
Mitos Berkhatan Kali Kedua
Biasa kita dengar kalau berkhatan cara clamp ibarat berkhatan dua kali. Sakit sekali masa berkhatan, kemudian sakit sekali lagi ketika buka clamp. Ia karut kerana cara buka clamp khatan yang betul tidaklah menyakitkan.
Kenapa Pilih Teknik Clamp
Khatan bagi bayi dan kanak-kanak menggunakan kaedah klamp atau klip sememangnya popular masa kini. Teknik clamp lebih selamat, cepat, tidak sakit, cepat sembuh serta senang penjagaannya.
Tips Mudah Membuka Clamp Khatan
Video Cara Buka Clamp Khatan
Ini adalah video bagaimana saya buka clamp. Walaupun ada video yang nampak lebih mudah tapi percayalah cara ini lebih selamat dan kurang risiko pendarahan selepas clamp dibuka.
Jika cari dalam Youtube memang anda akan jumpa beberapa versi cara buka clamp seperti teknik membuka klip tanpa memotong bingkai. Namun teknik itu memerlukan kemahiran dan pengalaman.
Cara-Cara Buka Clamp Khatan
Guna Pengepit Kuku
Boleh guna pengepit kuku atau pemotong dawai.
Pegang Corong
Pegang corong agar tidak stabil semasa memotong bingkai tepi.
Potong Bahagian Tengah Bingkai
Bingkai klip dipotong pada bagahian tengah yang paling nipis.
Buka Bingkai Klip
Selepas dipotong bingkai klip dibuka perlahan-lahan.
Cabut Clamp
Hujung corong ditekan dengan jari untuk melepaskan clamp.
Biarkan Corong Tanggal Sendiri
Corong yang masih melekat dibiar jatuh sendiri.
Cara Buka Ismail Clamp
Selain clamp jenis klip jenama Smartklamp sebenarnya ada beberapa jenis clamp jenama lain seperti Ismail Klamp. Jenis clamp jenama ini sebenarnya lebih mudah untuk dibuka kerana ia menggunakan skru.
Masa Sesuai Buka Clamp Lepas Khatan
Secara umumnya clamp dibuka pada hari ke-7 selepas berkhatan. Tapi ada sesetengah doktor akan membuka clamp seawal hari ke-3! Namun untuk lebih selamat lebih baik buka hari ke-6 atau ke-7 sahaja.
Jangan Buka Clamp Khatan Jika
Jika pada hari ke-5 didapati kulit sekeliling luka bengkak dan merah anda dinasihatkan agar mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. Biasanya anda perlu tunggu hari ke-7 setelah bengkak sudah surut.