fbpx
.st0{fill:#FFFFFF;}

Dos Vaksin Pneumokokal Untuk Bayi 

 June 20, 2019

By  Dr Hasbi

vaksin prevnar13 vaksin pneumokokal mencegah pneumonia

Vaksin Pneumokokal Mencegah Pneumonia

Ibu bapa yang merancang untuk mendapatkan vaksin pneumokokal untuk anak-anak harus tahu dos vaksin pneumokokal yang diperlukan untuk bayi. Jumlah dos diperlukan bergantung pada umur bayi ketika dos pertama diberi.

Tujuan vaksin ini diberi adalah untuk mencegah penyakit serius seperti keracunan darah, radang selaput otak dan pneumonia disebabkan bakteria pneumokokal.

Vaksin pneumokokal yang diberikan kepada bayi dan kanak-kanak berusia kurang 5 tahun ada dua jenis. Kedua-duanya adalah vaksin konjugat atau Pneumococcal Conjugate Vaccine (PCV).

  1. Synflorix
  2. Prevnar13

Synflorix

  • Melindungi 10 serotype
  • Disyor oleh European Medicine Agency
  • Harga lebih murah

Prevnar13

  • Melindungi 13 serotype
  • Disyor oleh Center for Disease Control
  • Harga lebih mahal

Kedua-dua vaksin ini terdapat di klinik dan hospital swasta kerana keduanya adalah vaksin tambahan yang tiada dalam jadual imunisasi wajib KKM.

vaksin synflorix harga murah untuk pneumokokal

Dos Vaksin Pneumokokal Mengikut Umur

Mengikut jadual imunisasi asal, dos pertama vaksin ini hendaklah diberi pada bayi berusia 2 bulan dengan jumlah 4 dos semuanya. Namun jika usia bayi telah melepasi usia 2 bulan ketika dos pertama tidaklah mengapa.

Jumlah Dos Diperlukan Mengikut Usia

Bayi Usia 2-6 Bulan


vaksin pneumokokal bayi 2 bulan
3 Dos Utama + Booster
Dos pertama - usia 2 bulan (seawal usia 6 minggu). Ke-2 dan ke-3 diberi selang 4 minggu. Dan dos ke-4 (booster) diberi pada usia 11-15 bulan.
2 Dos Utama + Booster
Dos pertama diusia 2 bulan, dos-2 selang 2 bulan, dan dos ke-3 (booster) pada usia 11-15 bulan.


Bayi Usia 7-11 Bulan


suntik vaksin prevnar13 pneumokokal untuk bayi 7 bulan
2 Dos Utama + Booster
Diberi selang 4 minggu diantara dos. Dos ke-3 digalakkan pada tahun kedua usia.

Bayi Usia 12-23 Bulan


suntik vaksin untuk bayi 12 bulan
2 Dos
Diberi sekurangnya selang 2 bulan.

Usia 2 Tahun Hingga 17 Tahun


suntik vaksin untuk bayi 12-23 bulan
1 Dos 
Satu dos tunggal diperlukan.

Dos Vaksin Pneumokokal Bagi Bayi Pra-Matang

Bayi pra-matang yang lahir kurang 37 minggu usia kandungan memerlukan 3 dos utama + booster. Dos pertama diberi pada usia 2 bulan dan dos kedua dan ketiga diberi selang sebulan. Dos ke-4 (booster) diberi diantara 11-15 bulan usia.

Dapatkan konsultasi PERCUMA berkenaan pelan imunisasi anak kesayangan anda hari ini. 

Rujukan Dos Vaksin Prevnar13 Lebih Terperinci

dos vaksin prevnar13 untuk kanak-kanak mengikut usia
dos prevnar13 untuk bayi dan kanak-kanak mengikut tahap kesihatan

Dr Hasbi


Hai, saya Dr Hasbi dan pemilik Klinik DR HASBI. Saya akan menulis kandungan blog untuk berkongsi info berkaitan kesihatan.

Your Signature

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Subscribe to our newsletter now!

>