fbpx
.st0{fill:#FFFFFF;}

Cara Hilangkan Parut Jerawat Berlubang Berkesan 

 June 22, 2019

By  Dr Hasbi

Habis Duit Jangan Habis Nyawa

Ramai pengasas produk kecantikan mengaku punyai cara hilangkan parut jerawat dengan produk mereka. Namun apa yang dikhuatiri bukan duit hangus dek kerana produk tidak berkesan tetapi risiko kesihatan kerana bahan terlarang digunakan. 

Ada diantara pesakit yang datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan alahan yang teruk pada wajah. Krim muka yang dipakai untuk menghilangkan parut jerawat mengakibatkan alahan teruk serta meninggalkan tompok-tompok hitam yang hodoh.

Lebih bahaya jika produk krim, losyen atau sabun kecantikan mengandungi bahan terlarang seperti merkuri. Ia boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang, hati, otak dan saraf serta boleh membawa maut. Banyak produk yang telah diharamkan sebenarnya. 

parut jerawat berlubang boleh dirawat dengan prp dan chemical peel

Jenis-Jenis Parut Jerawat Berlubang

Tahukah anda 95% daripada mereka yang mengalami masalah jerawat akan meninggalkan parut jerawat? Manakala parut jenis berlubang lebih kerap berlaku iaitu 80%-90% berbanding parut jenis timbul dan keloid.

Parut jerawat berlubang boleh jadi berupa rata atau lekuk dan kadangkala berlubang. Ia terjadi akibat proses radang yang menyebabkan degradasi lapisan fiber kolagen dan lemak dibawah kulit. Terdapat 3 jenis parut berlubang (atrophic scars).

Rolling Acne Scars
Lekuk lebar dengan tepi curam seperti gelongsor
jenis parut jerawat berlubang atrophic scars

15%-25%

Icepick Acne Scars
Lubang lebih sempit tapi lebih dalam
jenis parut jerawat berlubang atrophic scars rawatan chemical peel

60%-70%

Boxcar Acne Scars
Lekuk cetek dan lebar tapi tepi tajam
rawatan parut jerawat berlubang atrophic scars

Cara Hilangkan Parut Jerawat

Sangat penting untuk anda tahu bahawa tiada ubat sapu yang boleh dibeli di kaunter farmasi dapat menghilangkan parut jerawat berlubang. Sungguhpun kesan parut berlubang ini seperti kekal, kemajuan sains dan teknologi dapat merawat atau mengurangkan parut ini.

Diantara rawatan yang diakui berkesan untuk merawat kesan parut berlubang adalah chemical peel, rawatan laser, subcision dan suntikan pengisi dermal. Setiap jenis rawatan ada kelebihannya dan dipilih mengikut kesesuaian kulit dan masalah individu.

Chemical Peel Boleh Hilangkan Parut Jerawat

Chemical peel menggunakan losyen berasid dengan kekuatan berbeza. Ia bertindak membuang lapisan kulit yang lama bahagian permukaan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baharu. Cara ini lebih popular berbanding rawatan laser.

Kos rawatan chemical peel juga jauh lebih murah daripada terapi laser. Masa yang diambil untuk satu sesi rawatan juga lebih pendek berbanding laser dan kaedah-kaedah lain. Manakala chemical peel dan laser tidaklah invasif seperti subcision dan pengisi dermal.

Kesimpulannya, untuk rawatan yang murah dan efektif menghilangkan parut jerawat berlubang saya syorkan chemical peel. Jika mahu hasil yang lebih cepat dan berkesan saya cadangkan gabungan chemical peel dan microneedling PRP.

Rawatan Parut Jerawat

CHEMICAL PEEL

TERBAIK

Dr Hasbi


Hai, saya Dr Hasbi dan pemilik Klinik DR HASBI. Saya akan menulis kandungan blog untuk berkongsi info berkaitan kesihatan.

Your Signature

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Subscribe to our newsletter now!

>