fbpx
.st0{fill:#FFFFFF;}

Khatan Bayi Lelaki Kini Mudah 

 June 11, 2019

By  Dr Hasbi

Senangnya Khatan Bayi Lelaki

Masyarakat kita lazimnya tidak biasa dengan khatan bayi lelaki. Mungkin rasa kasihan kerana menyangka bayi disakiti jika dikhatan terlalu awal serta susah untuk menjaga luka bila berkhatan.

khatan bayi lelaki mudah dan selamat

Sebenarnya khatan bayi lelaki tidaklah serumit yang disangka. Sistem saraf pusat bayi masih tidak matang dan bayi tidak akan dapat mengingati apa-apa lagi. Lagipun prosedur dilakukan dengan memberi ubat bius terlebih dahulu.

Usia Paling Sesuai Berkhatan Bayi Lelaki

Berkhatan ketika usia bayi dapat mencegah jangkitan kuman pada saluran kencing. Tanda jangkitan saluran kencing adalah seperti demam, muntah, menangis dan lemah.

Usia yang sesuai untuk berkhatan bayi lelaki adalah beberapa hari selepas kelahiran. Jika mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW bayi lelaki dikhatankan pada hari ke-7 selain aqiqah, beri nama dan cukur rambut. 

Selain sistem saraf pusat, saraf dan saluran darah pada bahagian zakar bayi masih lagi belum berkembang dan ini membolehkan luka khatan cepat kering dan sembuh tanpa risiko terkena jangkitan kuman.

Bahaya Tak Kalau Bayi Saya Berkhatan?

Secara umumnya bayi lelaki yang lahir cukup bulan, sihat dan stabil selamat untuk berkhatan. Walaubagaimanapun pemeriksaan doktor perlu dilakukan sebelum disahkan sesuai untuk berkhatan.

Zakar mestilah bersaiz normal iaitu tidak kecil (micropenis), tidak lubang kencing dibawah (hypospadias) dan tiada kulit zakar-skrotum melekat (penoscrotal webbing). 

Lapisan lemak pada kulit bahagian ari-ari tidak terlalu tebal sehingga menenggelamkan batang zakar dan kulit menutupi kepala zakar. Keadaan ini memerlukan khatan khusus.

Bayi tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit gangguan pembekuan darah (bleeding disorder). Jika ada, bayi mestilah diperiksa oleh doktor terdahulu.

Bayi mestilah telah disuntik Vitamin K ketika baru lahir. Fungsi Vitamin K adalah untuk mencegah kemungkinan terjadinya pendarahan kerana ia sangat penting dalam proses pembekuan darah.

Bayi yang disunat dengan sempurna tidak menyebabkan dia terpaksa bersunat sekali lagi apabila besar nanti. Kulit kulup tidak tumbuh balik. Jika ada kes terpaksa khatan kali kedua adalah kerana kulit kulup tidak dibuang secukupnya ketika disunat dulu.

Kaedah Khatan Bayi Terbaik

Terdapat beberapa kaedah yang diperakui selamat dan sesuai untuk khatan bayi lelaki. Diantaranya Gomco clamp, Mogen clamp, Plastibell dan klamp (Smartklamp, Ismail clamp dsb).

Namun kaedah laser (electrocautery) iaitu menggunakan pisau api tidak sesuai untuk bayi kerana risiko terpotong kepala zakar, terbakar teruk dan lubang kencing menjadi sempit (meatal stenosis).

khatan cara plastibell
khatan cara clamp popular untuk bayi lelaki
khatan dengan gomco clamp mudah dan selamat
mogen clamp kaedah khatan bayi lelaki dengan mudah dan cepat

Alat clamp sememangnya popular kerana ia mudah dipasang dan risiko pendarahan yang sangat minima. Penjagaan luka juga mudah dan kepala zakar dilindungi oleh corong clamp semasa proses penyembuhan sehinggalah ia dibuka.

Cuma clamp digosipkan dengan istilah "bersunat dua kali" semasa clamp dibuka. Ini kerana semasa clamp dibuka mungkin ia terasa sedikit pedih dan perit kerana melekat. Namun ia dapat dielakkan jika berendam selama 30-45 minit sebelum dibuka. 

Kaedah bersunat menggunakan Gomco clamp dan Mogen clamp mungkin tidak berapa popular dikalangan rakyat Malaysia. Tapi sebenarnya kedua-dua alat ini popular di negara barat untuk khatan bayi terutamanya Gomco clamp.

Jika anda bercadang hendak guna kaedah Gomco atau Mogen untuk khatankan bayi bolehlah buat temujanji dengan kami. Walaupun kaedah ini ada sedikit risiko pendarahan selepas berkhatan namun biasanya ia minima dan tidak berbahaya.

Manakala kelebihan Gomco dan Mogen pula ia tidak memerlukan jahitan dan tidak perlu datang semula untuk membuka sebarang alat clamp selepas beberapa hari. Sedikit bengkak adalah biasa dan akan surut selepas 3 hari.   

Penjagaan Luka Khatan Bayi

Penjagaan luka khatan menggunakan plastibell dan clamp tidak banyak berbeza. Jika plastibell cincin plastibel akan jatuh sendiri selepas 3-7 hari manakala clamp perlu dibuka selepas 3-4 hari.

Selepas cincin plastibell atau clamp sudah tanggal, luka khatan masih belum sembuh sepenuhnya. Ia perlu dijaga rapi selama 2-3 hari lagi sehingga luka sembuh sepenuhnya.

Dalam tempoh ini, bayi boleh dimandikan seperti biasa. Boleh kena air untuk cuci najis tetapi harus berhati-hati agar tidak memberi tekanan atau terkepit ketika menguruskan bayi supaya luka tidak berdarah.

Dapatkan Konsultasi Sekarang

Jika anda berminat untuk lakukan khatan kepada bayi lelaki mahupun bayi wanita silalah hubungi kami untuk maklumat lanjut. Klinik kami menggunakan kaedah klamp dan Plastibell untuk lebih cepat dan selamat.

Dr Hasbi


Hai, saya Dr Hasbi dan pemilik Klinik DR HASBI. Saya akan menulis kandungan blog untuk berkongsi info berkaitan kesihatan.

Your Signature

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Subscribe to our newsletter now!

>