fbpx
.st0{fill:#FFFFFF;}

Fimosis Sekunder Selepas Berkhatan 

 September 2, 2020

By  Dr Hasbi

Risiko Fimosis Sekunder Selepas Berkhatan

Tahun ini saja saya menerima 3 kes fimosis sekunder (secondary phimosis) selepas berkhatan secara laser dan jahit. Diantara mereka adalah bayi berusia 3 bulan, kanak-kanak berumur 11 tahun dan seorang lelaki dewasa berbangsa Cina.

Fimosis sekunder atau secondary phimosis adalah diantara komplikasi berkhatan. Ia terjadi bila kulit mukosa bahagian dalam tidak dipotong secukupnya melekat semula pada kepala zakar. Ia kelihatan kepala zakar tertutup dengan kulit kulup seakan-akan belum bersunat.

Fimosis sekunder lebih mudah terjadi jika berkhatan teknik laser dan jahit terutamanya jika doktor atau mudim melakukan teknik pancung atau 'guilotine'. Teknik ini paling biasa dilakukan kerana ianya mudah dan cepat siap tetapi lebih berisiko.

Khatan Laser Teknik Pancung

Secara umum teknik khatan laser secara pancung adalah selamat jika doktor atau mudim yang melakukannya seorang yang berpengalaman serta berhati-hati ketika prosedur dilakukan. Jika tidak berhati-hati ia berisiko mencederakan kepala zakar atau terpotong zakar.

Selain risiko kecederaan, ia juga mungkin meninggalkan kulit mukosa bahagian yang masih panjang kerana sukar dipotong secukupnya tanpa menarik kulit bahagian dalam ketika mengepit kulit. Maka risiko kulit melekat dan terjadi fimosis sekunder adalah lebih tinggi.

Selain faktor teknik yang kurang tepat, risiko terjadi fimosis sekunder lebih tinggi dikalangan mereka yang berbadan gempal, zakar tenggelam (buried penis) dan juga zakar kecil. Ibu bapa seharusnya faham akan risiko yang mungkin terjadi jika anak berbadan gempal.

Jika fimosis dikenalpasti awal ia masih boleh dirawat tanpa pembedahan pembetulan. Namun jika parut sudah lama terjadi dan melekat kuat ia perlu dilepaskan dengan pembedahan kecil atau biasa kita dengar 'sunat dua kali' untuk melepaskan kepala zakar yang tertutup.

parut khatan laser hodoh

Parut Jahit Hodoh Selepas Berkhatan Laser & Jahit

"Parut jahitan yang hodoh paling banyak terjadi selepas khatan laser dan jahit."

Baru-baru ini saya dikunjungi seorang lelaki berbangsa Cina untuk mendapatkan rawatan masalah fimosis sekunder selepas berkhatan. Agak kasihan kerana selepas dua bulan dia berkhatan luka masih tidak sembuh malah hujung kulit zakarnya bengkak dan tertutup.

Beliau hanya dapat tahu mengenai khatan di klinik saya selepas bersunat di klinik lain. Saya agak terperanjat bila beliau beritahu doktor yang mengkhatankan beliau kata itu adalah normal kerana dia berbadan gempal. Cuma perlu tarik keluar kepala zakarnya. 

fimosis sekunder selepas berkhatan laser

Beliau berkhatan bersama dengan sepupunya, keadaan sepupunya sudah pulih sepenuhnya tanpa sebarang masalah. Faktor badan beliau yang gempal dan zakar tenggelam menjadi punca luka khatan menjadi komplikasi fimosis.

Setelah dijelaskan masalah beliau, akhirnya bersetuju untuk berkhatan sekali lagi. Memang masih banyak kulit mukosa bahagian dalam serta parut yang hodoh perlu dibuang dalam proses khatan kali kedua ini. Saya guna teknik stapler agar parut nanti cantik.

Teknik Khatan Kami Selamat!

Dapatkan konsultasi percuma kaedah berkhatan dengan selamat tanpa komplikasi.

play

Elak Fimosis Sekunder Selepas Berkhatan

Saya tidak berkata berkhatan cara laser tidak bagus kerana saya sendiri juga ada menawarkan teknik laser dan jahit bagi mereka yang bajet. Cuma saya mengamalkan teknik 'dorsal slit' iaitu potong tengah bahagian atas untuk hasil yang lebih kemas dan selamat.

Tidak kira apa kaedah apa pun selain laser (plastibell, clamp) jika operator yang melakukannya tidak mahir hasilnya tetap tidak elok dan berisiko mendatangkan komplikasi. Sekarang ada teknik-teknik yang lebih baik seperti stapler dan 'ring' untuk lelaki dewasa.

Jika berkhatan ketika bayi, amalkan penjagaan selepas khatan yang betul agar tidak terjadi fimosis sekunder kerana zakar bayi lebih kecil dan kepala zakar yang basah serta melekit menyebabkan mudah melekat semula.

Pakar Repair Khatan

Dr Hasbi bukan saja pakar berkhatan malah beliau banyak menerima kes khatan laser yang tidak sempurna dan memerlukan repair semula. Ini adalah salah satu kes phimosis sekunder selepas sunat laser di klinik lain.

phimosis sekunder kena repair
sunat repair fimosis sekunder
phimosis sekunder kena repair
sunat repair fimosis sekunder
phimosis sekunder kena repair
sunat repair fimosis sekunder

Alhamdulillah zakar adik tersebut nampak cantik dan normal setelah sunat repair oleh Dr Hasbi. Kepada ibu bapa diluar sana, jangan bajet sangat bila mencari klinik berkhatan yang penting hasil kemas dan selamat.

Dr Hasbi


Hai, saya Dr Hasbi dan pemilik Klinik DR HASBI. Saya akan menulis kandungan blog untuk berkongsi info berkaitan kesihatan.

Your Signature

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Subscribe to our newsletter now!

>