fbpx
.st0{fill:#FFFFFF;}

Menggugurkan Kehamilan Tidak Diingini 

 March 6, 2019

By  Dr Hasbi

alat dalam rahim iud

Seorang wanita ditemani suaminya telah datang ke klinik dan berhajat menggugurkan kandungannya yang berusia 9 minggu. Nampak rauk wajah wanita itu semacam stres dan bersungguh-sungguh mahu gugurkan kehamilannya.

Alasannya, dia sudah berumur 43 tahun dan selalu tidak sihat. Anak bongsu dah pun berumur 17 tahun dan dia sebetulnya tidak bersedia untuk mempunyai bayi setelah sekian lama. Lebih kepada alasan peribadi sebenarnya kerana dia tidaklah mempunyai sebarang penyakit kronik.

Memang ada caranya nak gugurkan kandungan tersebut seperti mengambil pil hormon tetapi bukan semua orang boleh ambil pil hormon. Jika boleh ambil ia tetap ada risikonya seperti :

  1. keguguran tidak lengkap, perlu menjalani prosedur D+C untuk cuci rahim
  2. pil hormon gagal dan kandungan yang tidak diingini terpaksa diteruskanrisiko jangkitan kuman
  3. demam
  4. pendarahan banyak dan berterusan
  5. sakit perut dan masalah penghadaman

Pengajaran hari ini, untuk wanita yang sudah menjejaki umur 4 series (40 tahun) amalan merancang keluarga sepatutnya diteruskan agar perkara begini dapat dielakkan sebelum berlaku.

Memang ada wanita lepas 40 tahun mengandung dan beranak tanpa komplikasi (macam mak saya 42 tahun) tapi mesti ingat, mengandung selepas usia 40 tahun lebih berisiko untuk mendapat komplikasi seperti diabetis dan darah tinggi semasa hamil, plasenta previa, kelahiran secara cezer, bayi mati dalam kandungan dan ibu meninggal. Selain risiko kandungan cacat.

Beberapa kaedah merancang keluarga boleh diamalkan mengikut kesesuaian tahap kesihatan. Umumnya, untuk usia 40-an kaedah IUD (Alat Dalam Rahim) paling ideal. Cara lain seperti implan progestin, ikat (BTL dan vasektomi) juga sangat berkesan. Jika pil perancang ia mestilah dinilai oleh doktor terlebih dahulu.

Apa-apapun, kita cuma merancang tetapi Allah yang Maha Berkuasa menentukannya.

Dr Hasbi


Hai, saya Dr Hasbi dan pemilik Klinik DR HASBI. Saya akan menulis kandungan blog untuk berkongsi info berkaitan kesihatan.

Your Signature

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Subscribe to our newsletter now!

>