fbpx
.st0{fill:#FFFFFF;}

Bersunat Guna Alat Stapler Paling Popular 

 May 8, 2019

By  Dr Hasbi

berkhatan guna alat stapler paling murah

Kaedah Terbaru Berkhatan Guna Alat Stapler

“Semenjak kami beroperasi beberapa bulan lepas, semakin banyak permintaan daripada golongan lelaki dewasa untuk bersunat guna alat stapler.”

Ini kerana saya mempunyai teknik bersunat terkini menggunakan alat stapler (circular circumcision stapler). Alat stapler ini bukanlah berbentuk stapler kertas yang biasa kita guna itu ya. Rupanya seperti gambar diatas itu.

Alat stapler bersunat ini berbentuk cincin dihujungnya dimana bahagian dalamnya mempunyai pisau bulat yang sangat tajam. Manakala dibahagian batang terdapat dawai stapler disekelilingnya yang mana bila digunakan ia akan memotong kulit kulup dan mengenakan stapler dengan serentak.

Bersunat Stapler Paling Cepat Siap

Ramai lelaki dewasa yang datang bersunat disini kerana mereka tahu bersunat guna alat stapler adalah cara yang paling cepat dan selamat jika dibandingkan dengan kaedah lain seperti cara tradisional (pisau dan gunting) serta cara laser (pisau api).

Teknik Berkhatan Menggunakan Alat Stapler

cara-cara sunat cara stapler
1.

Saiz stapler diukur pada bahagian bawah kepala zakar. Pembaris istimewa ini didatangkan khas bersama alat stapler.

2.

Bahagian pembedahan dibersihkan dengan cecair povidon dan ubat bius setempat disuntik.

3.

Bahagian batang stapler yang berbentuk loceng dimasukkan kedalam kulup, diselaras dan diikat kemas.

4.

Penutup keselamatan yang melindungi pisau pada hujung pemegang stapler dibuka sebelum digunakan.

5.

 Pemegang stapler disorongkan pada batang berbentuk loceng. Kedudukan dipastikan betul sebelum mengetatkan skru.

6.

Pemegang dikapit selama 10 saat sebelum dilepaskan. Kulit akan dipotong dan stapler dikenakan secara serentak.

7.

Alat stapler dilepaskan dan dicabut secara perlahan-lahan bersama kulit yang terpotong. 

8.

Luka diperiksa dan ditekan dengan kain gauz selama 1-2 minit untuk menghentikan sebarang pendarahan.

9.

Luka disapu krim antibiotik dan jelonet kemudian dibalut dengan kain gauz dan pembalut elastik.

Bersunat Guna Alat Stapler vs Laser

Teknik khatan menggunakan laser sudah lama dipraktikkan dan ianya sangat popular. Namun teknologi semakin canggih dan teknik stapler sudah mula menggantikan populariti teknik laser.

Disini saya senaraikan perbezaan diantara khatan teknik stapler dan laser untuk lelaki dewasa.

STAPLER

  • Siap dalam 10-20 minit
  • Stapler menggantikan jahit
  • Stapler tanggal sendiri selepas 2 minggu
  • Sakit lepas bius hanya 24 jam
  • Kurang risiko jangkitan luka
  • Boleh kembali bekerja selepas 24 jam
  • Sembuh sepenuhnya dalam 3-4 minggu

LASER

  • Siap 30-60 minit
  • Dijahit dengan benang 
  • Benang hancur sendiri lepas 3 minggu
  • Sakit lepas bius 24-72 jam
  • Risiko jangkitan lebih tinggi
  • Kena berehat 24-72 jam selepas prosedur
  • Sembuh sepenuhnya dalam 4-6 minggu

Kes Komplikasi Laser Jarang Diketahui:

Ada dua komplikasi yang jarang berlaku dan diketahui selepas khatan menggunakan teknik laser iaitu luka lambat sembuh dan fimosis sekunder (secondary phimosis).

Luka Lambat Sembuh

Bahagian hujung kulit yang dipotong menggunakan laser bukan saja menghentikan pendarahan malah ia tidak dapat mengalami proses penyembuhan secara normal kerana tiada bekalan darah. 

Fimosis Sekunder (secondary phimosis)

Masalah ini boleh terjadi apabila kulit yang dipotong menggunakan laser bertenaga tinggi menyebabkan kulit berparut dan mengecut. Ia kemudian menyebabkan kepala zakar kembali tertutup.

Rumusan

Stapler bersunat adalah satu alat baru yang selamat dan efektif untuk lelaki dewasa berkhatan. Ia mempunyai kelebihan iaitu masa pembedahan yang singkat, kurang sakit, kurang pendarahan, kurang komplikasi dan hasil kosmetik yang lebih baik berbanding sunat cara biasa. 

Dapatkan Info Lanjut

Ingin berkhatan guna alat stapler? Hubungi kami

Dr Hasbi


Hai, saya Dr Hasbi dan pemilik Klinik DR HASBI. Saya akan menulis kandungan blog untuk berkongsi info berkaitan kesihatan.

Your Signature

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Subscribe to our newsletter now!

>