fbpx
.st0{fill:#FFFFFF;}

Bersunat Kerana Penyakit Kelamin 

 May 13, 2019

By  Dr Hasbi

Bersunat Setelah Menderita Penyakit Kelamin

“Nanti kami akan datang bawa dua anak lelaki kami untuk bersunat kat sini cuti sekolah nanti. Lebih baik cegah sebelum kena penyakit kelamin" 

En. K

Encik K berasa segan dan minta identitinya dirahsiakan setelah terpaksa bersunat kerana penyakit kelamin. Tetapi membenarkan pihak klinik untuk menggunakan gambar yang ditutup wajahnya. Ini bertujuan memberi info dan panduan kepada orang ramai.

Hari itu beliau datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan segera jangkitan kuman pada hujung zakarnya. Dia terkena radang zakar yang melibatkan kulit kulup dan kepala zakar, nama mediknya balanoposthitis. Jika hanya melibatkan kepala zakar ianya dipanggil balanitis.

Pada mulanya beliau pergi ke klinik kerajaan untuk mendapatkan rawatan namun beliau tidak tahan apabila cuma diberi ubat penahan sakit dan tarikh rawatan susulan selama dua minggu. Sakitnya tidak terperi dan seluruh zakarnya membengkak dan mengeluarkan cecair berwarna kekuningan

Punca Jangkitan Penyakit Kelamin

Doktor di klinik kerajaan menasihatkan beliau untuk bersunat sekiranya ingin cepat sembuh. Jadi beliau datang berjumpa saya untuk bersunat. Setelah pemeriksaan lanjut, sah beliau sudah terkena jangkitan penyakit kelamin (sexually transmitted infection).

Penyakit kelamin disebarkan oleh hubungan seks (kadang-kadang tidak) di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman samada hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut). 

HIV, chlamydia, herpes genitalia, ketuat kemaluan dan gonorea serta beberapa jenis hepatitis, sifilis dan trichomoniasis adalah contoh penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks. 

Tanda-Tanda Penyakit Kelamin

Kadang-kadang tiada tanda yang keluar. Sebab itu sesetengah orang yang telah dijangkiti tidak menyedarinya sehinggalah ia menjadi komplikasi atau pasangan seks mereka yang disahkan menghidap penyakit ini..

Sekiranya ada, berikut adalah diantara tanda-tandanya. Mungkin beberapa tanda dialami:
  • Ulser pedih atau bengkak pada kemaluan, atau dalam mulut dan kawasan dubur.
  • Sakit atau pedih bila buang air kencing.
  • Keluar cairan dari kemaluan zakar.
  • Terdapat cairan luarbiasa atau berbau dari faraj.
  • Pendarahan luarbiasa dari faraj.
  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
  • Sakit dan bengkak kelenjar di sekitar kemaluan atau lebih meluas.
  • Rasa sakit bawah abdomen.
  • Demam.
  • Ruam pada badan, tangan atau kaki.

Penyakit Kelamin Perlukan Rawatan Segera

Penyakit ini adalah serius dan memerlukan rawatan segera. Beberapa penyakit seperti HIV tidak boleh dirawat dan ianya membawa maut. Anda perlu tahu tentang penyakit-penyakit ini agar dapat menghindarinya.

Biasanya penyakit ini berjangkit melalui hubungan seks vagina, dubur dan oral. Namun anda boleh juga terkena jangkitan trichomoniasis melalui sentuhan pada objek lembap atau basah seperti tuala, pakaian dan tempat duduk tandas.

Oleh itu, sekiranya anda mengalami tanda-tanda jangkitan segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Dr Hasbi


Hai, saya Dr Hasbi dan pemilik Klinik DR HASBI. Saya akan menulis kandungan blog untuk berkongsi info berkaitan kesihatan.

Your Signature

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Subscribe to our newsletter now!

>