewasa

Lelaki dewasa yang baru memeluk Islam atau bukan muslim juga memilih klinik kami untuk berkhatan. Kaedah sesuai - gam, stapler.

Berkhatan Sepanjang Tahun : Bayi Sehingga Dewasa

Atas permintaan ramai, kami tidak menetapkan hari tertentu atau had umur tertentu untuk memberikan khidmat bersunat. Kami menerima sebarang umur tidak kira bayi atau dewasa. Selain itu kami jalankan prosedur sunat sepanjang tahun bukan hanya ketika musim cuti persekolahan.

Anda hanya perlu menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan temujanji untuk bersunat dengan doktor kami yang berpengalaman dan pakar khatan.

Teknik-Teknik Berkhatan

Teknik-teknik berkhatan yang lebih moden dan terkini lebih menjadi pilihan kerana ianya lebih selamat, tidak sakit dan cepat sembuh. Diantaranya adalah:

khatan cara clamp popular untuk bayi lelaki

Teknik CLAMP

Teknik ini menjadi pilihan nombor 1 kerana ia mudah, cepat dan selamat.

Teknik ini sesuai untuk khatan bayi dan kanak-kanak. Corong (clamp) akan dipasang pada zakar sebelum kulit lebih dipotong dan clamp dibuka selepas 3-5 hari. Tidak memerlukan sebarang jahitan.

teknik plastibell khatan di klinik Dr Hasbi

Teknik PLASTIBELL

Bayi berumur 3 hari dan kurang 6 bulan juga sesuai berkhatan teknik plastibel.

Teknik ini menjadi pilihan kerana plastibell (cincin) yang dipasang pada zakar akan tertanggal sendiri selepas 3-7 hari. Cuma ia kurang sesuai untuk kes zakar buta atau tenggelam.

alat stapler bersunat dewasa

Teknik STAPLER

Teknik dengan teknologi paling canggih tetapi bukan semua sesuai dengannya.

Stapler terkenal kerana kelebihannya lebih cepat sembuh berbanding luka teknik laser yang berjahit. Tetapi teknik ini tidak sesuai bagi zakar buta, tenggelam dan bagi yang penakut.

khatan laser jahit klinik dr hasbi

Teknik LASER (berjahit)

Teknik yang masih ada tempat dikebanyakan pusat berkhatan.

Teknik laser menjadi pilihan sekiranya tidak mahu lawatan susulan kerana luka akan cepat kering dan jahitan akan hancur sendiri selepas beberapa minggu. Namun tidak jika zakar buta atau tenggelam.

Q & A

Apa teknik yang sesuai untuk anak saya?

Secara umum jika anak tiada masalah buta (phimosis), tenggelam atau infeksi semua teknik boleh. Tetapi doktor akan menerangkan dengan jelas dan kesesuaian setiap teknik kepada ibu bapa sebelum melakukan prosedur.

 

Berapa lama luka khatan akan sembuh?

Luka khatan mengambil masa lebih kurang 1-2 minggu untuk sembuh sepenuhnya. Ia banyak bergantung pada keadaan zakar (phimosis, infeksi dsb) serta cara penjagaan dirumah selepas berkhatan.

 

Sakit ke bila buka clamp?

Ada kemungkinan rasa perit sedikit ketika buka clamp tetapi ia boleh dielakkan jika luka dijaga bersih dan berendam selama 30-40 minit terlebih dahulu sebelum membuka clamp.

 

Anak saya badan berisi boleh ke khatan?

Bergantung sekiranya anda rasa anak anda mempunyai zakar kecil (micropenis) atau tenggelam boleh bawa berjumpa doktor terlebih dahulu untuk pemeriksaan. Kebanyakan kes boleh dikhatankan disini.

 

Bayi umur berapa sesuai khatan?

Bayi yang sihat, lahir secara normal dan tidak mempunyai masalah kesihatan seperti jaundis, demam dsb boleh dikhatan seawal usia 3 hari. Bayi yang sudah mula merangkak lebih sukar untuk dijaga.

 

Apa bius tanpa jarum?

Bius tanpa jarum adalah alat suntikan bius menggunakan spring bertekanan tinggi. Ubat bius ditembak untuk mengebaskan kawasan suntikan bius agar anak-anak tidak merasa sakit suntikan jarum.

 
facebook
Effy Afieffa Ariffin
recommends
January 28, 2022

Alhamdulillah very good service..buat khatan untuk 2 anak sy secara teknik clamp.. Doktor sangat berpengalaman.. Terima kasih dr hasbi & team..

facebook
Cahaya Azuwad
recommends
March 10, 2022

anak tak sakit.. mesra.. & puas hati

facebook
Atfy Izad Zulkefly
recommends
December 22, 2021

Alhamdulillah selesai semua procedure utk anak khatan. penjelasan yg jelas. buatkan parents rasa tenang. tq doc n team

facebook
Nurhayati Ali
recommends
March 8, 2022

alhamdulilah anak2 ok dan tak sakit pon.. terbaik...

facebook
Mohd Wazid Bin Zaidon
recommends
June 7, 2022

Terbaek Dr. Anak tak menangis dan tak rasa sakit!

facebook
Aisyah Zulkeflee
recommends
March 14, 2022

Sangat smooth. Dr dan staff semua baik. Alhamdulillah. Recommended bawak anak berkhatan di sini 👍🏻

facebook
Makan Sakan
recommends
March 14, 2022

Alhamdulillah.. x sangka adik x nangis langsung malah keluar dgn happy lps selesai bersunat..syukur sgt²..tq so much doc dn staff di klinik ..

facebook
Syazwani Tajidin
recommends
February 26, 2022

Alhamdulillah dah settle bersunat. Anak pun ok je. tak menangis dan tak complaint sakit.

facebook
Eizuddin Ramli
recommends
January 5, 2022

Alhamdulillah. 2 org anak dah selesai. sangat berpuas hati.

facebook
Mista Yusri
recommends
February 26, 2022

Service sangat2 bagus..kaedah yang disyorkan sangat mudah dijaga. Process berkhatan sgt mudah cepat dan senang

facebook
Yatieabadie Hayatie
recommends
March 10, 2022

Alhamdulillah terbaek klinik Dr hasbi khatan superboy sy tanpa Rasa sakit n keterangan yg mudah paham.terrrbaek!!

facebook
Seputih Salju
recommends
February 24, 2022

Alhamdulillah. Kaedah bius tanpa jarum mmg terbaik. anak yg penakut selamat khatan 2 org dgn Dr Hasbi. penerangan yg jelas satu persatu. lega hati ibu ayah. tq doc and team

facebook
Zuphia Othman
recommends
June 14, 2022

Really recommended khatan disini. Terima kasih Dr Hasbi n team

facebook
Mrizal Nasir
recommends
February 24, 2022

Alhamdulillah..servis terbaik..cpt dan dpermudahkan...layanan Dr doktor dan pembantu klinik pun sgt mesra...recommended UTK yg nak bkhatankan anak...

facebook
Mira Mika
recommends
March 12, 2022

Klinik Dr Hasbi cara berkhatan tbaik,anak tak nangis pun ms proses berkhatan. Servis terbaik👍👏

facebook
Syafiq Yusoff
recommends
May 26, 2022

Highly recommended 👍👍 Nice place. Nice doctor. Procedure yg mudah dan yg penting anak tak nangis. Anak umur 6tahun, happy dgn clamps 🌟🌟🌟🌟🌟

facebook
Saloma Ramlee
recommends
June 7, 2022

Highly Recomended 🌟🌟🌟🌟🌟 Anak2 rilex… mama & abiey pon rilex. Alhamdulillah!

facebook
Qistina Jaffri
recommends
January 25, 2022

Good experience untuk 2 anak bujang saya bersunat secara clamp . Anak bujang relax tiada rasa apa sakit Terima kasih doktor hasbu dan nurse . Very friendly . Alhamdulillah .

facebook
Timhar Noor
recommends
March 3, 2022

sangat bagus untuk khatankan anak dengan doktor pakar. kami sangat recomended untuk ibu ayah yang sama nervous macam anak 😄

facebook
Aisha Echa
recommends
February 22, 2022

Alhamdulillah..service terbaik..anak kate x sakit

facebook
Aina Afiq Aiza
recommends
March 4, 2022

anak keluar bilik senyum je..terbaik!!

facebook
Siti Daratul Syima
recommends
March 7, 2022

Alhamdulillah, anak selamat bersunat menggunakan kaedah Clame. Recommended.

facebook
Siti Aidah Idris
recommends
February 24, 2022

Br sudah mengkhatan kan 2 org anak di sini..alhamdulillah sgt cpt dan xde masalah...doktor pun sgt mesra..recommended👍👍

facebook
Hazwan Jalani
recommends
January 4, 2022

prosess khatan cepat & pantas

facebook
Norafida Baharuddin
recommends
June 8, 2022

Alhamdulillah. Dua2 anak selamat berkhatan di sini. Prosedur yang jelas dr Dr Hasbi.

facebook
Marziati Mohd Puzi
recommends
September 3, 2022

Alhamdulillah..selesai sudah berkhatan anak ..service yang bagus..ruang klinik pun selesa utk anak2..sangat2 recommended.

facebook
Sulastri Sugiman
recommends
March 2, 2022

procedure sgt smooth terbaik doc hasbi dan team anak2 tak nangis

facebook
Azhanazura Abdul Rahman
recommends
February 26, 2022

Sungguh magic! Anak sikit pon tak complaint sakit. Hasilnya pon kemas… Sangat recommended. Tak perlu risau anak fobia. Penjagaan pon mudah. Terima kasih Dr Hasbi and team.

facebook
Nurul Malim
recommends
March 16, 2022

Friendly doctor, helpful staff and good ambiance. Service is excellent. Painless khatan for my boy.

facebook
Red Ruby
recommends
March 1, 2022

Terima kasih dr Hasbi n Team… sgt2 bpuas hati… anak langsung x menangis… kemas sgt2…😍😍😍

facebook
Farazillah Yahya
recommends
March 10, 2022

Berkhatan anak lelaki yg terbaik dan kemas dari Dr Hasbi. Di Syorkan kepada semua ibu bapa utk menghantar anak utk berkhatan.

facebook
Rahizal Ruziha
recommends
March 15, 2022

Staff yang sangat mesra🥰 Anak komen x rasa sakit langsung relax siap main game je😂 Doktor yang sangat bagus n cool #biustanpajarum yang paling teruja👍 Saya dh rekomen kt kawan… diorang pun turut teruja

facebook
Rina Bakar
recommends
February 28, 2022

Subahanallah,alhamdulillah..sgt2 recommended..very nice doctor’s with good explanation..anak2 pun tak takut..prosedur berjalan lancar..tq very much☺️☺️

facebook
Azizi Faizul
recommends
December 31, 2021

Sgt sgt rekemen utk khatan disini. Penjelasan yg jelas pagak dan sgt clear satu2 Dr explain. Lega dengar. Tq dr hasbi n staff

facebook
'Adda ArdThe
recommends
January 3, 2022

selesai khatankan anak , teknik clamp sangat mudah dan kurang sakit anak pun tak menangis. doctor and nurses are so friendly, thank you doctor!

facebook
MaRyam Mustaffa
recommends
February 5, 2022

Recommended klinik Dr Hasbi utk khatan baby. Thank you Dr dan staff.

facebook
Endera Ainin
recommends
January 4, 2022

Klinik selesa.. cepat dan penerangan yang jelas. Anak relaks je jln keluar. Kaedah stapler agak mahal tapi berbaloi tengok anak relaks je

facebook
Izam Sajen
recommends
January 4, 2022

Servis terbaik..Doktor yang berpengalaman dan staff juga baik..anak tak rasa takut, selesa dan paling penting sekali tak sakit ! terbaik...

facebook
علمي بهارالدين
recommends
September 7, 2022

Doktor mesra dan explain dengan jelas prosedur. proses tempahan pun mudah. recommended UTK mereka yang cari tempat mesra kanak2 dan pengurusan yg mudah. siap BG freegift lagi. terima kasih Dr Hasbi and team!

facebook
Sitiey Fairuz
recommends
August 2, 2022

Alhamdulillah dh selesai sunat anak sy 5taun guna kaedah clamp...hasil kerja dari dr hasbi mmg terbaik...mmg memuaskan...terima kasih dr hasbi tolong bukakan clamp anak sy...mmg xda bleeding...sy recommend utk buat circumcision disini👍👍👍

facebook
Fauzul Azim Ahmad
recommends
December 22, 2021

terima kasih Dr. Hasbi dan team klinik, sangat berpuashati dengan khidmat yang diberikan..boleh repeat untuk anak seterusnya 😊

facebook
Siti Aisyah
recommends
March 3, 2022

sangat recommended untuk khatankan anak. doktor and nurse beri kerjasama yang baik dalam penerangan. anak pun tak takut and kurang sakit.

facebook
Atim Fatimah
recommends
December 23, 2021

Alhamdulillah.. Doktor sangat lembut. Semuanya lancar dan senang.anak tak takut pun 🥰🥰

facebook
Syakiroh Omar
recommends
January 22, 2022

alhamdulillah proses bersunat berjalan dgn lancar..doktor dan nurse sgt membantu dan baik..anak sgt relaks..dr gasbi dan nurse sgt baik..terbaek

facebook
Muhammad Aizat Rasli
recommends
September 8, 2022

Pengalaman terbaik. Anak2 tenang menjalani khatan bersama dr Hasbi

facebook
Hafizah Yatiman
recommends
March 4, 2022

Prosedur mudah dan cepat. Bius tanpa jarum. Anak pun happy takde rasa sakit dan takut. Recommended 👍🏻 parking senang, environment klinik selesa.

facebook
Fahmy Acoi Faudzi
recommends
March 12, 2022

Anak tak sakit lps sunat..service terbaik.terima kasih...👍🏻

facebook
Erina Angie Hasibuan
recommends
January 8, 2022

Anak siap mengaji siap almulk sepanjang khatan. Tak menangis langsung. Happy muka senyum je manjang. Tq doc hasbi melayan anak. Sgt puas hati. Tq doc and team. Terbaikkk

facebook
Nurfitriyana Sanif
recommends
January 3, 2022

Alhamdulillah. Anak tak takut sbb cucuk bius tanpa jarum. Senang, cepat & mudah penjagaan nya selepas proses sunat. Segala kemusykilan ibu bapa semasa penjagaan pon dijawab pantas di WhatsApp. 👍🏻

facebook
Nor Fadilah
recommends
March 4, 2022

alhamdulillah syukur Sempena Hari Jumaat , 1 Syaaban , anakanda Abdul Rahman Selamat dikhatankan..semoga cepat sihat

5.0
Based on 640 Reviews
google
Syaril Aimin
June 8, 2022

Servis berkhatan yang bagus untuk anak sedara saya.

google
Mirul Johari
September 8, 2022

Pengalaman berkhatan di klinik Dr hasbi sgt memuaskan. Terima kasih Dr hasbi n team. Recommended

Terbaik..servis cepat & doktor mesra dgn anak

google
Ema Marina
June 3, 2022

Ber khatan.. Mudah cepat xsakit.. alhamdulillah..

google
syafiq yusoff
May 26, 2022

Highly recommended 👍👍 Nice place. Nice doctor. Procedure yg mudah dan yg penting anak tak nangis. Anak umur 6tahun, happy dgn clamps 🌟🌟🌟🌟🌟

Disyorkan..Alhamdulillah..anak tenang dan tidak sakit..

google
Dino Dizz
October 22, 2022

Briefing dari dr. jelas dan meyakinkan. Proses khatan yg pantas dan lancar, baby pun tak meragam.

google
hasnydzam hassan
August 6, 2022

Alhamdulillah anak bongsu berumur 6 tahun dah selesai berkhatan..no painful at all and he is very happy..completed within 15 minutes..thanks Dr Hasbi and team.

google
pot of aces sdn bhd
October 28, 2022

Alhamdulillah Muhammad Al Fateh selesai berkhatan Aamiiin…

google
Ateef Muhammad
September 3, 2022

Recommended utk sunat di sini..doc bagi penerangan dan mudah utk difahami. bagi ibu yg tiada pengalaman utk anak bersunat, boleh datang ke sini.

google
Roziah Hashim
June 8, 2022

Alhamdulillah legaa.. service terbaik dari klinik Dr Hasbi.. bersunat tak sakit..🤩🤩🤩

google
nadiashahrin
July 14, 2022

Rekemen berkhatan dkt Klinik Dr Hasbi. Terima kasih Dr Hasbi and team. Penerangan yg jelas

google
Mirul 46
September 8, 2022

Alhamdulillah selesai berkhatan dkt klinik Dr Hasbi. Sgt recommended

google
Elmi Baharuddin
September 7, 2022

Doktor mesra dan explain dengan jelas prosedur. proses tempahan pun mudah. recommended UTK mereka yang cari tempat mesra kanak2 dan pengurusan yg mudah. siap BG freegift lagi. terima kasih Dr Hasbi and team!

google
Siti Khadijah
October 15, 2022

Perkhidmatan yang disediakan sangat cemerlang..layanan yang diberi sangat membantu..sangat digalakkan bagi sesiapa yang mahu khatankan untuk bayi masing-masing

google
Fida Fida
June 8, 2022

Alhamdulillah. Dua2 anak selamat berkhatan di sini. Prosedur yang jelas dr Dr Hasbi.

google
Muaz Zulkhairi
September 30, 2022

Sunat anak di klinik Dr Hasbi dengan doktor yang berpengalaman dalam bidang ni. Good service👍

google
azila taib
June 7, 2022

Highly Recomended 🌟🌟🌟🌟🌟 Anak2 rilex… mama & abiey pon rilex. Alhamdulillah!

google
Nurzzara Hamdan
August 27, 2022

Kaedah clamp untuk anak 3 tahun. Cepat dan mudah ☺️

google
Affifi Mohd Khair
August 25, 2022

Selesai khatan dkt klinik dr hasbi. Terima kasih Dr hasbi and team. Recommended

Alhamdulillah.. Berkatan dengan Dr yang berpengalaman luas dan menggunakan teknik yang terbaik mengikut keadaan anak saya. Amat memuaskan dan konsultasi yang memuaskan.. Saya bagi 5 STARS..

google
Marziati MOHD PUZI
September 3, 2022

Alhamdulillah..selesai sudah berkhatan anak ..service yang bagus..ruang klinik pun selesa utk anak2..sangat2 recommended.

google
Ariff Ismail
August 25, 2022

Selesai khatan anak 2 org. Alhamdulillah selesai dgn baik. Guna kaesah clamp senang jaga. Tq dr hasbi and team. Recommended

google
Zalinda Zahari
September 4, 2022

Alhamdulillah selesai khatan disini selepas 3x tak boleh buat dkt tempat lain. Tq doktor hasbi n team. Recommended 👍👍

google
Effa Ibrahim
September 5, 2022

Good experience! Cantik 5 bintang👍🏼😁 Berbeza dgn adik di klinik lain. Jauh beza cara sunat. Yg dgn Dr hasbi lebih cantik kemas teliti. Sgt sgt puas hati. Terima kasih Dr n team. Really recommended😉

Alhamdulilah anak baru selesai sunat cara clamp..lega anak ok tak meragam..staf doktor bagus ..MEMANG

google
Irwana Siti
October 7, 2022

alhamdulillah babynoah(phimosis) selamat berkhatan... alhamdulillah berjalan dgn lancar perkhidmatan terbaik.. inshALLAH repeat tu abg abil plak lepas ni😁 layanan staff terbaik

google
Mohd Faizal
September 3, 2022

really recommended servis khatan disini. Tq dr hasbi n team

google
Afzan Zainuddin
September 21, 2022

baru lepas khatan anak kaedah clamp umur 5 tahun. Alhamdulillah smooth. Tq dr hasbi n team

google
Ana Enol
October 1, 2022

alhamdulillah selesai sunatkan baby 44 hari.. cepat, n tak menyakitkan anak .anak tdo je sepanjang proses... tq semua yg membantu.. terbaik

google
akiey pilus
October 15, 2022

Sunat baby di sini sangta disyorkan...ni anak yg kedua...tq dr hasbi n team

google
Maria Alias
July 21, 2022

Thank you Dr Hasbi and nurse for making our nervous son’s sunat experience a fast one. They comforted him all the way.

google
Nor Mawaddah Ghazali
August 10, 2022

Baru lepas khatankan anak kaedah clamp umur baby 3 bulan. Baby tak nangis smooth. Tq dr hasbi and team. Recommended utk sesiapa yg nak khatankan baby👍😍

google
Muhd Asraff
September 20, 2022

Anak 2 tahun kena phimosis. Selesai khatan dgn Dr hasbi. Tq Dr and team. Recommended

Dr Hasbi pakar khatan bayi, kanak-kanak dan lelaki dewasa di Puchong

Khatan Lebih Dari Sekadar Lepas Syarat

Salam, saya Dr Hasbi. Saya pemilik Klinik DR HASBI dan laman sesawang ini. Banyak saya menulis artikel berkaitan khitan kerana saya banyak menjalankan prosedur khitan di klinik ini selain menyebarkan maklumat berkaitan sunat dan kesihatan lain.

Saya sudah berpengalaman lebih 16 tahun sebagai doktor perubatan dan mula melakukan sunat semenjak 2010. Selain di klinik saya juga biasa terlibat dengan majlis bersunat beramai-ramai di masjid.   

Kesimpulan yang saya boleh katakan, khatan yang dilakukan haruslah menitik-beratkan keselamatan semasa prosedur dilakukan. Selain itu faktor kosmetik dimana parut yang terhasil haruslah cantik dan kemas bukan lebih-kurang saja. Walaupun hanya isteri yang akan tahu nanti.

Kaedah Khatan Masa Kini

Zaman sudah berubah dimana proses bersunat seharusnya menjadi pengalaman yang berharga yang diingati bukan kerana ia sebuah pengalaman yang menakutkan dan mengerikan. Pada zaman dahulu kebanyakan majlis bersunat dikendalikan oleh tok mudim yang hanya belajar dari pengalaman dan tidak mempunyai peralatan yang canggih.

Kini teknologi perubatan semakin maju dan dikendalikan oleh doktor perubatan yang terlatih dengan peralatan yang lengkap dan canggih. Selain penggunaan ubat bius yang suatu masa dahulu tidak digunakan kini mudah didapati. Tanpa ubat bius sudah tentu ia amat menyakitkan dan mimpi ngeri terutamanya kanak-kanak.

Kaedah kini lebih cepat, selamat dan meninggalkan kesan parut yang minima. Walaupun kaedah laser (diathermy) masih ada permintaan namun doktor yang menjalankan khatan itu mestilah mahir untuk mengelakkan sebarang kemalangan. 

>