Bila Perlu Pemeriksaan Kesihatan?

Anda tidak perlu sakit untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Banyak penyakit kronik tidak ada tanda awal dan anda perlu tahu kekerapan pemeriksaan kesihatan untuk mengesannya.
Walaupun ada sesetengah pertubuhan mengatakan pemeriksaan fizikal tahunan tidak perlu namun hakikatnya berbeza. Kebanyakan kes penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis dikesan melalui ujian saringan.
Sebenarnya ia bukan 'satu saiz muat semua'. Setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza bergantung kepada faktor risiko yang dibawa. Semakin tinggi risiko maka semakin tinggi kekerapan pemeriksaan kesihatan.
PROMOSI
Jalani Pemeriksaan Kesihatan dan 47 Ujian Makmal dengan harga RM160 Sahaja.
Faktor usia dan tahap kesihatan menjadi pendokong utama kekerapan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Secara umumnya boleh gunakan jadual ini sebagai panduan dan berbincanglah dengan doktor untuk lebih faham.
Cadangan Kekerapan Pemeriksaan Kesihatan
Sarin​gan | Cadangan Saringan US Preventive Service Task Force (USPSTF) | Cadangan Saringan Bagi Kumpulan Lain** |
---|---|---|
Kanser Payudara (Mamogram) | Wanita 50-74 patut jalani setiap 2 tahun. Wanita lebih muda patut berbincang dengan doktor. | Wanita 40 tahun keatas patut jalani setiap tahun. |
Kanser Prostat (PSA Test) | Tiada bukti yang cukup untuk mencadangkan ujian bagi lelaki bawah 75 tahun. Tidak dicadangkan bagi lelaki atas 75 tahun. | Bincang dengan doktor jika perlu jalani seawal 50 tahun atau mempunyai faktor risiko atau berkulit hitam. |
Tekanan Darah | Berumur 18 keatas jalani setiap 2 tahun sekiranya bacaan normal. | Setiap tahun bagi umur 20 tahun keatas atau setiap 2 tahun jika bacan kurang 120/80 mmHg. |
Kolesterol | Lelaki berumur 35 tahun dan wanita 45 tahun keatas yang mempunyai risiko sakit jantung. Jika berisiko tinggi mulai pada umur 20 tahun dan ulang setiap 5 tahun jika bacaan normal. | Semua berumur 20 keatas perlu jalani ujian Profil Lipoprotein (puasa) setiap 5 tahun. |
Kanser Serviks (Pap Smear) | Setiap 3 tahun bagi wanita aktif seks. | Setiap 3 tahun bagi wanita aktif seks. |
Kanser Kolon (Faecal Occult Blood, Sigmoidoscopy atau Colonoscopy) | Mulai selepas 50 tahun sehingga 75 tahun. Kekerapan bergantung kepada faktor risiko. Bincanglah dengan doktor. | 50 tahun keatas perlu jalani. Bincang dengan doktor ujian mana yang sesuai. |
Osteoporosis (Bone Mineral Density Test) | Wanita berumur 65 keatas, lebih muda jika ada risiko patah tulang.* | Wanita 65 keatas dan lelaki 70 keatas. Lebih muda jika ada faktor risiko.* |
Diabetis | Lelaki dan wanita yang mempunyai tekanan darah lebih 135/80 mmHg.* | Gemuk dan obes perlu jalani setiap 3 tahun. Termasuk mereka yang tidak aktif, ada sejarah keluarga diabetis dan menghidap tekanan darah dan kolesterol yang tinggi. |
Kanser Kulit | Tidak cukup bukti untuk populasi umum. | Perlu diperiksa doktor jika berisiko tinggi. |
Obesiti | Saring semua yang gemuk dan obes. Jalani kaunseling dan terapi tingkahlaku terutama yang BMI lebih 30.* | Semua dewasa ikut cadangan USPSTF. |
* Saringan ini tidak ada cadangan berapa kerap perlu dijalani. Bincang dengan doktor anda.
**Sumber: The American Cancer Society, The American Heart Association, The National Cholesterol Education Program, The National Osteoporosis Foundation, The American Diabetes Association, The Skin Cancer Foundation.