Bahaya Penyakit TB

Penyakit TB boleh membawa maut. Dapatkan rawatan segera jika mengalami gejala-gejala awal Tuberkolosis.

Waspada Penyakit Tuberkolosis Warga Asing

Mengenang kembali kisah beberapa tahun lepas. Seorang kenalan saya yang juga seorang doktor. Anaknya terlantar lumpuh diatas katil. Umur anaknya 9 tahun, dan seorang kanak-kanak yang sihat dan ceria sebelum terkena jangkitan Tuberkulosis (TB) dan melarat jadi TB Meningitis (radang selaput otak).

Anaknya selamat namun mengalami kecacatan otak kekal dan disahkan menghidap Cerebral Palsy. Keadaan dimana kebolehan mengawal pergerakan otot terjejas dan menyebabkan kesukaran mengawal postur, pergerakan & mengimbangkan tubuh.

Saya terkedu kerana anaknya mendapat jangkitan TB itu daripada pembantu rumahnya yang berwarga Indonesia. Sememangnya malang tidak berbau. Hakikatnya ramai warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah tanpa permit serta pemeriksaan kesihatan yang sah.

Masalah Ejen Pembantu Rumah Tidak Berdaftar

Sedihnya bila mereka percaya 100% ejen pembantu rumah yang tidak berdaftar. Lebih parah apabila tahap kesihatan pembantu rumah dinilai dengan hanya beberapa soalan.

“Bik sihat? Ada sakit apa-apa?” Maka skrip jawapannya “Tak ada pak, saya sihat. Cumanya gestrik kalau lambat makan”.

Nasihat saya, pastikan pembantu rumah yang diambil sihat tubuh badan terutamanya bebas daripada sebarang penyakit berjangkit seperti TB, hepatitis, HIV dan sifilis. Saya tujukan kepada majikan yang ambil pembantu rumah ikut jalan belakang.

Bagi majikan yang ambil pembantu rumah daripada agensi yang berdaftar maka tiada masalah. Ini kerana mereka wajib lulus pemeriksaan kesihatan FOMEMA sebelum mendapat kelulusan permit dan dibenarkan bekerja. Tapi mesti diingat, jika ada gejala-gejala TB mesti dibawa ke klinik.

…………………………………………

Dapatkan Rawatan Jika Disyaki Mengidap Tuberkolosis

Kelmarin datang sekeluarga dengan 2 anak kecil membawa seorang pembantu rumah yang memakai facemask. Ceritanya 3 bulan lepas dia dah dibawa ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan TB. Disyaki TB kerana batuk berpanjangan dan kahak berdarah.

Lepas buat x-ray dan kahak dihantar 3 kali tiada panggilan susulan daripada pihak hospital. Menurutnya doktor ketika itu tidak komen apa-apa cuma minta ujian kahak dilakukan. Mereka pula sibuk dan fikir hospital tak telefon kerana keputusan ujian normal.

Risau memikirkan pembantu rumah tu terus tinggal bersama mereka selama 3 bulan dengan risiko penyakit TB. Harap-harap mereka selamat dan tidak dijangkiti TB. Kalaulah positif TB cepat-cepatlah hantar dia balik ke Indonesia untuk mendapatkan rawatan.

Saya faham bila majikan terdesak untuk mendapatkan pembantu rumah dengan cepat, murah dan berkualiti (ini bukan iklan pembantu rumah) menyebabkan mereka terlepas pandang untuk memastikan pembantu rumah mereka betul-betul sihat.

Vaksin BCG Mencegah Tuberkolosis

Adapun vaksin BCG yang diberi pada bayi baru lahir dan pada usia 7 tahun (jika tiada parut) dapat mengurangkan risiko jangkitan TB tetapi bukanlah 100% berkesan. Anda masih boleh dijangkitan TB walaupun sudah divaksin terutamanya jika sistem imun anda lemah.

Mencegah lebih baik daripada merawat. Lebih baik ambil vaksin daripada tidak berusaha langsung. Jika anda mengalami gejala-gejala TB cepat-cepatlah berjumpa doktor. Klinik kami juga ada buat pemeriksaan perubatan pekerja asing dan lain-lain.

Kehamilan Tidak Diingini

alat dalam rahim iud

Seorang wanita ditemani suaminya telah datang ke klinik dan berhajat menggugurkan kandungannya yang berusia 9 minggu. Nampak rauk wajah wanita itu semacam stres dan bersungguh-sungguh mahu gugurkan kehamilannya.

Alasannya, dia sudah berumur 43 tahun dan selalu tidak sihat. Anak bongsu dah pun berumur 17 tahun dan dia sebetulnya tidak bersedia untuk mempunyai bayi setelah sekian lama. Lebih kepada alasan peribadi sebenarnya kerana dia tidaklah mempunyai sebarang penyakit kronik.

Memang ada caranya nak gugurkan kandungan tersebut seperti mengambil pil hormon tetapi bukan semua orang boleh ambil pil hormon. Jika boleh ambil ia tetap ada risikonya seperti :

  1. keguguran tidak lengkap, perlu menjalani prosedur D+C untuk cuci rahim
  2. pil hormon gagal dan kandungan yang tidak diingini terpaksa diteruskanrisiko jangkitan kuman
  3. demam
  4. pendarahan banyak dan berterusan
  5. sakit perut dan masalah penghadaman

Pengajaran hari ini, untuk wanita yang sudah menjejaki umur 4 series (40 tahun) amalan merancang keluarga sepatutnya diteruskan agar perkara begini dapat dielakkan sebelum berlaku.

Memang ada wanita lepas 40 tahun mengandung dan beranak tanpa komplikasi (macam mak saya 42 tahun) tapi mesti ingat, mengandung selepas usia 40 tahun lebih berisiko untuk mendapat komplikasi seperti diabetis dan darah tinggi semasa hamil, plasenta previa, kelahiran secara cezer, bayi mati dalam kandungan dan ibu meninggal. Selain risiko kandungan cacat.

Beberapa kaedah merancang keluarga boleh diamalkan mengikut kesesuaian tahap kesihatan. Umumnya, untuk usia 40-an kaedah IUD (Alat Dalam Rahim) paling ideal. Cara lain seperti implan progestin, ikat (BTL dan vasektomi) juga sangat berkesan. Jika pil perancang ia mestilah dinilai oleh doktor terlebih dahulu.

Apa-apapun, kita cuma merancang tetapi Allah yang Maha Berkuasa menentukannya.

Phimosis vs Frenulum Breve

phimosis
frenulum breve
frenulum breve

Cerita kelmarin. Seorang lelaki cina datang ke kinik berhasrat hendak berkhatan menggunakan kaedah stapler. Katanya boboi dia ada masalah ‘buta’ atau nama medikalnya phimosis.

Boboinya terasa sakit apabila menegang dan kulit kulup yang menutup kepala boboinya tidak terbuka habis tetapi masih boleh ditarik habis secara manual. Berdasarkan kajian doktor Google dia yakin boboinya ada masalah phimosis.

Frenulum Breve atau Frenulum Pendek

Bila saya periksa boboi beliau rupa-rupanya apa yang disangka phimosis sebenarnya adalah frenulum breve atau frenulum pendek. Frenulum adalah tisu elastik dibawah kepala zakar yang menarik kulit kulup menutupi kepala zakar.

Apabila tisu frenulum ini terlalu pendek ia akan menghalang kulit kulup terbuka habis untuk mendedahkan kepala zakar secara semulajadi. Apabila frenulum terlalu tegang ia menyebabkan kesakitan dan boleh terkoyak serta berdarah.

Phimosis

Phimosis berbeza, ia adalah keadaan dimana bukaan kulit kulup yang sempit dan terlalu kecil untuk dibuka melepasi kepala zakar. Ia boleh jadi sejak lahir ataupun berpunca daripada jangkitan kuman.

Paraphimosis

Paraphimosis pula terjadi apabila kulit kulup yang ketat dikalangan mereka yang tidak berkhatan. Keadaan ini serius dan menyakitkan bila kulit kulup yang terbuka menjerut kepala zakar dan tidak dapat ditarik kepada asal.

Frenuloplasty dan Berkhatan

Akhirnya, lelaki cina itu bersetuju untuk menjalani prosedur frenuloplasty dan berkhatan serentak. Frenuloplasty adalah pembedahan kecil untuk memanjangkan frenulum agar ia tidak sakit dan terkoyak.

Tempah Temujanji

Jika anak anda atau sesiapa yang mempunyai masalah phimosis (bebird buta) atau frenulum breve jangan risau sila lupa hubungi saya untuk 'repair'. Boleh tempah sekarang untuk berkhatan masa cuti sekolah nanti dengan harga istimewa.

KHATAN CARA MODEN

Khatan cara biasa? Cara laser? Atau klamp? Mana satu yang terbaik? Ketahui lebih lanjut dari kami sekarang. 

Kekerapan Pemeriksaan Kesihatan

Berapa Kerap Perlu Menjalani Pemeriksaan Kesihatan?

Pemeriksaan fizikal tahunan menjadi topik panas pabila ada kajian mengatakan ia tidak perlu dijalani. Ini menyebabkan orang ramai menjadi lebih konfius samada ia perlu ataupun tidak. 

Sebenarnya ia bukan 'satu saiz muat semua'. Setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza bergantung kepada faktor risiko yang dibawa. Semakin tinggi risiko maka semakin kerap perlu menjalani saringan kesihatan.

Faktor usia dan tahap kesihatan menjadi pendokong utama kekerapan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Secara umumnya boleh gunakan jadual ini sebagai panduan dan berbincanglah dengan doktor untuk lebih faham.

PROMOSI 

Jalani Pemeriksaan Kesihatan dan 47 Ujian Makmal dengan harga RM130 Sahaja.

Sarin​gan

Cadangan Saringan US Preventive Service Task Force (USPSTF)

Cadangan Saringan Bagi Kumpulan Lain**

Kanser Payudara (Mamogram)
Wanita 50-74 patut jalani setiap 2 tahun. Wanita lebih muda patut berbincang dengan doktor.
Wanita 40 tahun keatas patut jalani setiap tahun.
Kanser Prostat (PSA Test)
Tiada bukti yang cukup untuk mencadangkan ujian bagi lelaki bawah 75 tahun. Tidak dicadangkan bagi lelaki atas 75 tahun.
Bincang dengan doktor jika perlu jalani seawal 50 tahun atau mempunyai faktor risiko atau berkulit hitam. 
Tekanan Darah
Berumur 18 keatas jalani setiap 2 tahun sekiranya bacaan normal.
Setiap tahun bagi umur 20 tahun keatas atau setiap 2 tahun jika bacan kurang 120/80 mmHg. 
Kolesterol
Lelaki berumur 35 tahun dan wanita 45 tahun keatas yang mempunyai risiko sakit jantung. Jika berisiko tinggi mulai pada umur 20 tahun dan ulang setiap 5 tahun jika bacaan normal.
Semua berumur 20 keatas perlu jalani ujian Profil Lipoprotein (puasa) setiap 5 tahun. 
Kanser Serviks (Pap Smear)
Setiap 3 tahun bagi wanita aktif seks.
Setiap 3 tahun bagi wanita aktif seks.
Kanser Kolon (Faecal Occult Blood, Sigmoidoscopy atau Colonoscopy)
Mulai selepas 50 tahun sehingga 75 tahun. Kekerapan bergantung kepada faktor risiko. Bincanglah dengan doktor.
50 tahun keatas perlu jalani. Bincang dengan doktor ujian mana yang sesuai.
Osteoporosis (Bone Mineral Density Test)
Wanita berumur 65 keatas, lebih muda jika ada risiko patah tulang.*
Wanita 65 keatas dan lelaki 70 keatas. Lebih muda jika ada faktor risiko.*
Diabetis
Lelaki dan wanita yang mempunyai tekanan darah lebih 135/80 mmHg.*
Gemuk dan obes perlu jalani setiap 3 tahun. Termasuk mereka yang tidak aktif, ada sejarah keluarga diabetis dan menghidap tekanan darah dan kolesterol yang tinggi.
Kanser Kulit
Tidak cukup bukti untuk populasi umum.
Perlu diperiksa doktor jika berisiko tinggi.     
Obesiti
Saring semua yang gemuk dan obes. Jalani kaunseling dan terapi tingkahlaku terutama yang BMI lebih 30.*
Semua dewasa ikut cadangan USPSTF.

* Saringan ini tidak ada cadangan berapa kerap perlu dijalani. Bincang dengan doktor anda.
**Sumber: The American Cancer Society, The American Heart Association, The National Cholesterol Education Program, The National Osteoporosis Foundation, The American Diabetes Association, The Skin Cancer Foundation.

Vaksin Umrah dan Haji

vaksin meningokokal puchong

Vaksin Meningokokal (Menactra)

Vaksin meningokokal bertujuan mencegah serangan penyakit meningokokus yang mengakibatkan meningitis sejenis jangkitan serius ke atas membran yang menyelaputi otak dan saraf tunjang. Penyakit ini boleh membawa maut.

Jenis-Jenis Vaksin Meningokokal

Vaksin meningokokal terbahagi kepada dua jenis iaitu:

  1. Vaksin konjugat - vaksin ini bukan sahaja melindungi jemaah daripada jangkitan kuman malah ia juga boleh menghalang daripada kuman ini dibawa pulang ke tanah air dan disebarkan kepada ahli keluarga di sini. Menactra dan Menveo adalah vaksin jenis konjugat.
  2. Vaksin polisakarida - vaksin ini hanya melindungi jemaah daripada jangkitan kuman ini tetapi jemaah masih boleh membawa kuman ini di dalam tekak dan hidung dan mungkin disebarkan kepada ahli keluarga di tanah air.

Vaksin Meningokokal Diwajibkan Kepada Bakal Umrah dan Haji

Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan kepada semua bakal Umrah dan Haji untuk mendapatkan suntikan vaksin meningokokal sebagai syarat untuk mendapatkan Visa Umrah dan Haji.

Jika anda mendapatkan suntikan vaksin di Klinik Dr Hasbi, kami menyediakan buku vaksin yang diperlukan sebagai bukti anda telah selesai mendapatkan vaksin meningokokal. Buku vaksin ini penting untuk disertakan bersama dokumen lain untuk mendapatkan Visa Umrah dan Haji.

Ulangan Vaksin Setiap 3 Tahun

Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan setiap jemaah mesti mengambil suntikan vaksin meningokokal setiap 3 tahun. Walaupun anda telah mengambil vaksin meningokokal yang tahan sehingga 5 tahun , anda tetap perlu mengulangi suntikan vaksin meningokokal selepas 3 tahun untuk pergi Umrah dan Haji. 

Pengenalan dan Perbezaan Kaedah Berkhatan

khatan murah di puchong

Pengenalan Berkhatan

Klinik Dr Hasbi semakin popular semenjak sambutan yang luarbiasa ketika cuti persekolahan bulan Disember tahun lepas. Tidak banyak klinik di sekitar Bandar Puteri Puchong yang membuat khatan, maka tidak hairanlah ramai yang datang malah ada yang datang dari Klang dan Bangi untuk berkhatan.

Berkhatan atau biasa disebut bersunat adalah perkara wajib bagi kaum lelaki beragama Islam. Proses berkhatan melibatkan pembedahan kecil membuang kulit lebih pada hujung zakar. Bahagian kulit yang dipotong biasanya akan dijahit untuk menghentikan pendarahan dan agar cepat sembuh. Pembedahan khatan ini biasanya mengambil masa yang sekejap diantara 10-40 minit.

Kanak-kanak lelaki umumnya berumur diantara 5 hingga 12 tahun yang selalunya berkhatan. Namun di sesetengah negara seperti Timur Tengah, khatan biasanya dilakukan keatas bayi sejurus lepas lahir. Umur yang sesuai sebenarnya ketika kanak-kanak masih kecil biasanya selepas 3 bulan kerana kulit zakar yang nipis lebih cepat sembuh selepas dikhatan.

Pada zaman sekarang khatan bukan sahaja diamalkan oleh orang Islam tetapi juga dilakukan oleh orang bukan beragama Islam. Ini kerana zakar yang telah dikhatan mempunyai banyak kelebihan berbanding zakar yang tidak dikhatan terutamanya dari segi kebersihan dan kesihatan.

Kelebihan Berkhatan

  1. Kebersihan. Zakar yang dikhatan lebih bersih dan mudah dibersihkan dan ini menjadi alasan utama mengapa zakar seharusnya dikhatan.
  2. Mengurangkan risiko jangkitan HIV sebanyak 60 peratus berbanding zakar yang tidak dikhatan.
  3. Mengurangkan risiko jangkitan penyakit kelamin seperti klamidia, sifilis dan sebagainya.
  4. Mengurangkan risiko kanser pangkal rahim (serviks) dikalangan pasangan wanita atau isteri sebanyak 40 peratus. Ini kerana kuman HPV senang membiak pada selaput dalam kulup zakar dan mudah menjangkiti pasangan wanita.
  5. Mencegah penyakit jangkitan kuman dan keradangan pada kepala zakar dan kulup seperti balanitis, parabalanitis.
  6. Mencegah penyakit kulup yang ketat menjerut kepala zakar yang sangat menyakitkan iaitu phimosis dan paraphimosis.
  7. Mengurangkan deria sensitif pada kepala zakar yang mana memberi kelebihan kepada lelaki dan meningkatkan keupayaan seksual.

Kaedah-Kaedah Utama​ Khatan

Kaedah Biasa

  • guna gunting dan pisau
  • luka dijahit
  • cara murah

Kaedah Laser

  • guna alat cautery
  • luka dijahit atau digam
  • lebih cepat sembuh

Kaedah Klamp

  • guna alat klamp
  • paling cepat dan selamat
  • luka tidak dijahit

Diantara ketiga-tiga kaedah ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Seperti contoh kaedah laser mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak yang penakut dan agresif kerana ia mungkin menyebabkan kemalangan ketika doktor mengendalikan alat cautery yang tajam.

Manakala kaedah klamp tidak sesuai untuk zakar yang tenggelam dikalangan kanak-kanak yang obes. Ia juga tidak sesuai untuk zakar yang mempunyai lubang kencing dibawah kepala zakar (hypospadias). Sekiranya hypospadias kanak-kanak itu perlulah dirujuk kepada pakar untuk diperiksa. 

Promosi Berkhatan Cuti Sekolah

Walaupun kami menerima 'walk in' untuk berkhatan kaedah klamp kerana ia cuma mengambil masa beberapa minit untuk selesai tetapi adakalanya kes zakar 'buta' akan mengambil masa lebih lama untuk membuka dan membersihkan zakar. Oleh itu, kami menggalakkan ibu bapa agar mengambil temujanji untuk anak berkhatan.

Biasanya pada cuti sekolah temujanji agak banyak jadi kami cadangkan ibu bapa agar membuat temujanji lebih awal dan sedikit bayaran deposit diperlukan untuk mengunci tarikh dan masa temujanji. Ibu bapa boleh terus menghubungi telefon klinik atau datang terus ke klinik untuk urusan temujanji.

Harga tawaran pakej berkhatan biasanya dibuka untuk kanak-kanak berumur sehingga 12 tahun untuk kaedah klamp. Harga adalah termasuk prosedur, ubat-ubatan selepas khatan (ubat tahan sakit, antibiotik, ubat susut bengkak dan ubat luka) dan percuma rawatan ketika proses membuka klamp pada hari ke 4-7 selepas khatan.

>