fbpx
.st0{fill:#FFFFFF;}

Khatan Tradisional Sabah Tidak Sempurna 

 December 28, 2019

By  Dr Hasbi

Khatan Tradisional Sabah

Ramai lelaki muslim yang telah melalui khatan secara tradisional Sabah datang untuk berkhatan kali kedua. Mereka telah berkhatan 10-15 tahun dahulu secara kampung namun tidak sempurna.

Tok Mudim hanya melukakan sedikit pada kulit zakar dan membuka kulup melepasi kepala zakar tanpa memotong kulit lebih. Ini tidak menepati garis panduan berkhatan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Biasanya kanak-kanak disana bersunat beramai-ramai dalam majlis yang meriah serta diarah berpantang mengikut tradisi mereka seperti tidak boleh melalui bawah ampaian dan melangkah tahi ayam.

khatan tradisional sabah tidak sempurna

Dilema Lelaki Berkhatan Tradisional Sabah

Rata-rata lelaki berasal dari Sabah yang datang meluahkan perasaan malu dan serba-salah untuk berkhatan pada usia dewasa. Mereka sedar bahawa mereka perlu berkhatan sejak awal tapi segan untuk bertindak.

Akhirnya mereka akan datang juga untuk bersunat bila tiba masanya mereka akan berkahwin. Kena juga kalau tidak malu pada isteri nanti kalau belum berkhatan. Tapi ada juga yang sudah kahwin dan ada anak datang berkhatan. 

Selain itu mereka juga berasa was-was dalam menjaga kebersihan dan melakukan ibadah terutamanya bila ingin mengerjakan umrah dan haji. Ini menyebabkan mereka tidak senang hati dan serba-salah.

Berkhatan Secara Tenang & Privasi

Saya ingin bantu mereka berkhatan dengan cepat dan selamat menggunakan kaedah-kaedah yang terbaik seperti stapler dan gam. Proses berkhatan cuma mengambil masa kurang 30 minit dan langsung tidak sakit.

Kami mementingkan keselesaan dan privasi apabila ada lelaki dewasa berkhatan di sini. Bahkan hanya saya, Dr Hasbi akan melakukan khatan tanpa melibatkan staf wanita. Ia adalah rahsia anda seorang.

Anda boleh datang memandu seorang ke klinik saya di Puchong. Selesai berkhatan anda boleh pakai seluar dan memandu balik tanpa masalah. Tidak perlu ambil cuti panjang kerana luka mudah dijaga dan cepat sembuh.

DAPATKAN TEMUJANJI HARI INI

Dr Hasbi sangat berpengalaman dan pakar berkhatan menggunakan kaedah stapler. Ramai lelaki dewasa samada muslim dan bukan muslim yang telah berkhatan di sini sangat berpuashati dengan khidmat Klinik Dr Hasbi.

Dr Hasbi


Hai, saya Dr Hasbi dan pemilik Klinik DR HASBI. Saya akan menulis kandungan blog untuk berkongsi info berkaitan kesihatan.

Your Signature

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Subscribe to our newsletter now!

>